Popular Posts

Saturday, April 14, 2012

14 APRIL 2012 - KEPUTUSAN MTQ PERINGKAT NEGERI JOHOR : KUMPULAN SOUTUL AMAL MENDAPAT NAIB JOHAN PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2012...



Tahniah kepada kumpulan Nasyid Soutul Amal SMK Taman Universiti kerana berjaya mendapat NAIB JOHAN peringkat NEGERI JOHOR dalam MTQ & FESTIVAL NASYID peringkat NEGERI JOHOR tahun 2012 yang bertempat di SMKA Segamat...
Kalian buktikan kalian boleh melakukan yang sehabis baik... 
JOHAN kumpulan Izdan dari SMKA Maahad Muar yang memang JOHAN tradisi setiap tahun yang hanya beza 2 markah sahaja dengan kumpulan sekolah kami... Apapun syukur ya Allah... 
Tahniah dan Terima Kasih kepada Ustazah Hjh Rahmah & Zayyan Nasyid yang melatih dan mengurus mereka... Semoga keberkatan sepanjang umur kehidupan mereka... Abaikanlah sikap manusia yang tiada adabnya... Allah ganjari dengan nikmat kejayaan ini... Alhamdulillah...

Dalam urusan DUNIA...
 Jika kita BERKASUT, 
pandanglah orang yang BERSELIPAR... 
Jika kita BERSELIPAR,
pandanglah orang yang BERKAKI AYAM... 
Ia akan menjadikan kita,
sentiasa BERSYUKUR atas apa yang kita MILIKI...

InsyaAllah gambar keseluruhan Festival akan saya muatnaik kemudian... 
Saya akan ke rumah Ustazah Hjh Zaiti untuk mengambil memory card gambar-gambar mereka... Terima kasih kepada Ustazah Hjh Zaiti selaku guru pengiring mereka pada hari ini dan menjadi jurugambar sepanjang festival berlangsung... Semoga Allah luaskan rezeki dan keredhaan untuk akak sekeluarga dan dimudahkan urusan Haji Mabrur bersama suami Oktober nanti... Amin

Kemarahan orang yang berakal, 
dilihat pada tindak tanduknya... 
dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu, 
dapat dilihat melalui perkataannya...
 ~ Saidina Ali bin Abi Thalib ~


LINK VIDEO ZAYYAN NASYID...
( gabungan bekas pelajar dan pelajar SMKTUN )









LINK VIDEO SOUTUL AMAL SMKTUN
KE PERINGKAT NEGERI TAHUN 2010...






No comments:

Post a Comment