Popular Posts

Friday, August 31, 2012

PBS OH PBS...



PBS OH PBS...
Nasib kami baik , terkena cuti 3 hari sebelum pemantau datang...
Moga-moga urusan ini dimudahkan Allah...
Harapnya Allah bantu kami dengan menutup kelemahan kami...
Apapun, sukarnya perjalanan sesuatu pelaksanaan itu 
hanya orang yang melaksanakannya sahaja yang tahu...
Semuanya masih baru untuk semua!
Moganya bukan kelemahan dan kesalahan yang dikorek 
tapi kekuatan dan kelebihan yang dicarigali!


KRONOLOGI PELAKSANAAN PBS TING.1
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK TAMAN UNIVERSITI

2 - 4 APRIL 2012 - KURSUS PENYEBARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 2012 BAGI DAERAH JOHOR BAHRU
layari...http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/2012/04/2-4-april-2012-kursus-penyebaran.html 

10 APRIL 2012 - TAKLIMAT PELAKSANAAN PBS TINGKATAN 1 KEPADA RAKAN PANITIA & PELAJAR YANG TERLIBAT...
layari...http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/2012/04/10-april-2012-taklimat-pelaksanaan-pbs.html 

23 APRIL 2012 - MESYUARAT PBS PERINGKAT SEKOLAH KEPADA SEMUA GURU MATAPELAJARAN TINGKATAN 1
layari...http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/2012/04/mesyuarat-pbs-peringkat-sekolah-kepada.html

27 APRIL 2012 - MESYUARAT PELAKSANAAN PBS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PANITIA SESI PETANG 2012
layari...http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/2012/04/27-april-2012-mesyuarat-pbs-panitia.html 

30 APRIL 2012 - PBS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1... KERJA MENGEDIT DOKUMEN STANDARD PRESTASI ( DSP )...
layari...http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/2012/04/bahagian-ayat-bacaan-surah-al-baqarah-1.html

4 MEI 2012 - PEMENTORAN PBS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 KEPADA RAKAN PANITIA...
layari...http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/2012/05/4-mei-2012-pementoran-pbs-pendidikan.html

11 MEI 2012 - BENGKEL BINA EVIDENCE PBS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 BERSAMA RAKAN PANITIA SESI PETANG
layari...http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/2012/05/11-mei-2012-bengkel-bina-evidence-pbs.html

14 MEI 2012 - PEMANTAUAN PELAKSANAAN PBS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN SATU GURU PENDIDIKAN ISLAM SESI PETANG SMKTUN
layari...http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/2012/05/pemantauan-pelaksanaan-pbs-pendidikan.html

15 JUN 2012 - HARI TERBUKA 2012 & TAKLIMAT PELAKSANAAN PBS TING.1 KEPADA PARA IBUBAPA
layari...http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/2012/06/15-jun-2012-hari-terbuka-2012-taklimat.html 



Saya melihat Pelaksanaan PBS Tingkatan 1 ini dari sudut yang positif... Hakikatnya, pelaksanaan ini memerlukan guru yang kreatif dan inovatif disamping memantau kredibiliti seorang guru... Kenapa saya berkata demikian? Kerana berjaya atau tidak mereka mencapai Band yang tinggi adalah kerana hasil inisiatif , kekreatifan dan kesungguhan guru mereka  mendorong mereka mendapat Band yang lebih tinggi... Apapun, inilah masanya sekolah yang biasa-biasa tetapi begitu aktif menanam sahsiah dan akhlak yang baik ke dalam diri anak-anak didiknya menghasilkan seramai mungkin pelajar yang berjaya mendapat Band 5 dan sekurang-kurangnya 10% mendapat B6... Namun untuk itu , banyak usaha keras diperlukan... Semoga Allah membantu hambaNYA yang sentiasa senang membantu dan mendidik anak bangsanya menjadi insan yang baik lagi mulia... 
Untuk subjek Pendidikan Islam, apa yang saya nampak adalah Ustaz/ah menjadi ikutan, contoh dan teladan yang terbaik untuk menghasilkan anak didik yang sahsiahnya baik lagi mulia... Andainya seorang Ustazah sendiri auratnya tidak dijaga, tudungnya hanya ngam-ngam melepasi paras dada , mana mungkin anak didik menjadikan mereka contoh? Andainya seorang Ustaz sendiri yang merokok, mana mungkin anak didiknya ditegah dari merokok? Itulah yang perlu diubah... Seperti kita suatu ketika dulu, guru berperanan membentuk peribadi dan sifat kita hari ini... Makanya begitu jugalah dengan anak-anak didik kita hari ini... Sahsiah mereka kerana hasil asuhan kita! Wallahu'alam,,, Ya Allah ,,, Permudahkanlah urusan kami!


KLIK : MERDEKA...

Thursday, August 30, 2012

MERDEKA...



Di waktu negara darurat, tenteralah wira negara,
 tetapi di waktu negara aman, 
ahli sukan jadi sanjungan sebagai wira negara, 
di waktu menuntut merdeka, 
nasihat ulama menjati diri hingga melahirkan pahlawan
 seperti Tok Janggut dan Mat Kilau, 
di waktu aman, ulama diketepi, artis dijulang, 
hanya sebagai renungan di Hari Merdeka, 
selamat meraikannya dengan semangat cintakan negara..

KLIK : 29 OGOS 2012 - KELAHIRAN SAYA...

Wednesday, August 29, 2012

29 OGOS 2012 - KELAHIRAN SAYA...


29 Ogos 2012 - Genaplah umur saya 37 tahun.. 
Satu usia yang sudah hampir ke 40 tahun... 
Moga amal ibadat saya seiring dengan usia tua saya... 
Allah, berkati umur saya di sepanjang hidup ini... 
Redhailah saya... Maafilah saya atas segala jutaan khilaf dan dosa...

Ya Allah...
Ampuni mama...
Kurniakanlah keberkatan seumur hidupnya...
Bahagiakanlah hidup mama dunia dan akhirat...
Amin ya Rabbal 'Alamin

Tuhan, Biarlah kebahagiaan ini sehingga akhir hayat kami...
SEMOGA KAMI SEKELUARGA TERUS BAHAGIA 
TANPA DIGUGAT OLEH SESIAPA DAN APA-APA 
TIDAK KIRA DARI PIHAK DIRINYA ATAU DARI PIHAK DIRI SAYA...

KLIK : 29 OGOS 2012 - MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL 2/2012 DAERAH JOHOR BAHRU

29 OGOS 2012 - MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL 2/2012 DAERAH JOHOR BAHRU


MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
 DAERAH JOHOR BAHRU BIL 2/2012
TARIKH : 29 OGOS 2012 
MASA : 2.00-5.45 PETANG
TEMPAT : ANJUNG WAWASAN SMK TAMAN UNIVERSITI





SEKITAR MESYUARAT BERLANGSUNG








JAMUAN HARI RAYA

  
 
 

Sekalung budi...........

Pihak Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Penolong Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru Unit Pendidikan Islam Ustaz Amirulhakim b. Mahfudz, kepada Pengerusi Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru tahun 2012, iaitu SMK Taman Universiti, kepada semua Jawatankuasa Panitia Daerah dan Ketua-ketua Panitia Pendidikan Islam seluruh Daerah Johor Bahru dengan kehadiran pada hari ini .

Ucapan terima kasih juga kepada Jawatankuasa Panitia yang lepas atas komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan bagi menggerakkan Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru. 

Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa yang baru dilantik. Semoga amanah ini diterima dengan azam yang bersemangat tinggi untuk menaikkan nama Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru.  Semoga segala tugas yang diamanahkan dapat sama-sama kita galas demi mempertingkatkan martabat Panitia.

Pihak tuan rumah memohon maaf atas segala kekhilafan dan kekurangan yang berlaku pada hari ini. InsyaAllah akan ditambahbaik di masa akan datang...

Semoga segala usaha murni lagi ikhlas kita hari ini dikira oleh Allah Azzawajalla sebagai amal ibadat yang nantinya memberatkan timbangan mizan kita di hari pengadilannya kelak.

Sekali lagi TAHNIAH dan SYABAS untuk semua....

Doakan segala perancangan dan program mampu kita laksanakan dengan jayanya... Semoga Allah mudahkan kita untuk mencari sebanyak mungkin kebaikan dan kebajikan di dunia ini untuk kebahagiaan di akhirat sana...

( Jujurnya saya amat malu dengan apa yang berlaku hari ini, susah sungguh untuk dimengertikan keadaan,,, Semoga saya diberi kekuatan untuk menegur perkara yang tidak sepatutnya berlaku...
Alangkah untung hidup kita ini jika ada yang suka akan diri kita dan sudi mendoakan , namun betapa celakanya kita andai ramai yang meluat lantaran itu umpatan dan caci yang sering diperkatakan umum... Salah siapa? Kalau bukan diri sendiri yang patut diperbetulkan... ? )

Imam Syafie pernah berkata : 
"aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".

Maksudnya, kita berhujah, berbicara, berbincang dengan memberi fakta, bukti, hadith yakni penjelasan dengan dalil aqli dan naqli terhadap orang jahil (bodoh), mereka tetap TIDAK FAHAM ataupun TIDAK MAHU FAHAM.

Kerana apa?

Bodoh sombong? ego? berhati batu? berhati keras? hidayah tak sampai?
Wallahua'lam...


Sunday, August 26, 2012

MUSIBAH...


Alhamdulillah, dah selamat sampai rumah. 
Johor Bahru - Kota Bharu - Bertam Penang - 
Kangar Perlis - Alor Setar - Shah Alam - Johor Bahru / 2,430 km.
 Syukur walaupun terlibat dlm kemalangan sebelum RnR Machap kejap tadi, 
namun semuanya selamat. Allah bantu kami... Alhamdulillah

KLIK : TAHNIAH HASANAH & MUSYRIF...

Saturday, August 25, 2012

TAHNIAH HASANAH & MUSYRIF...


Tahniah kepada pasangan pengantin Mohd Musyrif Yusoff & Nurul Hasanah Hj Ramlan...
Semoga ikatan suci ini diredhai Allah dan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat... Amin ya Rabbal Alamin...






Saya & isteri mengucapkan jutaan terima kasih kepada sanak saudara , 
sahabat handai, hadirin & hadirat sekalian yg dtg memeriahkan majlis perkahwinan kami.
 Maafkan kami andai ada sebarang kekurangan samaada dari segi makanan, layanan 
dan sebagainya. Doakan perkahwinan kami berkekalan hingga ke syurga. Amin :)
~ Musyrif Yusoff ~

KLIK : 1 SYAWAL 1433H...

Sunday, August 19, 2012

1 SYAWAL 1433H...


1 SYAWAL 1433H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H
Maaf Zahir dan Batin atas segala-galanya...
Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan Allah 
serta kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat,,,
Kenang kami dalam doa kalian...

2 SYAWAL 1433H


Bertemu sahabat lama Nor Azliza Mohamed 
setelah 19 tahun terpisah @ Kangar Perlis

KLIK : SALAM AIDILFITRI 1433H DARI KAMI...

Wednesday, August 15, 2012

SALAM AIDILFITRI 1433H DARI KAMI...


SALAM AIDILFITRI DARI KAMI...
AMPUN DAN MAAF DI ATAS SEGALA DOSA DAN KEKHILAFAN KAMI...
SEMOGA REDHA DAN RAHMAT ALLAH SENTIASA MENGIRINGI 
DISETIAP LANGKAH KEHIDUPAN KITA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT...

KLIK : 14 OGOS 2012 - SEMARAK RAMADHAN MEMPERKASA IBADAH 1433H ~ PROGRAM SUMBANGAN DUIT RAYA PARA GURU & STAF SMKTUN ~

Tuesday, August 14, 2012

14 OGOS 2012 - SEMARAK RAMADHAN MEMPERKASA IBADAH 1433H ~ PROGRAM SUMBANGAN DUIT RAYA PARA GURU & STAF SMKTUN ~


14 OGOS 2012 - SUMBANGAN DUIT RAYA UNTUK WARGA SMKTUN
Alhamdulillah,,, dengan hanya menyumbang RM10-20 dari setiap guru yang namanya ada di iPhone saya ini, saya berjaya mengumpulkan RM1330...
Maka dapatlah untuk Man kantin RM530 dan 6 cleaner & 2 guard RM100 setiap orang...
Alhamdulillah,,, sahabat-sahabat saya adalah dari orang-orang yang mulia hatinya lagi pemurah dalam menginfaq... Semoga Allah mengganjari mereka dengan sebaik-baik ganjaran...

SAMPUL RAYA UNTUK MEREKA...

Kirim Man beli beras di kampungnya di Indonesia...

Man Kantin... 
bekerja di kantin sekolah kami bermula dari awal sekolah dibuka... 
Walau bertukar tauke kantin tapi Man tetap diambil bekerja .... ( dalam 16 tahun )

Mereka sebaya dengan orangtua kita,,, 
tapi masih bekerja dengan kudrat 4 kerat untuk mencari pendapatan...
Terima kasih atas sumbangan dan zakat yang dihulurkan...

Mereka seumur dengan ibu-ibu kita,,, 
tapi masih bekerja dengan kudrat 4 kerat untuk mencari pendapatan...
Terima kasih atas sumbangan dan zakat yang dihulurkan...


Pn. Yana - Guard sekolah kami... 
( ada 2 orang Guard yang beragama Islam yang kami beri sumbangan )

Untuk semua orang tahu, sesungguhnya saya rasa begitu beruntung dikelilingi sahabat yang pemurah dalam bersedeqah dan menginfaqkan harta... Hanya menyebarkan SMS, dalam masa beberapa jam saya sudah dapat mengumpulkan wang yang jauh lebih banyak dari target awal... Asalnya, tujuan kutipan ini adalah hanya untuk Man... Saya target hanya RM200-300 untuk lepaskan tambang Man pulang ke kampungnya di Indonesia. Tetapi bila kutipannya mencecah RM1330 ( tidak semua guru - mungkin dalam 40-50 orang sahaja yang tahu tentang ini - sebab tidak semua no. guru ada di dalam HP saya ) , saya merasakan ada baiknya saya mengagihkan untuk cleaner Islam seramai 6 orang dan guard Islam seramai 2 orang.
Alhamdulillah, Allah mudahkan segala usaha murni kita... 
Semoga ganjaran syurga untuk kita semua... itulah yang senantiasa saya harapkan dan doakan , pertautan talian kasih antara kita sampai ke syurgaNYA yang abadi... Amin
InsyaAllah, di masa akan datang saya akan mensasarkan kutipan RM5000 
untuk projek infaq kilang roti di Gaza...
Semoga dipermudahkan oleh Allah... Amin

KELEBIHAN BERSEDEQAH...

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:
 “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
(Bukhari)

Huraian:
Selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat.

Faedah sedekah di dunia adalah seperti seseorang itu akan dimurahkan rezekinya oleh Allah, terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su’ul khatimah) kerana sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.

Manakala faedahnya di akhirat pula ialah seseorang itu akan mendapat naungan daripada panas terik di padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api neraka.


“Tidaklah ada satu hari pun yang dilalui oleh setiap hamba pada pagi harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun, berkata salah satu dari keduanya: Ya Allah berilah orang yang suka menginfaqkan hartanya berupa ganti (dari harta yang diinfaqkan tersebut), dan berkata (malaikat) yang lain: Ya Allah, berilah orang yang kedekut kebinasaan (hartanya).” 
(HR.Bukhari dan Muslim)




Monday, August 13, 2012

MINTA MEREKA DOAKAN KAMI...


SALAM USTAZ, MINTA PIHAK TAHFIZ DI SANA DOAKAN UNTUK KAMI SEMUA…. 

1. USTAZAH YASIRAH YAZID & KELUARGA SELURUHNYA 

2. TN. HJ YAZID & HJH WAN MERIAM & KELUARGA SELURUHNYA 

3. NOR YUSNI YAZID & KELUARGA SELURUHNYA 

4. USTAZAH HJH ZAITI ISMAIL & KELUARGA SELURUHNYA 

5. ZAKIAH ABDULLAH & KELUARGA SELURUHNYA 

6. ZAINAB MOHAMED & KELUARGA SELURUHNYA 

7. ZURAIDA HUSSIEN & KELUARGA SELURUHNYA 

8. T. HJ SABRI & KELUARGA SELURUHNYA 

9. HANIZAH & KELUARGA SELURUHNYA 

10. HASHAZAH & KELUARGA SELURUHNYA 

11. HAMIDAH & KELUARGA SELURUHNYA 

12. MAZNAH ISMAIL & KELUARGA SELURUHNYA 

13. KAMARIAH & KELUARGA SELURUHNYA 

14. SALWA & KELUARGA SELURUHNYA 

15. ROSLIZA & KELUARGA SELURUHNYA 

16. MISKIAH & KELUARGA SELURUHNYA 

17. MOHD ALI ISMAIL & KELUARGA SELURUHNYA 

18. MAHNUM MOHD ALI & KELUARGA SELURUHNYA 

19. ALIDAH MOHD ALI & KELUARGA SELURUHNYA 


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG 

YA ALLAH YA TUHAN KAMI… KAMI MOHON KEPADA MU AGAR DIKURNIAKAN KEPADA MEREKA YANG DICATATKAN NAMA DI ATAS… 


1. KEAMPUNAN DARIMU ATAS SEGALA DOSA KESALAHAN YANG TELAH MEREKA LAKUKAN , SEDANG MAUPUN YANG AKAN DATANG, SAMADA DOSA MEREKA YANG NYATA MAUPUN YANG TERSEMBUNYI, DOSA YANG MEREKA SENGAJA LAKUKAN MAUPUN YANG TIDAK SENGAJA MEREKA LAKUKAN. 


2. KURNIAKANLAH KEPADA MEREKA NUR PETUNJUK, HIDAYAH DAN RAHMAT DARIMU SEHINGGA AKHIR HAYAT MEREKA DI DUNIA DAN AKHIRAT. JADIKANLAH MEREKA SEMUA INI ORANG-ORANG YANG SOLEH DAN KURNIAKANLAH JUA UNTUK MEREKA ANAK-ANAK KETURUNAN YANG SOLEH YANG AKAN DIKUMPULKAN SEMULA DI SYURGAMU YANG PENUH KENIKMATAN ITU. 


3. PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN MEREKA DI DUNIA INI IAITU MUDAH DALAM MENJALANKAN TUGAS DAN KERJA YANG DIAMANAHKAN DENGAN IKHLAS DAN CEMERLANG. DAN JUGA MUDAHKANLAH SEGALA URUSAN MEREKA DI AKHIRAT SANA KETIKA HARI PENGADILANMU DIJALANKAN DIMAHSYARMU DENGAN MEMASUKKAN MEREKA KE SYURGAMU TANPA HISAB. 


4. ENGKAU BUKAKANLAH SELUAS-LUASNYA PINTU REZEKI YANG HALAL BAIK LAGI BERKAT UNTUK MEREKA MENERUSKAN HIDUP MEREKA DI DUNIA INI. JADIKANLAH MEREKA INSAN YANG BERSYUKUR KEPADA NIKMATMU DENGAN MEMANFAATKAN SEGALA NIKMAT KURNIAAN REZEKIMU ITU KE JALAN YANG DIREDHAI OLEHMU. JADIKANLAH MEREKA ORANG YANG MUDAH UNTUK MENGHULURKAN INFAQ DAN SEDEQAH DI JALANMU. JAUHILAH MEREKA DARI SIKAP KEDEKUT, BOROS , TAMAK HALOBA DAN PERKARA HARAM. 


5. YA ALLAH, KURNIAKANLAH KEPADA MEREKA KESIHATAN YANG BAIK, JAUHILAH MEREKA DARI SEBARANG PENYAKIT KRONIK. JADIKANLAH MEREKA INSAN YANG MEMANFAATKAN SEGALA NIKMAT KESIHATAN YANG ENGKAU BERIKAN INI DENGAN MELAKUKAN IBADAT DAN KETAATAN KEPADAMU DAN BUKANNYA MELAKUKAN KEMUNGKARAN DAN KEMAKSIATAN KEPADAMU. 


6. YA ALLAH YA TUHAN KAMI, DORONGKANLAH HATI DAN ANGGOTA BADAN MEREKA UNTUK MELAKUKAN SEGALA BENTUK KEBAIKAN DAN KETAATAN KEPADAMU, HALANGILAH HATI DAN ANGGOTA BADAN MEREKA DARI MELAKUKAN SEBARANG BENTUK KEJAHATAN, KEMUNGKARAN DAN KEMAKSIATAN KEPADAMU. PERMUDAHKANLAH UNTUK MEREKA MELAKUKAN SEGALA BENTUK KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN. JADIKANLAH HATI MEREKA HATI YANG BAIK. JAUHILAH SIFAT DENDAM, HASAD DENGKI, IRIHATI DAN SEBAGAINYA YANG TIDAK ELOK DAN TIDAK BAIK. 


7. YA ALLAH, KURNIAKANLAH UNTUK MEREKA SAHABAT-SAHABAT YANG BAIK YANG SENTIASA MENDORONG MEREKA UNTUK MELAKUKAN KEBAIKAN DAN MENASIHATKAN MEREKA JIKA MEREKA MELAKUKAN KEMUNGKARAN DAN KEMAKSIATAN. BIARLAH HANYA ORANG-ORANG YANG BAIK DIKELILING MEREKA DAN JAUHILAH ORANG-ORANG YANG JAHAT BERADA BERSAMA MEREKA. JAUHILAH MEREKA DARI SIHIR DAN SEGALA KEJAHATAN MANUSIA JIN MAUPUN IBLIS. 


8. YA ALLAH , DEKATKANLAH SYURGA UNTUK MEREKA, JAUHILAH NERAKA DARI MEREKA. JADIKANLAH MEREKA INSAN YANG TUNDUK PATUH PADA SEGALA PERINTAHMU DENGAN SEDIKITPUN TIDAK BERBANTAH, INSAN YANG SUKA PADA KEBAIKAN DAN BENCI KEPADA KEMUNGKARAN. 


9. YA ALLAH, PERMUDAHKAN DAN PERCEPATKANLAH URUSAN HAJI DAN UMRAH MEREKA. MUDAHKANLAH MEREKA DARI SUDUT KEWANGAN, KESIHATAN DAN KESERONOKAN DALAM MELAKUKAN IBADAH. JADIKANLAH MEREKA TETAMUMU YANG PALING ISTIMEWA DI SANA DENGAN MENDAPAT LAYANAN DAN BANTUAN VVIP DARIMU. KURNIAKANLAH UNTUK MEREKA HAJI YANG MABRUR YANG NANTINYA SUDAH TENTU SYURGA UNTUK MEREKA. 


10. YA ALLAH, MULIAKANLAH MEREKA DI MATAMU DAN MULIAKANLAH JUGA MEREKA DI MATA MANUSIA LAIN. SERLAHKANLAH SEGALA KELEBIHAN DAN KEBAIKAN YANG ADA PADA MEREKA WALAUPUN HANYA SEDIKIT, TUTUPKANLAH SEGALA AIB KEKURANGAN DAN KECACATAN MEREKA WALAUPUN BANYAK. PERBAIKILAH URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT MEREKA YA ALLAH… 


11. YA ALLAH, SEMOGA SEGALA DERMA DAN SUMBANGAN IKHLAS MEREKA INI MENJADI JARIAH UNTUK MEREKA DI KUBUR NANTI DAN SEBAGAI SYAFAAT MEREKA DI AKHIRAT MU NANTI. BERKATI DAN REDHAILAH SEGALA USAHA MURNI DAN IKHLAS MEREKA SEMUA INI. SEMOGA REDHA DAN RAHMATMU SENTIASA MENGIRINGI DI SETIAP LANGKAH KEHIDUPAN MEREKA DI DUNIA INI DAN JUGA DI AKHIRAT SANA. 


12. BAHAGIAKANLAH HIDUP MEREKA DI DUNIA INI BERSAMA SUAMI DAN KELUARGA MEREKA SELURUHNYA, DAMAIKANLAH JIWA-JIWA MEREKA, TENANGKANLAH HATI-HATI MEREKA. BAHAGIAKANLAH JUGA MEREKA DI AKHIRAT SANA, DENGAN MENDAPAT PERLINDUNGAN DAN PERTOLONGAN DARIMU DI HARI TIADA PERTOLONGAN SELAIN PERTOLONGAN ALLAH RABBUL JALIL. 


13. YA ALLAH, PERKENANKANLAH SEGALA DOA DAN PERMINTAAN KAMI INI UNTUK MEREKA DAN PERKENANKANLAH SEGALA HAJAT DOA DAN PERMINTAAN MEREKA KEPADAMU. HANYA KEPADAMU TEMPAT KAMI MEMINTA SEGALA HAJAT DAN DOA KERANA HANYA ENGKAU RAJA DAN TUHAN KAMI YANG LAYAK KAMI SEMBAH. SESUNGGUHNYA ENGKAU BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU YANG TELAH SEDANG DAN AKAN BERLAKU. ENGKAU TUHAN MAHA AGONG WAHAI ALLAH RABBUL JALIL. SEMOGA ENGKAU BANTU KAMI UNTUK TERUS TUNDUK KEPADA SEGALA PERINTAHMU, BANTU KAMI UNTUK MENJAUHI SEGALA LARANGANMU. 

AMIN YA RABBAL ALAMIN.

( Diatas adalah doa yang saya karang untuk pihak Tahfiz di Thailand mendoakan kami para penyumbang untuk pembangunan surau dan tandas untuk kegunaan anak-anak Tahfiz di sana ... Saya sunnguh beruntung kerana mempunyai sahabat yang sungguh-sungguh baik dan tidak kedekut dalam menginfaq harta , kami memang ada 'group' yang setiap bulan mengirimkan wang kepada mana-mana Tahfiz untuk tujuan pembangunan mereka... semoga menjadi jariah untuk kami dan istiqamah dalam urusan ini... amin ya Rabbal Alamin )

KLIK : HAKIKAT INSAN HANYA DIKETAHUI OLEH ALLAH AZZAWAJALLA...

Sunday, August 12, 2012

HAKIKAT INSAN HANYA DIKETAHUI OLEH ALLAH AZZAWAJALLA...



Saya begitu suka dengan ayat ini ...
" Maka ramai manusia ini yang mungkin orang lain sangka dia baik di sisi Allah tapi dia tak baik di sisi Allah, saya yang duduk di hadapan ini yang barangkali dianggap sebagai penceramah atau tokoh ugama , mungkin baik pada mata sesetengah orang tapi tidak baik di sisi Allah Azzawajjala, mungkin orang yang berada di bawah itu jauh lebih baik daripada saya..... "

"Minta-lah nasihat daripada 
mereka yang wajah-nya ada nur,
 kata-katanya menghidupkan hati 
dan sebaik-baik manusia adalah 
orang yang bila melihat-nya, 
kamu mengingati Allah S.W.T."

KLIK : MENGGALAS AMANAH.....

Saturday, August 11, 2012

MENGGALAS AMANAH.....


PENGERUSI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH JOHOR BAHRU



Tahniah kepada SMK Taman Universiti Johor Bahru di atas perlantikan sebagai Pengerusi Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru yang baharu. Semoga perlantikan ini berupaya merancakkan lagi gerak kerja dan aktiviti untuk membantu meningkatkan prestasi Pendidikan Islam diperingkat PMR dan SPM serta mampu meningkatkan imej Guru Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru. Tahniah..!

KENALI MEREKA...

EN. MAHAMUD B. OTHAMAN
PENGETUA SMK TAMAN UNIVERSITI

 AHLI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK TAMAN UNIVERSITI

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SESI PAGI SMK TAMAN UNIVERSITI
Duduk dari kiri : Ustazah Hjh Rahmah Abdullah ( Ketua Panitia Menengah Atas ) , 
Ustazah Hjh Habibah Muhammad ( Penyelaras Dakwah ),
Ustazah Hjh Zaiti Ismail ( Penolong Panitia Menengah Rendah )
Berdiri dari kiri : Ustazah Hjh Nor Aziah Jema'on ( Ketua Panitia Bahasa Arab )
Ustazah Hjh Zauyah Zakaria ( Setiausaha Badan Dakwah )

 PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SESI PETANG SMK TAMAN UNIVERSITI
Duduk dari kiri : Ustazah Siti Zabidah Adnan ( Pen. Penyelaras KAA ) , 
Ustazah Suriani Soryat ( Ketua Penasihat Persatuan Agama Islam ),
Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin ( Setiausaha II Badan Dakwah )
Ustazah Hjh Raja Ainuraziyah Raja Ainuddin ( Penyelaras KAA )
Ustazah Yasirah Yazid ( Pen. Panitia Sesi Petang - Penyelaras PBS Ting.1 )


PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN ISLAM /
BADAN DAKWAH SMK TAMAN UNIVERSITI
TAHUN 2012

3 JANUARI 2012-MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI-1

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 2012
CERAMAH TEKNIK MENJAWAB KERTAS PENDIDIKAN ISLAM SPM 2012
TARIKH : 26 APRIL 2012 ( KHAMIS )
TEMPAT : SURAU AL FAIZIN SMK TAMAN UNIVERSITI
SLOT 1 : 8.00 - 10.00 PAGI ( KUMPULAN 1 )
SLOT 2 : 11.00 - 1.00 TENGAHARI ( KUMPULAN 2 )
PENCERAMAH : USTAZAH YASIRAH YAZID 
( GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM )

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 2012
CERAMAH TEKNIK MENJAWAB KERTAS PENDIDIKAN ISLAM PMR 2012
TARIKH : 17 JULAI 2012 ( SELASA )
TEMPAT : SURAU AL FAIZIN SMK TAMAN UNIVERSITI
MASA : 11.00 - 1.00 TENGAHARI ( KUMPULAN 1 )
PENCERAMAH : USTAZAH YASIRAH YAZID 
( GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM )

MAJLIS TILAWAH AL QURAN & FESTIVAL NASTID
21 JANUARI 2012 - PERTANDINGAN MTQ PERINGKAT SEKOLAH 

25 FEBRUARI 2012 - MTQ ZON NUSAJAYA/SKUDAI
MASA : 7.30 PAGI - 2.00 TENGAHARI
TEMPAT : SMK SRI SKUDAI

Alhamdulillah... SMK Taman Universiti berjaya mendapat JOHAN 6 acara dari 7 acara yang dipertandingkan iaitu : 
1. Nasyid 
2. Hafazan ( Lelaki )
3. Hafazan ( Perempuan )
4. Tilawah ( Lelaki )
5. Tilawah ( Perempuan )
6. Syarahan ( Lelaki )

Tahniah kepada peserta yang berjaya... bagi yang kurang bernasib baik... cuba lagi di tahun hadapan... Apa yang utama kamu semua telah mencuba sedayanya...
Tahniah sekali lagi ... Jangan lupa syukur ke hadratNYA...

Terima Kasih dan Tahniah kepada Ustazah Hjh Rahmah yang membimbing kesemua peserta... Semoga diganjari Allah dengan ganjaran rahmat dan redhaNYA sepanjang umur kehidupan beliau dan keluarga... Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan hati berhadapan dengan mehnah perangai manusia yang kurang adabnya... InsyaAllah , ujian itu adalah hikmah Allah ingin meninggikan darjat hambaNYA...
Terima Kasih kepada Zayyan kerana banyak membantu membimbing dan mengurus peserta,,, Semoga allah ganjari dengan rezeki yang luas serta di permudahkan jalan hidup di dunia dan akhirat...
Terima Kasih Pn. Kamariah Taha Guru Media yang membantu PA Sistem Acara Nasyid ... Semoga diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran...
Terima kasih juga kepada semua guru pengiring dan guru yang membantu secara langsung maupun tidak langsung... 
Terima kasih atas sokongan dan doa...
Semoga anak didik ini menjadi insan soleh/ah cemerlang hidupnya di dunia jua di akhirat sana..


 
MTQ PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU
TARIKH : 31 MAC 2012
MASA : 7.30 PAGI - 2.00 TENGAHARI
TEMPAT : SMK SERI PERLING


Alhamdulillah syukur ke hadratNYA kerana SMK Taman Universiti berjaya mara ke peringkat Daerah Johor Bahru dalam 6 dari 7 acara yang dipertandingkan.
Berikut adalah hasil pertandingan pada hari ini :
1. NASYID - JOHAN
2. SYARAHAN AGAMA ( LELAKI ) - TEMPAT KE-3
3. HAFAZAN AL-QURAN ( LELAKI ) - 
Tidak dapat hantar walau Johan Zon kerana peserta mendapat tawaran KISAS.
4. HAFAZAN AL-QURAN ( PEREMPUAN ) - NAIB JOHAN
5. TILAWAH AL-QURAN ( LELAKI ) - NAIB JOHAN
7. TILAWAH AL-QURAN ( PEREMPUAN ) - TEMPAT KE-3
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Alhamdulillah, kami mendapat JOHAN DALAM ACARA NASYID dan dapat mara ke peringkat negeri. Walaupun acara lain tidak dapat mara ke peringkat negeri,kami tetap bersyukur dan tidak patah semangat untuk mencuba dan melakukan yang lebih baik pada tahun akan datang...
Semoga Allah sentiasa membantu kami menjadi anak didik yang sentiasa bersemangat tinggi dan cemerlang dalam semua aspek rohani, akademik maupun ko kurikulum...

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN & FESTIVAL NASYID 
PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2012
TARIKH : 13 & 14 APRIL 2012
TEMPAT : SMKA SEGAMAT, JOHOR

SETINGGI UCAPAN DAN TAHNIAH KEPADA KUMPULAN NASYID SOUTUL AMAL SMK TAMAN UNIVERSITI KERANA BERJAYA MENDAPAT NAIB JOHAN PERINGKAT NEGERI JOHOR BAGI TAHUN 2012...

Teruskan kecemerlangan kalian...

Tahniah kepada kumpulan Nasyid Soutul Amal SMK Taman Universiti kerana berjaya mendapat NAIB JOHAN peringkat NEGERI JOHOR dalam MTQ & FESTIVAL NASYID peringkat NEGERI JOHOR tahun 2012 yang bertempat di SMKA Segamat...
Kalian buktikan kalian boleh melakukan yang sehabis baik... 
JOHAN kumpulan Izdan dari SMKA Maahad Muar yang memang JOHAN tradisi setiap tahun yang hanya beza 2 markah sahaja dengan 
kumpulan sekolah kami... Apapun syukur ya Allah... 
Tahniah dan Terima Kasih kepada Zayyan Nasyid dan Ustazah Hjh Rahmah yang melatih dan mengurus mereka... Semoga keberkatan sepanjang umur kehidupan mereka...

MAJLIS IHTIFAL KAA/SABK TAHUN 2012
MAJLIS IHTIFAL KAA/SABK 
PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012
TARIKH : 16 JUN 2012 ( SABTU )
MASA : 7.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN SMK TAMAN UNIVERSITI

Alhamdulillah , SMK Taman Universiti berjaya membolot 4 juara dari 6 acara yang dipertandingkan...
1. HIWAR - JOHAN
2. KALIMATUS SOBAH - JOHAN
3. HAFAZAN - JOHAN
4. KUIZ ILMU WAHYU - JOHAN
5. QIRAAT SABA'AH - NAIB JOHAN
6. KUIZ BAHASA ARAB - BELUM REZEKI

Semoga anak didik kami ini kan terus memartabatkan Bahasa Syurga ini ... jua terus cemerlang hidup di dunia dan jua di akhirat sana.... Amin ya Rahman...

Juga setinggi ucapan tahniah kepada Ustazah Hjh Nor Aziah GC Bahasa Arab yang banyak melatih mereka... Semoga diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran...

Kesemua JOHAN akan mewakili Daerah Johor Bahru ke peringkat Negeri yang berlangsung di SMKA MAAHAD MUAR...

Tahniah sekali lagi dan didoakan mereka akan melakukan 
yang TERBAIK untuk meraih kecemerlangan...



MAJLIS IHTIFAL & MAHRAJAN MEMANAH 
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PERINGKAT NEGERI JOHOR
TARIKH : 23 JUN 2012
MASA : 7.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI
TEMPAT : SMKA MAAHAD MUAR


Alhamdulillah , SMK Taman Universiti berjaya mendapat 2 JOHAN dari 4 acara yang dipertandingkan, iaitu
1. KALIMATUS SOBAH - JOHAN
2. KUIZ ILMU WAHYU - JOHAN
Tahniah kepada mereka semua...

Semoga anak didik kami ini kan terus memartabatkan Bahasa Syurga ini ... jua terus cemerlang hidup di dunia dan jua di akhirat sana.... Amin ya Rahman...

Setinggi ucapan tahniah kepada Ustazah Hjh Nor Aziah GC Bahasa Arab yang banyak melatih mereka... Juga Ustazah Hjh Rahmah & Ustazah Hjh Raja Ainuraziyah yang menjadi guru pengiring mereka... Semoga diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran...

Kesemua JOHAN akan mewakili Negeri Johor ke peringkat Kebangsaan yang berlangsung di negeri Selangor...

Tahniah sekali lagi dan didoakan mereka akan melakukan 
yang TERBAIK untuk meraih kecemerlangan...



PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TINGKATAN SATU TAHUN 2012
KURSUS PENYEBARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS )
TINGKATAN 1 2012 BAGI DAERAH JOHOR BAHRU
MATAPELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM
TARIKH : 2-4 APRIL 2012
MASA : 8.30 PAGI - 4.30 PETANG
TEMPAT : SMK TAMAN IMPIAN EMAS

TAKLIMAT PELAKSANAAN PBS TINGKATAN 1
KEPADA RAKAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
TARIKH : 10 APRIL 2012
MASA : 11.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI
TEMPAT : PUSAT SUMBER SMK TAMAN UNIVERSITI



MESYUARAT PBS TINGKATAN 1 PERINGKAT SEKOLAH
KEPADA SEMUA GURU MATAPELAJARAN TINGKATAN 1
TEMPAT : ANJUNG WAWASAN
TARIKH : 23 APRIL 2012
MASA : 11.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI


 MESYUARAT PELAKSANAAN PBS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1
KEPADA RAKAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
TEMPAT : PUSAT SUMBER SMKTUN
TARIKH : 27 APRIL 2012
MASA : 11.30 PAGI - 2.00 TENGAHARI


PEMENTORAN PBS TINGKATAN 1
KEPADA RAKAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
TEMPAT : PUSAT SUMBER SMKTUN
TARIKH : 4 MEI 2012
MASA : 11.30 PAGI - 2.00 TENGAHARI


BENGKEL BINA EVIDENCE PBS TINGKATAN 1
BERSAMA RAKAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
TEMPAT : PUSAT SUMBER SMKTUN
TARIKH : 11 MEI 2012
MASA : 9.00 PAGI - 2.00 TENGAHARI


KURSUS PENYEBARAN PBS TINGKATAN 1
PERINGKAT SEKOLAH
TEMPAT : DEWAN SMKTUN
TARIKH : 12 MEI 2012
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI


TAKLIMAT PELAKSANAAN PBS TINGKATAN 1
KEPADA IBUBAPA PELAJAR
TEMPAT : DEWAN SMKTUN
TARIKH : 15 JUN 2012
MASA : 8.30 - 10.30 PAGI


PEMANTAUAN PELAKSANAAN PBS TINGKATAN 1


PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH /
 PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
 
 


PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM
SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1433H

PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM
 PROGRAM CERAMAH SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ

PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM
 PROGRAM IFTAR NISFU SYAABAN 
DAN BACAAN SURAH KAHFI

PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM
 SEMARAK RAMADHAN MEMPERKASA IBADAH

CERAMAH SEMARAK RAMADHAN PELAJAR SESI PETANG
TARIKH : 6 JULAI 2012
MASA : 6.00-6.45 PETANG
TEMPAT : DATARAN ILMU


CERAMAH SEMARAK RAMADHAN GURU, STAF PEKERJA SWASTA SMKTUN
TARIKH : 14 JULAI 2012
MASA : 8.00-10.30 PAGI
TEMPAT : SURAU AL FAIZIN SMK TAMAN UNIVERSITI


CERAMAH SEMARAK RAMADHAN PELAJAR SESI PAGI
TARIKH : 20 JULAI 2012
MASA : 7.20-8.10 PAGI
TEMPAT : DATARAN ILMU


 PROGRAM TADARUS GURU SESI PAGI & STAF SOKONGAN
TARIKH : 25 JULAI 2012
MASA : 12.30-1.30 PETANG
TEMPAT : SURAU AL FAIZIN

 PROGRAM TADARUS GURU SESI PETANG
TARIKH : 25 JULAI 2012
MASA : 11.30-12.30 TENGAHARI
TEMPAT : SURAU AL FAIZIN

 
PROGRAM TADARUS PELAJAR
TEMPOH PELAKSANAAN : 23 JULAI - 9 OGOS 2012
MASA : WAKTU REHAT PELAJAR
TEMPAT : SURAU AL FAIZIN

PROGRAM SEHARI SATU TIP
TEMPOH PELAKSANAAN : 23 JULAI - 15 OGOS 2012
MASA : WAKTU SOLAT ZOHOR
TEMPAT : DEWAN/SURAU AL FAIZIN

PROGRAM QIAMULLAIL PELAJAR KAA DI MASJID BERDEKATAN
TARIKH : 27 & 28 JULAI 2012
TEMPAT : MASJID JAMEK TAN SRI AINUDDIN WAHID TAMAN UNIVERSITI


PROGRAM IFTAR JAMAIE GURU & PELAJAR KAA SMKTUN
TARIKH : 4 OGOS 2012
MASA : 6.30 PETANG - 10.00 MALAM
TEMPAT : KANTIN/SURAU AL FAIZIN


MAJLIS KHATAM AL-QURAN PELAJAR SESI PAGI
TARIKH : 10 OGOS 2012
MASA : 10.30 PAGI - 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : SURAU AL FAIZIN


 MAJLIS KHATAM AL-QURAN PELAJAR SESI PETANG
TARIKH : 10 OGOS 2012
MASA : 2.30 PAGI - 3.30 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN SMKTUN

PROGRAM SEDEQAH ANAK YATIM & MISKIN
TEMPOH PELAKSANAAN : 23 JULAI - 10 OGOS 2012


PROGRAM BAYARAN FIDYAH GURU & STAF SMKTUN
TEMPOH PELAKSANAAN : 23 JULAI - 10 OGOS 2012


PROGRAM SAHAM WAKAF GURU & STAF SMKTUN
TEMPOH PELAKSANAAN : 23 JULAI - 10 OGOS 2012


PROGRAM PRAKTIKAL IBADAH HAJI 
TINGKATAN 4 & 5 TAHUN 2012
 



( Page ini di copy dari blog Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru... 
layari... http://panitiapijb.blogspot.com/ ... bermula saat ini, jadilah saya blogger untuk 2 blog ini... cumanya yang Panitia Daerah saya bersama suami yang akan bertanggungjawab memuatnaik program Panitia Daerah... kalau di kata penat, memang amat memenatkan kerana dia juga sibuk mengurus 3 web dan 3 blog belum termasuk yang ini... Rasanya masa yang diperuntukkan untuk kami 24jam ini tidak begitu cukup... 
Apapun amanah dan tanggungjawab harus dipikul... Kami begitu yakin dengan perancangan Allah mengatur segalanya untuk kami berdua... Semoga Allah memudahkan segala kerja kami ini dan dikira sebagai amal ibadat yang dapat memberatkan timbangan amalan kami di Mahsyar kelak )




“Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, 
janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) 
kepada diriku walau sekelip mata,
 perbaikilah segala urusanku, 
tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau“. 
Aamiin.