Popular Posts

Tuesday, December 27, 2011

Monday, December 26, 2011

26 DISEMBER 2011 - MESYUARAT GURU KALI - 1 SESI 2011












“Carilah seribu sahabat,kerana seribu saja belumlah banyak. 
Jauhilah seorang musuh,kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak. Barangsiapa menanam budi, nescaya dia memetik kecintaan. 
Dan barangsiapa yang menanam kesombongan, 
nescaya dia memetik kemurkaan.”

KLIK : DOA KETIKA BERWUDHUK

Saturday, December 24, 2011

DOA KETIKA BERWUDHUK...



Selalu masa ambil wudhu apa yg kamu fikirkan? 
Berdoalahh seperti dibawah..

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 
"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, 
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, 
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, 
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari 
di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari 
sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, 
surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan: Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa 
setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi 
dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? 
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

( Sumber : Ekin NRoses )

” Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwudhu', 
lalu dia membasuh mukanya maka keluarlah dari mukanya 
segala dosa kerana penglihatan matanya 
bersama dengan air atau bersama titis air yang terakhir.
 Apabila dia membasuh kedua tangannya 
maka keluarlah dari kedua tangannya 
segala dosa kerana perbuatan kedua tangannya 
bersama dengan air atau bersama titis air yang terakhir.
 Apabila dia membasuh kedua kakinya maka keluarlah dari kedua kakinya 
segala dosa yang ditempuh oleh kedua kakinya 
bersama dengan air atau bersama titis air yang terakhir
 sehingga ia keluar dalam keadaan bersih dari segala dosa .

Muslim meriwayatkan dari Utsman radiallahuanhu, 
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda : 
“Barangsiapa berwudhu' secara sempurna,
 maka dosa-dosanya akan gugur dari jasadnya 
hingga keluar juga dari bawah kukunya”

Di dalam hadis yang lain nabi SAW bersabda
 bahawa orang yang berwudhu' 
akan mendapatkan wajah yang bercahaya di akhirat kelak, 
sehingga Rasulullah SAW akan mengenali mereka sebagai umatnya.

Dari Abi Hurairah RA, ia berkata bahawa 
ia mendengar Rasulallah bersabda : 
“Sungguh umatku kelak akan datang pada hari kiamat 
dalam keadaan (muka dan kedua tangannya) 
kemilau bercahaya kerana kesan wudhu'. 
Oleh itu, barangsiapa yang mampu memperbanyakkan kemilau cahayanya, 
hendaklah dia melakukannya (dengan memperlebar basuhan wudhu'nya)”


Bacaan Selepas Dari Wuduk

1. Diriwayatkan oleh Umar Ibn Al Khatab, iaitu barangsiapa mengucap akan doa selepas wuduk nescaya membuka Allah baginya 8 Pintu Syurga. 
Masuklah ia darimana pintu yang disukainya. Inilah doanya:





2. Pengertiannya:

Aku naik saksi, yakni berikrarlah aku dengan lidahku dan beriktiqad 
dan mengaku aku dengan hatiku bahawasanya tiada Tuhan 
yang mustahak disembah melainkan Allah semata-mata 
yang tiada sekutuNya dan setarafNya.


Dan aku ikrarkan dengan lidahku dan beriktiqad 
dan aku benarkan dan aku percayakan dihatiku 
bahawasanya Nabi Muhammad itu hambaNya dan PesuruhNya




3. Pengertiannya:


Ya Tuhanku jadikanlah olehMu akan daku 
daripada orang yang taubat apabila jatuhku di dalam mengerjakan dosa 
dan ilhamkan taubat kepadaMu.


dan jadikan olehMu akan daku daripada orang yang suci 
yakni lepas daripada dosa dan kesalahan yang terlanjur 
dan lepas daripada berlumur dengan kesalahan yang lagi akan datang


atau


Dan jadikan olehMu akan daku suci dan bersih 
daripada segala perangai yang dikeji syarak.


Dan jadilah olehMu akan daku 
daripada orang yang soleh dan berakhlak mulia


4. Pengertiannya: 


Mahasuci Engkau Ya Allah dan segala pujian itu tertentu bagiMu


Dan aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah 
melainkan engkau(Allah) dan aku memohon keampunanMu
 dan bertaubat kepadaMu 


5. Pengertiannya:



Dan rahmatilah keatas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW 
dan keatas sekelian keluarganya dan sahabat-sahabatnya 
dan kurniakanlah kesejahteraan keatasnya




5. Doa lengkap selepas wuduk:







Thursday, December 22, 2011

22 DISEMBER 2011 - KEPUTUSAN PMR 2011 SMKTUN


KEPUTUSAN PMR 2011 SMK TAMAN UNIVERSITI
2010 -73.80 %  ( GPS 2.68 )
PECAH REKOD : 2011-78.85% ( GPS 2.56 )
BILANGAN PELAJAR STRAIGHT A - 47 ORANG
NEAR MISS STRAIGHT A - 19 ORANG

TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG PMR 2011
ANDA TELAH MENAIKKAN NAMA SEKOLAH... 


7 PELAJAR 9A : 

MUHAMMAD AMIN MOHD ROSLI 

NOOR AMIRAH AMIRMUDIN 

SITI NUR AMALINA MD. ZAIN 

NURFARAHIN ABU BAKAR 

SITI NORSYAMIMI MOHD NOH 

NUR FAREHAH SULAIMAN 

HANANI ANIS MOHAMAD SABRI 


37 PELAJAR 8A : 

AQIL MUHAMMAD NASIR 

AHMAD TARMIZI ESAM 

DINESHWAR GANISH NAIR, 

IQBALLUQMAN HILMI MUKHTAR HILMI 

MUHAMMAD EMIRUL B. MAHMOOD 

MOHAMAD NOR RAHMAT MD ABDUL RAZAK 

MUHAMMAD FAIZ B. ZUKKIFLI, 

LIM ZI YONG, 

MOHAMAD NABIL MOHD NOOR, 

MOHAMMAD SHAQIR MOHD ROZAINEE, 

MUHAMMAD AFIQ MD ZAIN, 

MUHAMMAD AZIRUDDIN MOHAINI, 

NG CHING KHAI, 

YEW JI HAO, 

ASIYAH NABILAH ABD LATIF, 

AMIRAH HASSAN, 

NUR FATIHAH DIANA AHMAD, 

SARAH NURAIN KHAIDZIR, 

SHER YUAN LI, 

CHOONG SZE LEI, 

NURSYAMIMI MOHD BAHARUDDIN, 

SHAHARA ANTARTIKA SULIMAN, 

SOO MING HUEY, 

SABRINA ASILAH KHARULNISAN, 

NURU AIN ZAKARIA, 

RUBENIY AP RAMANAIDOO, 

NUR DHUHAA TAJULA ARIFIN, 

KOO CH XUN, 

AIN KHADIJAH YOB SA'ED, 

CHAI WEN HUI, 

FAHDA MELISSA MOHSIN, 

GAN LI YIN, 

LAW MEI JUN, 

NOR SYAFIQH BT MAHAT, 

NURAMIRA RAMLAN, 

WAN NADIHIRAH ISMID, 

TANG MEI AY. 



3 PELAJAR 7A : 

DHARSAINI AP SUPARMANIAM, 

SHARMILLA AP THIRUTHAMALAI DINESH A/L RAMAMURTHY


TAHNIAH DARI KAMI ... WARGA PENDIDIK...

PARA GURU YANG DEDIKASI...

SUASANA DI DALAM BILIK GERAKAN 
SEBELUM KEPUTUSAN DIUMUMKAN...

KEPUTUSAN CEMERLANG ANAK GURU-GURU SMKTUN
ANAK PN. SUZANA...

ANAK PN. MARINA...

ANAK TN.HJ SABRI...

ANAK PN. MURNI...

ANAK PN. ZURAIDA...


PARA IBUBAPA DAN PELAJAR 
MENUNGGU KEPUTUSAN DIUMUMKAN...   

KEPUTUSAN DIUMUMKAN...

ANAK-ANAK GURU SMKTUN 
YANG MENDAPAT STRAIGHT A...
ANAK PN. ZURAIDA - 8A

ANAK PN. MARINA - 9A

ANAK PN. SUZANA - 9A
 
ANAK TN HJ SABRI - 9A
 
ANAK PN. MURNI - 8A

BERGAMBAR KENANGAN SESAMA MEREKA...

SUASANA DI DALAM DEWAN...

KAMI PARA GURU TURUT BANGGA 
DAN SENTIASA MELAKUKAN YANG TERBAIK...

SELESAI.......


Syukur ke hadrat Ilahi PMR SMKTUN meletup. 
Berikut catatan keseluruhan PMR SMKTUN bermula : 
2000 - 49.30%
2001 - 47.60%
2002 - 74.10%
2003 - 69.10% 
2004 - 67.30% 
2005 - 71.00% 
2006 - 72.30%
2007 - 73.80% 
2008 - 69.60% 
2009 - 72.39%
2010 - 73.80% 
dan PECAH REKOD 2011-78.85%


PENCAPAIAN GRED PURATA SEKOLAH (GPS)
PMR SMK TAMAN UNIVERSITI 2002-2011

2002 - 2.65
2003 - 2.67
2004 - 2.86
2005 - 2.77
2006 - 2.68
2007 - 2.65
2008 - 2.68
2009 - 2.64
2010 - 2.68
2011 - 2.56 (PECAH REKOD)

PENCAPAIAN PELAJAR CEMERLANG PMR 
SMK TAMAN UNIVERSITI 2000-2011

2000 - 11 ORANG
2001 - 08 ORANG
2002 - 19 ORANG
2003 - 26 ORANG
2004 - 09 ORANG
2005 - 12 ORANG
2006 - 25 ORANG
2007 - 38 ORANG
2008 - 43 ORANG
2009 - 50 ORANG
2010 - 34 ORANG
2011 - 47 ORANG

SEMOGA TERUS MENINGKAT SELEPAS INI...

Keputusan bagi peratus Subjek PMR:
BAHASA MELAYU-96.8%, 
BAHASA INGGERIS-89%,
MATEMATIK-93.5%, 
SAINS-93.9%,
SEJARAH-98.2%,
GEOGRAFI-92.1%, 
PENDIDIKAN ISLAM-95.4%,
BAHASA CINA-905,
BAHASA ARAB-100%,
KHB/KT:99.5%,
KHB/ERT-98.9%, 
KHB/PERT-94.5 
KHB/PK-100% 
Tahniah kekalkan rekod, tingkatkan tahun depan.

TAHNIAH PELAJAR, GURU, PENTADBIR, KAKITANGAN, PEKERJA, DAN BONDA NILAM SEBAGAI BEKAS PENGETUA DAN RAKAN GURU KAUNSELING SMKTUN.
( Sumber : Tn Hj Ahmad Yassin - Kauselor Cemerlang SMKTUN )


Satu keputusan yang membanggakan 
memandangkan sekolah kami 
hanyalah 'sekolah pukat tunda' bertaraf pinggir bandar... 
Apapun saya bangga 
kerana menjadi warga pendidik SMKTUN...

Syabas dan Tahniah untuk semua..
Jangan lupa syukur ke hadratNYA 
dengan segala kurniaan nikmat yang dilimpahkan...
( ~ Ustazah Yasirah Yazid ~ )


Jika yang diharapkan berlaku, syukur. 
Namun sekiranya berlaku sesuatu 
yang tidak dijangka dan tidak disangka…
bersabarlah. 
Belum tentu itu satu keburukan. 
Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan 
dibungkus oleh takdir kepahitan, kerugian dan kegagalan. 

Seringkali kita gagal melihat hakikat ini 
ketika ia sedang berlaku… 
namun apabila sedikit masa berlalu 
barulah kita sedar, 
rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang
 untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi 
dan lebih jauh ke hadapan...
by Ustaz  Pahrol Mohamad Juoi