







Saya mengharapkan keberkatan dan keredhaan Allah kepada seluruh warga SMKTUN terutamanya anak-anak didik kami... Walaupun terpaksa bersesak di dalam surau dan dalam keadaan terlalu panas ( saya sendiri pun rasa macam nak pitam!!! ) dengan PA sistem yang teruk ( katanya dah hampir 10 tahun - zaman k.Mona dulu lagi )... Namun kami redha dan akur... Pada saya, biarlah dalam apa keadaan sekalipun, yang penting kami dapat memberi input walaupun agak terhad kepada anak didik kami... Semoga suatu waktu nanti, melekat sesuatu yang baik pada sikap dan hati mereka... lembut jiwa untuk perkara yang baik dan menerima hidayah Allah... Tiada apa yang saya harapkan, hanya bermohon agar rahmat dan redha Allah sentiasa bersama kami dengan dimudahkan segala urusan baik kami dalam mendidik anak-anak kami ini... InsyaAllah, saya cuba untuk permudahkan dan perbetulkan keadaan supaya jiwa saya tidak sakit... PA Sistem sudah saya bincang dengan Pn. Kamariah, memerlukan kos 7k... Aircond sudah tanya kontraktor, memerlukan 8k... Semoga ada duit dari 'langit' untuk ini... Ya Rabbi, permudahkanlah urusan ini kerana Engkau MAHA TAHU apa yang sebenarnya berlaku....
Allah tahu hatimu perit menahan luka,
Allah mendengar doa-doa dan tangisanmu meminta,
namun bukan kerana Dia
tidak mempedulikan nasib hamba-hambaNya,
tidak mempedulikan nasib hamba-hambaNya,
tetapi sebenarnya Dia sedang
memberikanmu yang terbaik,
memberikanmu yang terbaik,
walau kamu sebenarnya yang tidak menyedari,
bukan senang untuk redha dan pasrah...
hati perlu kuat dan tabah...
yang pasti, setiap yang berlaku ada hikmah"
hati perlu kuat dan tabah...
yang pasti, setiap yang berlaku ada hikmah"
Ketika melakukan sesuatu kebaikan
jangan mengharapkan penghargaan
manusia ataupun balasannya.
Berharaplah hanya kepada Allah.
Kata pujangga:
Jangan mengharapkan ucapan terima kasih
kerana ada manusia tidak pandai berterima kasih.
Firman Allah :
"Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu hanyalah
kerana Allah semata-mata,kami tidak mengharapkan sebarang balasan
daripada kamu atau ucapan terima kasih"
kerana Allah semata-mata,kami tidak mengharapkan sebarang balasan
daripada kamu atau ucapan terima kasih"
(Surah Al-Insan, ayat 9).
Manusia yang suka menghargai orang lain
dan biasa mengucapkan terima kasih
adalah manusia yang mempunyai pekerti terpuji
& disayangi sesama manusia serta dikasihi Allah SWT.
"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan
maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang
dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.
Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa
maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang
dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."
[Saidina Ali bin Abi Thalib RA]
No comments:
Post a Comment