Popular Posts

Sunday, May 20, 2012

CIRI-CIRI REZEKI YANG BERKAT...





Ciri-ciri rezeki yang berkat 



Untuk mempastikan bahawa setiap rezeki yang diterima sama ada banyak atau sedikit itu mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t maka kita perlulah meneliti beberapa perkara berikut : 



1. Kita tidak meninggalkan sebarang perintah Allah seperti sembahyang dan mengeluarkan zakat sepanjang tempoh kita mencari rezeki. 


2. Kita tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan maksiat seperti menipu, curi tulang, berjudi dan sebagainya semasa kita bekerja. 


3. Kita bekerja dengan jujur dan amanah, jauh daripada niat-niat yang serong dan tujuan yang jahat. 


4. Kita menjaga lidah dan anggota badan kita daripada menyakiti hati orang lain, sebaliknya sentiasa menolong orang lain bagi tujuan kebajikan. 


5. Menanam keyakinan yang kuat bahawa rezeki itu ketentuan Allah s.w.t di mana manusia cuma berusaha dan berserah kepada Allah s.w.t. 


InsyaALLAH...



"Ya Allah...
Siapapun dirinya... dan dimana pun dia...
Permudahkanlah segala urusannya...
Rahmatilah setiap langkahnya menuju kebaikan..
Ampunilah khilafnya...
Berkatilah segala pekerjaannya...
Selamatkanlah dirinya dari fitnah dunia & akhirat...
Semoga dirinya sentiasa dalam rahmatMu...
Aamiin Ya Rabb....


♥ Jangan pernah merasa dirimu tak cukup baik, 
kerana bagi seseorang, kamu adalah yang terbaik...♥

[Sebutir Kasih Sejuta Sayang]


KLIK : BERSAHABAT KERANA ALLAH...

No comments:

Post a Comment