Popular Posts

Monday, May 21, 2012

14 MEI 2012 - MAJLIS PELANCARAN IKON MEMBACA KEBANGSAAN


 NOOR AMIRAH BT. AMIRMUDIN
SMK TAMAN UNIVERSITI, JOHOR BAHRU
PERTANDINGAN MENULIS ESEI TUN DR MAHATHIR : 
IKON MEMBACA KEBANGSAAN , PENGGERAK KEMAJUAN NEGARA
NAIB JOHAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH


Majlis Pelancaran Ikon Membaca Kebangsaan bertempat di Perpustakaan Negara pada 14 Mei 2012. Dalam majlis ini Tun Dr Mahathir dinobatkan sebagai Ikon Membaca Kebangsaan. Antara acara yang dijalankan adalah penyampaian hadiah pemenang-pemenang menulis esei bertajuk Tun Dr Mahathir : Ikon Membaca Kebangsaan, Penggerak Kemajuan Negara. Noor Amirah bt. Amirmudin dari kelas 3KAA ( anak kepada guru kami, Pn. Suzana Sidek ) dari SMK Taman Universiti telah berjaya mendapat naib johan kategori sekolah menengah. Beliau menerima trofi, sijil, wang tunai rm 800, baucer mph rm 500, sebuah tablet samsung galaxy, langganan setahun majalah fokus spm dan majalah PC serta buku-buku bernilai RM 200.

Tahniah Amira! Ustazah doakan Amira kan terus cemerlang di dunia ini dan di akhirat sana jua... Semoga berjaya menjadi pakar perubatan yang solehah berbakti untuk bangsa dan negara...
Sungguh bertuah k.Sue kerana memiliki anak seperti Amira, seorang anak yang membesar dengan hasil masakan dari air tangan ibunya... Berkat di setiap suapan...

"Tanda cerdik seseorang, adalah pada ucapannya.
Tanda berani seseorang, adalah pada tindakannya.
Tanda bijak seseorang, adalah pada ketrampilannya.
Tanda mulia seseorang, adalah pada keperibadiannya."
~ Hamka ~

KLIK : BELAJAR DARI KESILAPAN...

2 comments: