Popular Posts

Friday, November 25, 2011

AKHIRNYA... TAMAT JUGA PERKHIDMATANNYA...


SONY ERICSSON W995 : OGOS 2009 - NOVEMBER 2011

Akhirnya... setelah dia berkhidmat dengan cemerlang 
selama 2 tahun 3 bulan, maka, tanggal 25 Nov 2011 
secara tiba2 dia tak berfungsi langsung tanpa saya ketahui sebabnya 
( kalau diistilahkan kepada manusia...koma masuk ICU nazak 1 hari
 kemudian meninggal!!!) 


Sesungguhnya jasanya TERLALU banyak... 
Puluhan ribu gambar diambil menggunakannya... 
sehingga lensnya hampir rosak... 
Ramai yang menegur bila melihat saya yang agak 'gila menyenap'  ini 
menukar kepada kamera yang lebih canggih... 
namun pada saya, dengan 8.1MP 
dan dia juga mampu menyimpan 8000 keping gambar ,
saya bahagia dengannya kerana dia sentiasa di dalam bag tangan saya
 dan bila-bila masa sahaja dia sedia berkhidmat...


Namun apakan daya... 
saya sudah tidak dapat menggunakannya lagi 
malah yang lebih menyedihkan lagi...
semua gambar dan nombor telefon keluarga, 
sahabat dan kenalan juga turut hilang............ 


Semuanya takdir dariNYA...
Saya perlu SABAR dan REDHA...
Ada hikmah yang tersembunyi...


Mungkinkah ini penggantinya???

Thursday, November 24, 2011

JANGAN, JANGAN DAN JANGAN-JANGAN



Jangan, Jangan Dan Jangan-Jangan...

Jangan, jangan dan jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Jangan -jangan tertidur.Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Jangan-jangan terbawa keluar najis,habis kotor seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan-jangan sumbing bibir kita.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan-jangan berkongsi makan dengan cik lipas dan cik tikus.

Jangan tidur selepas subuh.
Jangan-jangan rezeki kita di kebas orang.

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan-jangan yang kenyang nafsu semata-mata.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Jangan-jangan kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan-jangan kita dipandang tiga suku (tidak siuman)

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan-jangan kita ternampak 'sesuatu'.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa
dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan-jangan tidak sedar diri bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan-jangan sakit jiwa.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan-jangan fatamorgana sahaja.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan-jangan tiada nikmat rezeki untuk kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik.
Jangan-jangan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan-jangan doa yang tak elok mereka pada kita termakbul pula.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan-jangan kita buta mata hati, tak nampak hakikat yang nyata.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya


Wednesday, November 23, 2011

SAHABAT SAMPAI SYURGA....



ℒℴνℯ==❤== ℒℴνℯ==❤==ℒℴνℯ==❤==ℒℴνℯ==❤==ℒℴνℯ==❤== ℒℴνℯ

♥✿ Jika bersahabat kerana Allah,
 jagalah keaibannya dan jangan merendahkan dirinya.
 Jika bersahabat kerana Allah, 
nasihatilah dia dan bersedia menerima nasihatnya. 
Jika bersahabat kerana Allah, 
maafkanlah dirinya. 
Jika mengaku bersahabat kerana Allah, 
terimalah kelemahan dan sikapnya, 
seperti dia bersedia menerima kelemahanmu, 
jangan pula menjaja kelemahannya pada umum.”

♥✿ Seandainya engkau bertemu seorang kawan 
yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan,
 mendahulukan atas nama kebajikan, 
menyimpan keaiban mu atas nama kejujuran, 
menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, 
memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,
 ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan 
tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari..."

ℒℴνℯ==❤== ℒℴνℯ==❤==ℒℴνℯ==❤==ℒℴνℯ==❤==ℒℴνℯ==❤== ℒℴνℯ

Semoga sahabatku ini kan beroleh kebahagiaan 
di dunia dan juga di akhirat sana...
Doa saya sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan hidup beliau...
Amin ya Rahman


Sahabat beriman 
ibarat mentari yang menyinar... 
Sahabat setia 
ibarat pewangi yang mengharumkan...
Sahabat sejati 
ibarat pendayung yang mendorong impian... 
Sahabat berhati mulia 
ibarat peta yang membawa petunjuk ke jalan Allah...


Tuesday, November 22, 2011

ADAB MINUM RASULULLAH SAW...




Adab-adab minum :


1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas. Diriwayatkan dari Anas RA bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali saat minum. Baginda bersabda " Sesungguhnya, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan dan menyegarkan.
4. Minum dalam keadaan duduk. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.

Rasullulah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2.Mencuci perut
3.Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidakdicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. 


Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Aisyah RA meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk". Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Didalam suatu doa Rasullah SAW ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Rasulullah SAW juga sangat gemar minum susu kambing dengan tamar (al-athyabin- dua yang terbaik). Dalam riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan Rasulullah pernah dihidangkan dengan semangkuk susu dan semangkuk khamar (arak) pada malam Isra'. Rasulullah walau bagaimanapun telah memilih susu. Jibril berkata "Segala puji bagi Allah yang telah memberi kamu hidayah menuju fitrah. Jika kamu mengambil khamar nescaya umat kamu akan sesat".



KLIK : 21 NOVEMBER 2011 - SPM 2011 : KERTAS PENDIDIKAN ISLAM 1223/1&2

Monday, November 21, 2011

21 NOVEMBER 2011 - SPM 2011 : KERTAS PENDIDIKAN ISLAM 1223/1 & 2













Kepada calon-calon SPM SMKTUN

Tentunya kalian semua telah berkeringat mengorbankan masa dan tenaga. 

Jangan jemu untuk terus beristighfar 
dan bermunajat mendapatkan pertolongan 
daripada Allah swt yang Maha Pendengar lagi Maha Mengasihani.

Semoga kalian berjaya dengan cemerlang untuk mencorakkan masa depan kalian, umat Islam dan bagi memperjuangkan agama Allah yang mulia ini.

Selamat berjaya...Good luck...Hazzan sai'edan !

Doa dan terus berdoa... Hindari maksiat!!


Sunday, November 20, 2011

20 NOVEMBER 2011 - BESDEY MOK...


3 GENERASI... MAMA , ADIK DAN TOK WAN
( gambar diambil pada bulan Jun 2010 )


20 NOVEMBER 2011
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN MOK YANG KE-66...
E DOAKAN HIDUP MOK AKAN DILIMPAHI BERKAT DAN RAHMAT ALLAH
MENUJU REDHANYA BAGI MERAIH SYURGANYA....


BERGAMBAR DENGAN MOK KETIKA MELAWAT SAYA DI ASRAMA 
20 TAHUN YANG LALU SEMPENA ULANGTAHUN SAYA YANG KE-17

AIDILFITRI 2009

AIDILFITRI 2010



AIDIL FITRI 2011


 ANAK-ANAK MOK...

ADIK BERADIK MOK... AUNTY DAN AYAH LONG...

MOK NGAN ANAK PEREMPUAN SULUNGNYA SERTA CUCUNYA... 

TOK WAN NGAN CUCU-CUCU JOHOR...

NGETEH KEDAI KOPI BERSAMA MENANTU DAN CUCU-CUCUNYA...

 RUMAH MOK DULU DAN SEKARANG..
GAMBAR 1 : RUMAH YANG DIDIAMI DARI NOV 1973 - MAC 2010
GAMBAR 2 : RUMAH YANG DIDIAMI DARI MAC 2010 SEHINGGA KINI

" Berbuat baiklah kepada kedua ibubapamu di usia tua mereka ini 
nescaya anakmu nanti akan berbuat perkara yang sama 
di hari tua mu kelak.... "

Ya Allah.. kurniakanlah kesihatan yang baik kepada kedua orang tuaku..
sesungguhnya kasihnya aku pada mereka tiada taranya...
semoga ikatan cinta kami hingga syurgaMU.... 
pandulah kami ya Allah untuk dekat dengan syurgaMU...


19 NOVEMBER 2011 - IHTIFAL SRIH ANAK-ANAK GURU SMKTUN

Saturday, November 19, 2011

19 NOVEMBER 2011 - IHTIFAL SRIH ( SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH ) ANAK-ANAK GURU SMKTUN


 

ANAK USTAZAH YASIRAH YAZID

ANAK PN. HJH SITI KAMILAH KAMAR

ANAK USTAZAH HJH RAHMAH ABDULLAH








 



Tahniah kepada anak-anak yang berjaya... 
Semoga terus cemerlang dunia akhirat...

*♥ MENJADI ANAK SOLEH-SOLEHAH ♥*

Mengapa tidak ?
Memohonlah taufik hidayahNYA
Tidak ada kata terlambat untuk
sentiasa memohon kepada Allah swt

Semoga menjadi anak yang sentiasa
✿)berdoa untuk kedua orang tuanya. 
✿)pendorong untuk perbuatan yang baik 
✿)menjadi penyejuk hati
✿)menjadi penguat iman

_..::¨´•.¸ *SUBHANALLAH*¸.•´¨::.._
______.(¸.•*.•*´ALHAMDULILLAH ´*•.¸)*•.¸)____
_..::¨´•.¸______.(¸.•*.•*´CINTA ALLAH swt-RASUL¸.•´¨::.._´*•.¸)*•.¸)____


“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh&solehah.”(Q.S. As-shaffaat)

“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar do`a”.(Q.S. Ali Imran 3 : 38)


Friday, November 18, 2011