Popular Posts

Friday, December 31, 2010

SUKA DUKA 2010

PROGRAM MERAIKAN BAKAL HAJI


PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH I


PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH II


HARI GURU 2010


MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1431H


PROGRAM SEMARAK RAMADHAN GURU 1431H


HARI GURU -
NASYID BERSAMA KUMPULAN SOUTUL AMAL


Wednesday, December 29, 2010

29 DISEMBER 2010 - MESYUARAT PANITIA PI & BADAN DAKWAH SMKTUN






LAPORAN AKTIVITI DAN

KEGIATAN BADAN DAKWAH

SMK TAMAN UNIVERSITI

TAHUN 2010



SENARAI PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN

SEPANJANG TAHUN 2010



JANUARI


  1. 31 Disember 2009 ( PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH/KEBIRUS ) - Program Tahlil, bacaan Yasin, bacaan Hizbu Bahri dan Solat Hajat bersama para guru , staf dan pekerja swasta SMKTUN sempena menyambut tahun baru 2010. Diadakan di surau al Faizin pada jam 7.00 – 9.30 malam.

  1. 8 Januari 2010 ( MAQ – PANITIA PI ) – Solat hajat dan bacaan Yasin bersama pelajar sempena menyambut Tahun Baru 2010 yang diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.00 pagi.

  1. 15 Januari 2010 ( MAQ – PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM/ PANITIA PI ) – Ceramah Sambutan Maal Hijrah 1431H yang diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.20.

  1. 15 Januari 2010 ( MAQ - PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH ) – Solat Sunat Gerhana Matahari bagi pelajar sesi petang pada jam 5.30 petang.

  1. 25 Januari 2010 ( ISNIN ( PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH ) – Pendaftaran ahli baru Tabung Haji yang diadakan di dewan SMKTUN terbuka kepada pelajar sesi pagi dan petang. Seramai lebih 300 orang pelajar mendaftar.

  1. 29 Januari 2010 ( MAQ ) – Tahlil al-Marhum Sultan Johor bersama pelajar sesi pagi pada jam 7.20 8.00 di Dataran Ilmu dan pelajar sesi petang pada jam 6.10 – 6.45 di dewan SMKTUN.


FEBRUARI


  1. 12 Februari 2010 ( MAQ - PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH ) – Kempen Solat Sunat Isyrak yang diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.00 pagi. Sebanyak 900 doa Isyrak telah dilaminate untuk diagihkan kepada semua pelajar dan guru.

  1. 13 Februari 2010 ( SABTU - PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH/PERSATUAN/UNIT BERUNIFORM ) – Program Pemantapan Sahsiah dan JOM JADI BIJAK yang diadakan di surau SMKTUN pada jam 7.30 pagi – 6.00 petang. Program ini mendedahkan pelajar agar bijak menjauhi zina. Anjuran bersama Persatuan Agama Islam dan KRJ. Ianya terbuka kepada semua pelajar Persatuan Agama Islam, Puteri Islam dan pelajar yang berminat.



MAC


  1. 5 Mac 2010 ( MAQ ) – Bacaan Mathurat dan Yasin yang dipimpin oleh saudara Huzaifah Abd. Rahim. Diadakan di Dataran Ilmu pada jam 7.20 – 8.00 pagi.

  1. 6 Mac 2010 ( SABTU - MTQ ) – Pertandingan MTQ ( Majlis Tilawah al-Quran ) dan Festival Nasyid Peringkat Sekolah. Diadakan di surau al Faizin dari jam 2.00 – 6.00 petang.

  1. 12 Mac 2010 ( MAQ - MTQ ) – Persembahan Wakil peserta Syarahan kategori lelaki yang akan mewakili sekolah ke Peringkat Zon pada 3 April 2010. Pelajar tersebut adalah adalah saudara Azid Azidee dari tingkatan 4PA1. Persembahan ini diadakan ketika Majlis Membudayakan Al-Quran pada jam 7.20 8.00 di Dataran ilmu SMKTUN.

  1. 26 Mac 2010 ( MAQ ) – Tafsir Surah Yasin yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Di adakan di dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 - 8.00 pagi.


APRIL


  1. 2 April 2010 ( MAQ - MTQ ) – Majlis Bacaan Yasin dipimpin oleh Tuan Hj. Mohd Yassin Lauto dan Penyampaian Hadiah MTQ peringkat sekolah yang disempurnakan oleh Pengetua Pn. Nilam bt. Othman.

  1. 3 April 2010 ( SABTU – PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM/ PANITIA PI ) – Malam Sinar Maulidur Rasul yang diadakan di dataran Ilmu dari jam 5.00 petang – 9.30 malam. Majlis bermula dengan rewang memasak daging aqiqah oleh para guru dan staf SMKTUN. Majlis bermula jam 6.00 petang dengan keraian anak-anak aqiqah , persembahan pelajar, solat maghrib , jamuan dan ceramah multimedia yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin.

  1. 3 April 2010 ( SABTU - MTQ ) – Pertandingan MTQ ( Majlis Tilawah al-Quran ) dan Festival Nasyid Peringkat Zon Nusajaya yang bertempat di SMK Mutara Rini.

  1. 9 April 2010 ( MAQ – MTQ ) – Penyampaian Hadiah MTQ Peringkat Zon. Semua kategori yang dipertandingkan mendapat JOHAN kecuali Tilawah Lelaki mendapat Naib Johan. Semua peserta layak ke peringkat Daerah Johor Bahru yang akan diadakan di SMK Taman Bukit Indah pada 17 april 2010.

  1. 16 April 2010 – ( MAQ ) - Tafsir Surah Yasin yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Di adakan di dewan SMKTUN kerana hari hujan. Bermula pada jam 7.20 - 8.00 pagi.

  1. 17 April 2010 ( SABTU - MTQ ) – Pertandingan MTQ ( Majlis Tilawah al-Quran ) dan Festival Nasyid Peringkat Daerah Johor Bahru yang bertempat di SMK Taman Bukit Indah dari jam 7.30 – 2.00 petang. Hasil pertandingan peringkat Daerah ini, SMK Taman Universiti telah mendapat JOHAN bagi kategori Tilawah Lelaki, SyarahanLelaki dan Nasyid, manakala NAIB JOHAN dimenangi oleh Hafazan Lelaki manakala Hafazan Perempuan , Tilawah Perempuan dan Syarahan Perempuan mendapat tempat KETIGA.

  1. 23 April 2010 ( MAQ – MTQ ) – Bacaan surah Yasin dipimpin oleh saudara Abdullah b. Ishak dan doa dibacakan oleh saudara Mohd Aliff b. Sobri. Di adakan di dataran ilmu SMKTUN kerana hari hujan. Bermula pada jam 7.20 - 8.00 pagi.

  1. 26 April 2010 – ( PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH/PANITIA PI ) Pelancaran Kem Pemantapan Solat. Sasaran pelajar Tingkatan 1 & 2. Kem bermula dari bulan Mac hingga Julai 2010.

  1. 29 April 2010 ( KHAMIS - MTQ ) – Pertandingan MTQ ( Majlis Tilawah al-Quran ) dan Festival Nasyid Peringkat Negeri Johor yang bertempat di SMK Dato’ Menteri Ayer Hitam dari jam 7.30 hingga 4.00 petang. SMKTUN menghantar wakil bagi acara Nasyid, Syarahan lelaki dan Tilawah lelaki.

  1. 30 April 2010 ( MAQ - PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH ) – Program Memperkenalkan Sujud Syukur. Diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.00 pagi. Sebanyak 900 doa sujud syukur telah dilaminate untuk diagihkan kepada semua pelajar dan guru.


MEI


  1. 7 Mei 2010 ( MAQ - PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH ) – Forum Kasih Ibu Sempena Hari Ibu 2010. Diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.30 pagi. Panel Pn. Hjh Ruhanah dan En Shahbuddin Yusof. Moderator Ustazah Hanan bt. Hamzah.

  1. 8 Mei 2010 (SABTU - PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH/PERSATUAN) – Program Pemantapan Solat II – Ceramah khusyuk Dalam Solat. Unit Rohani Persatuan Agama Islam dengan kerjasama Badan Dakwah SMKTUN. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin.

  1. 14 Mei 2010 ( MAQ ) – Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Guru 2010 bersama pelajar SMKTUN yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.30 pagi.

  1. 15 Mei 2010 ( SABTU PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH/KEBIRUS ) – Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Guru 2010 bersama para guru dan staf SMKTUN yang beragama Islam. Dipimpin oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin di surau al-Faizin bermula jam 8.00 – 9.30 pagi.

  1. 21 Mei 2010 ( MAQ ) – Ceramah keprihatinan Gaza disampaikan oleh Pn. Sabariah Manshor. diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.00 pagi.


JUN


  1. 7 – 11 Jun 2010 ( PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH/PERSATUAN) – Layar Ukhuwwah Soutul Amal - Unit Nasyid Persatuan Agama Islam dengan kerjasama Badan Dakwah SMKTUN. Melibatkan anggota nasyid Soutul Amal. Antara aktiviti ialah Qiamullail, Rekreasi di Hutan Bandar dan merakamkan lagu nasyid.

  1. 26 – 27 Jun 2010 ( PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH/UNIT KAA ) – Kem Motivasi Keindahan BersamaMU . Unit KAA dan KRJ dengan kerjasama Badan Dakwah SMKTUN. Sebanyak 7 buah sekolah KAA Daerah Johor Bahru terlibat dengan jumlah peserta seramai 165 orang.


JULAI


  1. 9 Julai 2010 – ( MAQ - PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM/ PANITIA PI ) Ceramah Israk Mikraj. Diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.00 pagi. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin.

  1. 16 Julai 2010( MAQ – PANITIA PI ). Program Pemantapan Aqidah. Diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.00 pagi. Anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah SMKTUN.

  1. 23 Julai 2010 – ( PANITIA PI/BADAN DAKWAH ) Praktikal Haji Pelajar Ting. 4 dan 5 . Anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah SMKTUN.

  1. 27 Julai 2010 ( PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM/ PANITIA PI ) Program Iftar Nisfu Syaaban dan Bacaan Surah al-Kahfi. Melibatkan pelajar Tingkatan 3 dan 5 berbuka puasa, solat maghrib , bacaan Surah al-Kahfi dan seterusnya solat Isyak.

  1. 30 Julai 2010 – ( MAQ – PANITIA PI ) . Solat Hajat Kecemerlangan 1 - Solat Sunat Hajat dilakukan bersempena Percubaan PMR. Diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.00 pagi. Dipimpin oleh wakil pelajar.


OGOS


  1. 6 Ogos 2010 – ( MAQ – PANITIA PI )Solat Hajat Kecemerlangan 2 - Solat Sunat Hajat dilakukan bersempena Percubaan SPM. Diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.00 pagi. Dipimpin oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin.

  1. 6 Ogos 2010( PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM/ PANITIA PI ) Semarak Ramadhan pelajar sesi petang – melibatkan semua pelajar dan guru sesi petang. Diadakan awal satu masa dari Majlis Membudayakan al-Quran (MAQ) pada hari jumaat iaitu pada jam 5.45 -6.45 petang. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin.

  1. 13 Ogos 2010( PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM/ PANITIA PI ) Semarak Ramadhan pelajar sesi pagi – melibatkan semua pelajar dan guru sesi pagi. Diadakan pada masa Majlis Membudayakan al-Quran (MAQ) pada hari jumaat iaitu pada jam. 7.20 – 8.05 pagi. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin.

  1. 14 Ogos 2010( PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM/ PANITIA PI ) Pelancaran Ramadhan Dekat di Hati dan Semarak Ramadhan. Pelancaran gimik Ramadhan Dekat di Hati yang disempurnakan oleh Pengetua SMKTUN Pn. Nilam bt. Othman. Ceramah kelebihan Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin.

  1. 17 & 18 Ogos 2010( PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM/ PANITIA PI ) Program Ramadhan Dekat di Hati - Tadarus al-Quran para guru dan staf sokongan. Program diadakan pada jam 11.30-12.30 pagi bagi guru sesi petang dan 12.30-1.30 tengahari bagi guru sesi pagi.

  1. 19 – 26 Ogos 2010( PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM/ PANITIA PI ) Program Ramadhan Dekat di Hati - Tadarus al-Quran. Program Tadarus melibatkan pelajar Tingkatan 3 dan 4 sahaja memandangkan pelajar Ting. 5 terlibat dengan peperiksaan Percubaan SPM.

  1. 20 Ogos 2010 – ( MAQ ) - Bacaan surah Yasin dan doa – melibatkan semua pelajar dan guru sesi pagi. Diadakan pada masa Majlis Membudayakan al-Quran (MAQ) pada hari jumaat iaitu pada jam. 7.20 – 8.05 pagi. Dipimpin oleh wakil pelajar.

  1. 20 Ogos 2010 ( PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM/KAA ) Program Khas KAA – Program Iftar Jamai KAA – Melibatkan semua pelajar KAA.

  1. 27 Ogos 2010 ( MAQ ) . Bacaan surah Yasin dan doa – melibatkan semua pelajar dan guru sesi pagi. Diadakan pada masa Majlis Membudayakan al-Quran (MAQ) pada hari jumaat iaitu pada jam. 7.20 – 8.05 pagi. Dipimpin oleh wakil pelajar.

  1. 27 Ogos 2010 - ( PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM/ PANITIA PI ) Program Ramadhan Dekat di Hati - Majlis Khatam al-Quran. Diadakan di surau pada jam 11.00-12.00 tengahari bagi sesi pagi dan 2.30 – 3.30 petang bagi sesi petang.

  1. 28 Ogos 2010 - ( PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM/KEBIRUS ) Program Ramadhan Dekat di Hati - Majlis Khatam al-Quran para guru dan Iftar Jamai’. Melibatkan semua warga SMKTUN termasuk yang bukan beragama Islam dijemput untuk menikmati jamuan berbuka puasa bersama keluarga masing-masing. Masa program dari jam 6.00petang – 10.00 malam.

  1. 31 Ogos 2010 ( PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM/KAA ) . Program Khas KAA – Qiamullail di masjid berdekatan – Melibatkan semua pelajar lelaki KAA sahaja.


SEPTEMBER


  1. 3 September 2010 ( MAQ ) Bacaan surah Yasin dan doa – melibatkan semua pelajar dan guru sesi pagi. Diadakan pada masa Majlis Membudayakan al-Quran (MAQ) pada hari jumaat iaitu pada jam. 7.20 – 8.05 pagi. Dipimpin oleh wakil pelajar.

  1. 24 September 2010 ( MAQ / PANITIA PI ) Solat Kecemerlangan 3 – melibatkan semua pelajar dan guru sesi pagi. Diadakan pada masa Majlis Membudayakan al-Quran (MAQ) pada hari jumaat iaitu pada jam. 7.20 – 8.05 pagi. Dipimpin oleh Tn. Hj Yasin b. Lauto.


OKTOBER


  1. 1 Oktober 2010 - ( MAQ / PANITIA PI ). Solat Kecemerlangan 4 - Solat Kecemerlangan 3 – melibatkan semua pelajar dan guru sesi pagi. Diadakan pada masa Majlis Membudayakan al-Quran (MAQ) pada hari jumaat iaitu pada jam. 7.20 – 8.05 pagi. Dipimpin oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin.

  1. 2 Oktober 2010 – ( PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM/KEBIRUS ). Program Kemeriahan Syawal & meraikan bakal haji – Jamuan Hari Raya dan tazkirah ringkas. Melibatkan semua warga SMKTUN termasuk yang bukan beragama Islam dijemput untuk menikmati jamuan Hari Raya bersama keluarga masing-masing.

  1. 2 Oktober 2010( PANITIA PI / BADAN DAKWAH ). Solat Hajat Perdana PMR/SPM I. Anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah SMKTUN.

  1. 15 Oktober 2010( MAQ - PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH ) - Solat Sunat Dhuha dan Bacaan Yasin. Diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.00 pagi.

  1. 22 Oktober 2010( MAQ / PANITIA PI ). Solat Hajat dan Bacaan Yasin. Diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.00 pagi.

  1. 29 Oktober 2010( MAQ / PANITIA PI ). Solat Hajat Perdana II. Diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.00 pagi. Anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah SMKTUN.


NOVEMBER


  1. 5 November 2010 ( MAQ ). Bacaan surah Yasin dan doa – melibatkan semua pelajar dan guru sesi pagi. Diadakan pada masa Majlis Membudayakan al-Quran (MAQ) pada hari jumaat iaitu pada jam. 7.20 – 8.05 pagi. Dipimpin oleh wakil pelajar.

  1. 8,9 dan 10 November 2010 – ( PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH ) KEM PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR – melibatkan 80 orang pelajar Tingkatan 3. Di adakan setiap hari waktu persekolahan iaitu bermula 8.00 pagi – 1.00 tengahari.

  1. 12 November 2010 ( MAQ - PANITIA PI ). Solat Hajat SPM – melibatkan semua pelajar dan guru sesi pagi. Diadakan pada masa Majlis Membudayakan al-Quran (MAQ) pada hari jumaat iaitu pada jam. 7.20 – 8.05 pagi. Dipimpin oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin.

  1. 13 & 14 November 2010 – ( UNIT KAA/BADAN DAKWAH ). PROGRAM MUKHAYYAM IBADAH KAA – melibatkan semua pelajar KAA Tingkatan 1,2 dan 3. Bertempat di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti.

  1. 15-16 November 2010( PANITIA PI/BADAN DAKWAH ) . Kursus Imam Muda – melibatkan pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 yang bakal menjadi pelapis Imam dan bacaan doa. Kursus dilaksanakan jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari setiap hari.


Disediakan oleh :

YASIRAH YAZID

Penyelaras Badan Dakwah

Tahun 2010

SMK Taman Universiti

Johor Bahru.




KLIK : KEPUTUSAN PMR 2010