Popular Posts

Tuesday, May 22, 2012

22 MEI 2012 - TAKLIMAT HARI TERBUKA & MAHRAJAN KAA







13 NASIHAT KEHIDUPAN ….

Mari kita Hayati dan Renungkan :

1. Jika kita memelihara kebencian dan dendam, maka seluruh waktu dan fikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.

2. Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya,

3. Bukan gelaran atau pangkat menjadikan seseorang itu mulia. Jika kualiti peribadi yang dimiliki itu buruk, semua itu hanyalah topeng tanpa wajah.

4. Ciri seorang pemimpin yang baik akan nampak dari kematangan peribadi, hasil karya, serta kesinambungan antara kata dan perbuatannya .

5. Jika kita tidak mampu membahagikan harta, maupun kekayaan, maka berikanlah contoh kebaikan kepada mereka.

6. Jangan pernah menyuruh orang lain sebelum menyuruh diri sendiri, jangan pernah melarang orang lain sebelum melarang diri sendiri.

7. Pastikan kita sudah bersedekah hari ini, samada dengan ilmu, tenaga atau yang paling minimum ialah dengan senyuman yang tulus dari hati.

8. Para pembohong akan di penjara oleh kebohongannya sendiri, orang yang jujur akan menikmati kemerdekaan dalam hidupnya.

9. Bila memiliki banyak harta, kita akan menjaga harta. Namun jika kita memiliki banyak ilmu, maka ilmulah yang menjaga kita.

10. Kalau hati kita bersih, tak ada waktu untuk berfikiran negatif, curang atau dengki sekalipun.

11. Bekerja keras adalah sebahagian dari fisik, bekerja cerdas merupakan sebahagian dari otak, sedangkan berkerja ikhlas ialah sebahagian dari hati.

12. Jadikanlah setiap kritik bahkan penghinaan yang kita terima sebagai jalan untuk memperbaiki diri.

13. Kita tidak akan pernah tahu kematian akan menjemput kita, tapi kita tahu berapa banyak bekal yang kita miliki untuk menghadapiNya, iaitu Allah Azza Wa Jalla.



MANUSIA Yang HEBAT Ialah 
Dia Mampu BERCAKAP BAIK & TERSENYUM 
Pada Manusia Lain Itu Walaupun Manusia Lain Itu 
Telah BERKATA KURANG BAIK Padanya
 & MENYAKITI PERASAANNYA...


Doa agar dilihat ‘mulia’ dan ‘berkarisma’.

Ya Allah ya Tuhanku...
 Aku ini lemah, maka kuatkanlah aku 
dalam keredhaan-Mu dan bimbinglah aku 
kepada kebaikan dan jadikanlah Islam itu
 tempat aku meletakkan keredhaan. 
Ya Allah ya Tuhanku...
Aku ini lemah, maka kuatkanlah aku, 
aku ini hina, maka muliankanlah aku, 
aku ini miskin, maka kayakanlah aku 
dan kurniakan rezeki kepadaku.
Amin ya Rabbal 'Alamin..


KLIK : SELAMAT DATANG 1 REJAB...

No comments:

Post a Comment