Perjalanan DAKWAH tiada PENGHUJUNG... Kita bukan PEMULA... Bukan juga PENGHUJUNG... Tetapi PENYAMBUNG... Maka jangan hentikan penjalanan itu... Teruslah berjalan... Di sini .... Segalanya bermula .... Moga iman dan taqwa menjadi milik kita bersama ....
Popular Posts
-
16 MEI 2013 - SELAMAT HARI GURU 2013 DARI KAMI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & BADAN DAKWAH SMK TAMAN UNIVERSITI " Jadil...
-
Dari kiri : Pn. Aliah - KETUA BIDANG BAHASA, Pn. Arbaiyah - KETUA PANITIA BAHASA MELAYU Ustazah Yasirah - PENYELARAS BLOG dan Pn. Shar...
-
PROGRAM TAHLIL, WIRID DAN SOLAT HAJAT PARA GURU SMKTUN MASA : 6.30 PETANG - 9.30 MALAM TEMPAT : SURAU AL FAIZIN IMAM : USTAZ MOHD RIFQI B. M...
-
LANGIT DI MALAM NISFU SYAABAN... YA ALLAH BERKATI DAN RAHMATILAH KAMI SEUMUR HIDUP KAMI DUNIA AKHIRAT PROGRAM BACAAN YASIN DAN SOLAT SUNAT ...
-
KLIK : 11 MEI 2013 - MAJLIS TADARUS AL QURAN & FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYS...
-
Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya…. Andai kau inginkan sah...
-
Ruminya : Alloohumma inni a'uuzu bika min 'azaabil qabri, wa min 'azaabi jahannam , wa min fitnatil mahyaaa wal mamaati,...
-
PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM RAMADHAN DI HATIKU 1432H CERAMAH SEMARAK RAMADHAN PELAJAR SESI PAGI TARIKH : 22 JULAI 2011 ( JUMAAT ) MASA : 7....
-
PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM CERAMAH MAAL HIJRAH 1432H ( SESI PAGI ) MASA : 7.20-8.20 PAGI TEMPAT : SURAU AL FAIZIN PENCERAMAH : AL FADHIL U...
-
SOLAT HAJAT PERDANA PMR/SPM 2011 MASA : 6.30 PETANG - 9.30 MALAM TEMPAT : DATARAN ILMU SMK TAMAN UNIVERSITI ANJURAN : PANITIA PEND ISL...
Thursday, September 17, 2009
Monday, September 14, 2009
14 SEPTEMBER 2009 - PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI - IFTOR JAMAI
LAPORAN KESELURUHAN
PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI
TAHUN 2009
MAKLUMAT PROGRAM
1. PELANCARAN RAMADHAN DEKAT DI HATI DAN CERAMAH SEMARAK RAMADHAN
TARIKH : 21 OGOS 2009
HARI : JUMAAT
MASA : 7.20 – 8.20 pagi
TEMPAT : SURAU ( PARA GURU DAN STAF )
DATARAN KEJAT ( PELAJAR SESI PAGI )
MASA : 5.30 – 6.45 petang
TEMPAT : SURAU ( PARA GURU DAN PELAJAR SESI PETANG )
ANJURAN : BADAN DAKWAH SMK TAMAN UNIVERSITI
Program Pelancaran Ramadhan Dekat Di hati dijalankan di surau dengan lancar. Majlis bermula dengan ucapan perasmian oleh pengetua dan di akhiri dengan video pelancaran program. Majlis diteruskan dengan sesi ceramah Semarak Ramadhan kepada para guru dan staf oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin manakala ceramah pelajar disampaikan oleh Ustazah Hanan bt. Hamzah.
Di akhir majlis para guru dan staf saling bermaaf-maafan antara satu sama lain dan diberi saguhati kurma sebagai tanda ingatan dan penghargaan memberi sokongan kepada Badan Dakwah Sekolah.
2. NUR PAGI
TARIKH : 1 - 18 SEPTEMBER 2009
MASA : 6.45 – 7.10 pagi
Program Nur Sesi bagi sesi Pagi pihak PA Sistem memasang cd zikir sebelum perhimpunan pagi dijalankan dan sesudah perhimpunan selesai sehingga pelajar masuk ke kelas. Bagi sesi Petan cd zikir dipasang selepas solat Asar sebelum waktu balik.
3. SEHARI SATU TIP
TARIKH : 1 - 18 SEPTEMBER 2009
MASA : 7.10 – 7.20 pagi
Sehari satu tip mengenai kelebihan Ramadhan diberikan kepada guru bertugas untuk disampaikan semasa perhimpunan selepas bacaan doa. Jika guru yang bertugas adalah bukan Islam, pengawas akan dilantik muntuk membacanya.
4.RISALAH RAMADHAN
TARIKH : 1 & 14 SEPTEMBER 2009
Edaran bercetak berkaitan Ramadhan sebagai tazkirah kepada guru dan pelajar telah diedarkan
sebanyak 2 kali sepanjang bulan Ramadhan.
5. SAHAM WAKAF, SEDEKAH DAN FIDYAH
TARIKH : 1 & 11 SEPTEMBER 2009
Semua guru telah sudi menyumbang untuk saham wakaf surau, sedekah dan membayar fidyah. Wakaf surau berjaya dikumpulkan sebanyak RM898.00. Manakala sedekah RM1123.00 dan 20 kampit beras telah dagihkan kepada fakir miskin sebagai fidyah .
6. TADARRUS AL-QURAN
TARIKH : 1 & 10 SEPTEMBER 2009
Tadarus guru telah berjalan dengan lancar dan mendapat ku dari pihak guru dan staf. Program ini diadakan setiap hari selepas waktu persekolahan bagi guru sesi pagi dan sebelum waktu persekolahan bagi guru sesi petang. 30 juzuk al-Quran telah berjaya dikhatamkan.
7. MAJLIS KHATAM AL-QURAN
TARIKH : 11 SEPTEMBER 2009
HARI : JUMAAT
MASA : 11.00 – 1.00 tengahari
TEMPAT : SURAU SMKTUN
SASARAN : PELAJAR KHATAM AL-QURAN SESI PAGI
MASA : 5.00 – 6.30 tengahari
TEMPAT : DEWAN SMKTUN
SASARAN : PELAJAR KHATAM AL-QURAN SESI PETANG
Program ini bermula dengan bacaan juzuk 30 secara beramai-ramai dan di akhiri dengan doa khatam al-Quran. Pelajar diberi bunga telur dan pulut kuning.
8. IFTAR RAMADHAN
TARIKH : 16 SEPTEMBER 2009
HARI : RABU
MASA : 6.00 – 10.00
TEMPAT : SURAU SMKTUN
Majis berbuka puasa atau iftar Ramadhan telah berjalan dengan lancar . Kehadiran para guru amat memberangsangkan. Majlis bermula dengan tadarrus al-Quran diikuti dengan berbuka puasa dengan juadah ringan,solat maghrib dan jamuan nasi briyani. Majlis diteruskan dengan solat isyak dan solat sunat tarawikh.
9. PROGRAM KAA
TARIKH : 1 & 18 SEPTEMBER 2009
Program KAA adalah khusus untuk pelajar KAA sahaja. Aktiviti yang dijalankan ialah majlis berbuka atau iftar KAA yang melibatkan pelajar KAA dan guru yang mengajar kelas tersebut. Majlis berbuka puasa itu telah diadakan pada 16 September 2009 di surau SMKTUN. Pelajar juga dikehendaki berktikaf di masjid dan pada 10 hari akhir Ramadhan , mereka berqiamullail di masjid dengan kawalan guru.
PENUTUP
Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang memberi kerjasama dan sudi untuk menyumbang bagi menjayakan program-program yang telah dianjurkan sempena bulan Ramadhan al-mubarak ini. Diharapkan program yang seumpama ini dapat menanam rasa cinta dan seronok untuk melakukan amal ibadat terutamanya dalam bulan Ramadhan.
Disediakan Oleh : Tarikh : 1 OKTOBER 2009
YASIRAH BINTI YAZID
SETIAUSAHA
BADAN DAKWAH
SMK TAMAN UNIVERSITI