Popular Posts

Thursday, May 31, 2012

MENANGIS KERANA TAAT PERINTAH ALLAH


“Biarlah kita menangis di dunia ini 
kerana mentaati perintah Allah 
daripada kita menangis di akhirat 
kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

KLIK : PESAN PADA DIRI...

Wednesday, May 30, 2012

PESAN PADA DIRI...


Pesan Pada Diri & Ingatlah SELALU

KESILAPAN:
Kesilapan itu membuatkan kita bertambah matang & lebih mengenal kehidupan ini...
Kita seharusnya belajar daripada kesilapan yang telah kita lakukan...
Janganlah pula mengulangi kesilapan tersebut...
Setiap yang berlaku, ada hikmahnya...

BERHARAP:
Dalam kehidupan ini, kita janganlah terlampau berharap pada manusia,
kerana manusia ini boleh berubah...
Jadi, berharaplah pada ALLAH SWT...
Moga kita bahagia di dunia & juga di akhirat kelak... InsyaALLAH...

YAKIN DIRI:
Sentiasalah yakin pada diri sendiri...
Janganlah terlampau rendah diri & tidak yakin pada diri sendiri...
Sentiasalah berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada sebelum ini...
Usaha, Doa, Tawakkal... 

BERDOA:
Berdoalah pada ALLAH SWT...mengadulah pada DIA...Jangan sesekali segan untuk berdoa dan kita seharusnya mendekatkan diri kita pada ALLAH SWT...InsyaALLAH...
Doa itu senjata orang mukmin...

CINTA:
Cintailah ALLAH SWT terlebih dahulu sebelum mencintai diri sendiri...
Cintailah manusia dengan sederhana, kerana apabila kita terlampau mencintai manusia, takut nanti akan memudaratkan diri sendiri...Sememangnya, CINTA ALLAH CINTA ABADI 
& CINTA YANG PALING SEJATI IALAH KITA MENCINTAI ALLAH SWT... ♥♥♥

UJIAN:
Bersabarlah bila ditimpakan ujian...
Yakinlah padaNya...
Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi...
Janganlah bersedih dan kita seharusnya redha dengan ketentuanNya...
Mudah-mudahan kita kuat untuk melalui ujian kehidupan...InsyaALLAH, Aamiin...

BERSYUKUR:
Bersyukurlah di atas nikmat yang diberi ALLAH SWT...
Sentiasalah berkata "Alhamdulilah" apabila dikurniakan nikmatNya 
walaupun hanya pinjaman semata-mata...
Gunalah nikmat yang diberi ALLAH SWT dengan melakukan kebaikan 
& mendatangkan faedah pada diri kita & orang di sekeliling kita...
Moga kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi ALLAH SWT...InsyaALLAH...

BAIK:
Berbuatlah baik kepada sesiapa sahaja...
Janganlah memiliki sifat MAZMUMAH dan kita seharusnya memiliki sifat MAHMUDAH....
Dan kita seharusnya memiliki sifat yang ikhlas apabila kita berbuat baik...
Jangan kerana kepentingan diri sendiri, kita berbuat baik...
Kita seharusnya berbuat baik kerana ALLAH SWT...
Moga ALLAH SWT sentiasa merahmati kita...InsyaALLAH, Aamiin

♥♥♥ JAGA DIRI, JAGA IMAN, JAGA HATI ♥♥

KLIK : RENDAH HATI...

Tuesday, May 29, 2012

RENDAH HATI...



Berusahalah rendah hati, 
tapi jangan sampai rendah diri. 
Tetap tanamkan percaya diri, 
Buang jauh-jauh sifat sombong yang ada di hati.

KLIK : CINTA ILAHI... SAHABAT SEJATI...

Monday, May 28, 2012

CINTA ILAHI... SAHABAT SEJATI...



Mulut sentiasa berbicara tentang cintakan Ilahi, 
namun hati sibuk mencari cinta pujaan hati. 
Suara lantang menegakkan kebenaran, 
namun jiwa ingin merasai 
nikmat percintaan yang tidak ditabalkan. 
Munajat mengalir di ruang lidah, 
namun jasad tak kuat nak bermujahadah. 
Kita bilang sayangkan DIA, tapi hakikatnya, 
si dia tetap pertama di sanubari kita. 
Kita janji dalam solat 
yang hidup dan mati kita hanya untuk-NYA
 tapi usaha kita lebih ke arah mengejar cinta si dia.
 Kita impikan Syurga 
namun jalan ke Neraka yang memenuhi langkah kita.
 Adakah kita letakkan DIA
 hanya di bibir tanpa membuktikannya?
 Kerana dia, kita pinggirkan DIA. 
Adakah DIA berpuas hati? 
Tepuk dada, tanya iman kita yang masih berbisa.


Jika engkau menjumpai orang, yang ia sudah tahu dirimu, kenal dirimu, faham aibmu, dan engkau pernah tiga kali membuatnya kecewa atau marah, tapi ia tidak pernah menyebut dirimu di depan orang lain selain kebaikanmu,maka jadikanlah ia sahabat sejati...


KLIK : PROJEK INFAQ PA SISTEM SURAU AL FAIZIN SMKTUN

Sunday, May 27, 2012

PROJEK INFAQ PA SISTEM SURAU AL FAIZIN SMKTUN


PROJEK INFAQ PA SISTEM SURAU AL FAIZIN SMKTUN..
SASARAN DANA 7K..
BAGI YANG IKHLAS UNTUK INFAQ BOLEH PM SAYA...
SEMOGA MENJADI JARIAH UNTUK KITA SEMUA SEHINGGALAH KE ALAM SANA...
SEMOGA REDHA DAN RAHMAT ALLAH SENTIASA MENGIRINGI DI SETIAP LANGKAH PERJALANAN HIDUP KITA SEMUA SEHINGGA KITA BERTEMUNYA KELAK...

17 MEI 2012 - PROJEK BERMULA...

26 MEI 2012 - SECARA RASMINYA DAPAT DIGUNAKAN...

INFAQ DARI GURU ISLAM SMKTUN & JUGA BEKAS GURU SMKTUN...
SETINGGI UCAPAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGINFAQ...
SEMOGA DIGANJARI ALLAH DENGAN SEBAIK-BAIK GANJARAN...
ALHAMDULILLAH, DENGAN HANYA MENYEBARKAN SMS, 
HANYA DALAM MASA 3 HARI KAMI SUDAH MENGUMPULKAN RM2850...
SAYA TAHU SAYA BERSAMA MEREKA YANG BAIK DAN IKHLAS HATINYA...
HARAP-HARAPNYA KITA KAN BERSAMA JUGA DI DALAM SYURGA DI NEGERI AKHIRAT SANA...INSYAALLAH...

KLIK : DIA ADIK YANG SUNGGUH BAIK...

KLIK : 30 JANUARI 2012 - PROJEK NAIKTARAF BILIK SOLAT GURU PEREMPUAN SMKTUN

Saturday, May 26, 2012

DIA ADIK YANG SUNGGUH BAIK...


SITI MAYSARA... SEORANG ADIK YANG SUNGGUH BAIK...
BEGITU TERASA KEHILANGANNYA... NAMUN APAKAN DAYA...

SEMOGA TAUTAN UKHUWWAH ANTARA KITA 
BERKEKALAN LAGI BERPANJANGAN TERUS KE SYURGA ALLAH

DARI KAMI UNTUK DIA...

Tiada perkataan dan ayat untuk saya gambarkan betapa baik dan manjanya dia dengan kami...
Adik yang sentiasa 'mengoferkan' diri untuk dilantik sebagai jawatankuasa di setiap program Badan Dakwah sekolah... Doa kami agar beliau sentiasa bahagia dan kuat di dalam rahmat dan redha Allah yang tiada putusnya... Semoga kita kan berjumpa di syurga Allah untuk sama-sama menyambung ukhuwwah lillahiTaala ini... Kenang kami dalam doamu...


♥✿ Jika bersahabat kerana Allah,
 jagalah keaibannya dan jangan merendahkan dirinya.
 Jika bersahabat kerana Allah, 
nasihatilah dia dan bersedia menerima nasihatnya. 
Jika bersahabat kerana Allah, 
maafkanlah dirinya. 
Jika mengaku bersahabat kerana Allah, 
terimalah kelemahan dan sikapnya, 
seperti dia bersedia menerima kelemahanmu, 
jangan pula menjaja kelemahannya pada umum.”

♥✿ Seandainya engkau bertemu seorang kawan 
yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan,
 mendahulukan atas nama kebajikan, 
menyimpan keaiban mu atas nama kejujuran, 
menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, 
memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,
 ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan 
tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari..."


KLIK : 25 MEI 2012 - MAJLIS PERPISAHAN PN. HASYIMAH & CIK SITI MAYSARA ( SESI PAGI ) , POT LUCK PERPISAHAN PN.NOR HAFIZAH ( SESI PETANG ) & MAQ : PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH - JOM TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA...

Friday, May 25, 2012

25 MEI 2012 - MAJLIS PERPISAHAN PN. HASYIMAH & CIK SITI MAYSARA ( SESI PAGI ) , POT LUCK PERPISAHAN PN.NOR HAFIZAH ( SESI PETANG ) & MAQ : PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH - JOM TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA...



MAJLIS PERPISAHAN PN. HASYIMAH 
& CIK SITI MAYSARA ( SESI PAGI ) 

POT LUCK PERPISAHAN PN. NOR HAFIZAH
 ( SESI PETANG ) 


MAJLIS MEMBUDAYAKAN AL QURAN  
PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH 

 JOM TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA...



MAJLIS PERPISAHAN PN. HASYIMAH
 & CIK SITI MAYSARA ( SESI PAGI ) 











































POT LUCK PERPISAHAN PN. NOR HAFIZAH 
( SESI PETANG ) 









MAJLIS MEMBUDAYAKAN AL QURAN  
PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH 
 JOM TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA
































Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak
Orang relaks disangka malas
Orang berbaju baru disangka menunjuk
Orang berbaju buruk disangka Zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka memakai susuk
Orang tampak ceria disangka ada membela...

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah swt,
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya,

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api...
satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat
semuanya bergantung bagaimana kita mentafsirkannya


KLIK : APABILA dia MENJARAK...