Popular Posts

Monday, September 14, 2009

14 SEPTEMBER 2009 - PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI - IFTOR JAMAI



PROGRAM RAMADHAN
DEKAT DI HATI
TAHUN 2009


IFTOR JAMAI PARA GURU









KLIK UNTUK PROGRAM 2010



LAPORAN KESELURUHAN

PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI

TAHUN 2009



MAKLUMAT PROGRAM


1. PELANCARAN RAMADHAN DEKAT DI HATI DAN CERAMAH SEMARAK RAMADHAN



TARIKH : 21 OGOS 2009


HARI : JUMAAT


MASA : 7.20 – 8.20 pagi


TEMPAT : SURAU ( PARA GURU DAN STAF )


DATARAN KEJAT ( PELAJAR SESI PAGI )


MASA : 5.30 – 6.45 petang


TEMPAT : SURAU ( PARA GURU DAN PELAJAR SESI PETANG )


ANJURAN : BADAN DAKWAH SMK TAMAN UNIVERSITI



Program Pelancaran Ramadhan Dekat Di hati dijalankan di surau dengan lancar. Majlis bermula dengan ucapan perasmian oleh pengetua dan di akhiri dengan video pelancaran program. Majlis diteruskan dengan sesi ceramah Semarak Ramadhan kepada para guru dan staf oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin manakala ceramah pelajar disampaikan oleh Ustazah Hanan bt. Hamzah.



Di akhir majlis para guru dan staf saling bermaaf-maafan antara satu sama lain dan diberi saguhati kurma sebagai tanda ingatan dan penghargaan memberi sokongan kepada Badan Dakwah Sekolah.




2. NUR PAGI


TARIKH : 1 - 18 SEPTEMBER 2009


MASA : 6.45 – 7.10 pagi



Program Nur Sesi bagi sesi Pagi pihak PA Sistem memasang cd zikir sebelum perhimpunan pagi dijalankan dan sesudah perhimpunan selesai sehingga pelajar masuk ke kelas. Bagi sesi Petan cd zikir dipasang selepas solat Asar sebelum waktu balik.




3. SEHARI SATU TIP


TARIKH : 1 - 18 SEPTEMBER 2009


MASA : 7.10 – 7.20 pagi



Sehari satu tip mengenai kelebihan Ramadhan diberikan kepada guru bertugas untuk disampaikan semasa perhimpunan selepas bacaan doa. Jika guru yang bertugas adalah bukan Islam, pengawas akan dilantik muntuk membacanya.




4.RISALAH RAMADHAN


TARIKH : 1 & 14 SEPTEMBER 2009


Edaran bercetak berkaitan Ramadhan sebagai tazkirah kepada guru dan pelajar telah diedarkan

sebanyak 2 kali sepanjang bulan Ramadhan.




5. SAHAM WAKAF, SEDEKAH DAN FIDYAH


TARIKH : 1 & 11 SEPTEMBER 2009


Semua guru telah sudi menyumbang untuk saham wakaf surau, sedekah dan membayar fidyah. Wakaf surau berjaya dikumpulkan sebanyak RM898.00. Manakala sedekah RM1123.00 dan 20 kampit beras telah dagihkan kepada fakir miskin sebagai fidyah .




6. TADARRUS AL-QURAN


TARIKH : 1 & 10 SEPTEMBER 2009


Tadarus guru telah berjalan dengan lancar dan mendapat ku dari pihak guru dan staf. Program ini diadakan setiap hari selepas waktu persekolahan bagi guru sesi pagi dan sebelum waktu persekolahan bagi guru sesi petang. 30 juzuk al-Quran telah berjaya dikhatamkan.




7. MAJLIS KHATAM AL-QURAN


TARIKH : 11 SEPTEMBER 2009


HARI : JUMAAT


MASA : 11.00 – 1.00 tengahari


TEMPAT : SURAU SMKTUN


SASARAN : PELAJAR KHATAM AL-QURAN SESI PAGI


MASA : 5.00 – 6.30 tengahari


TEMPAT : DEWAN SMKTUN


SASARAN : PELAJAR KHATAM AL-QURAN SESI PETANG



Program ini bermula dengan bacaan juzuk 30 secara beramai-ramai dan di akhiri dengan doa khatam al-Quran. Pelajar diberi bunga telur dan pulut kuning.




8. IFTAR RAMADHAN



TARIKH : 16 SEPTEMBER 2009


HARI : RABU


MASA : 6.00 – 10.00


TEMPAT : SURAU SMKTUN



Majis berbuka puasa atau iftar Ramadhan telah berjalan dengan lancar . Kehadiran para guru amat memberangsangkan. Majlis bermula dengan tadarrus al-Quran diikuti dengan berbuka puasa dengan juadah ringan,solat maghrib dan jamuan nasi briyani. Majlis diteruskan dengan solat isyak dan solat sunat tarawikh.




9. PROGRAM KAA


TARIKH : 1 & 18 SEPTEMBER 2009


Program KAA adalah khusus untuk pelajar KAA sahaja. Aktiviti yang dijalankan ialah majlis berbuka atau iftar KAA yang melibatkan pelajar KAA dan guru yang mengajar kelas tersebut. Majlis berbuka puasa itu telah diadakan pada 16 September 2009 di surau SMKTUN. Pelajar juga dikehendaki berktikaf di masjid dan pada 10 hari akhir Ramadhan , mereka berqiamullail di masjid dengan kawalan guru.




PENUTUP



Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang memberi kerjasama dan sudi untuk menyumbang bagi menjayakan program-program yang telah dianjurkan sempena bulan Ramadhan al-mubarak ini. Diharapkan program yang seumpama ini dapat menanam rasa cinta dan seronok untuk melakukan amal ibadat terutamanya dalam bulan Ramadhan.




Disediakan Oleh : Tarikh : 1 OKTOBER 2009

YASIRAH BINTI YAZID

SETIAUSAHA

BADAN DAKWAH

SMK TAMAN UNIVERSITI