♥ Apabila Dia Menjarak ♥
Apabila dia menjauh,
Apabila masa membina jarak,
Dan jarak membina tembok.
Jangan pernah lupa bahawa kita pernah bertanya
Pada DIA tentang dia.
Jangan lupa bahawa kita pernah meminta
DIA menjauhkan dia apabila dia bukan untuk kita.
Maka bila dia semakin jauh,
Mungkin ini petunjuk dari-NYA.
Belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri.
Belajarlah menerima dengan redha dan lapang dada.
kerana aturan Allah lebih indah dan baik dari yang dijangka.
Jangan pernah lupa,
Semua hanya boleh berlaku dengan izin dan redha-NYA.
Maka bila bukan namanya yang tertulis dalam rencana-NYA,
Maka,biarlah DIA menjarakkan dia dari kita…
Walau hati kita hanya DIA yang tahu... ♥
Walau hati kita hanya DIA yang tahu... ♥
“Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya
kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi musuhmu.
Dan bencilah musuhmu sewajarnya,
kerana boleh jadi suatu hari kelak
dia akan menjadi orang yang kamu cintai ''
(Riwayat al-Bukhari, Abu Daud, Al-Tirmizi dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah)
~Airmata adalah satu-satunya cara bagaimana mata berbicara
ketika bibir tidak mampu menjelaskan yang hati kita sedang terluka~
No comments:
Post a Comment