Popular Posts

Saturday, March 31, 2012

31 MAC 2012 - MAJLIS TILAWAH AL-QURAN & FESTIVAL NASYID PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012


MTQ PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

TEMPAT : SMK SRI PERLING

MASA : 8.00 PAGI - 2.30 TENGAHARI

KUMPULAN SOUTUL AMAL BERSAMA USTAZAH HJH RAHMAH
YANG BANYAK MENGURUS, MEMBIMBING DAN MELATIH MEREKA...
DIDOAKAN KEBERKATAN ALLAH UNTUK USTAZAH SEKELUARGA 
ATAS GANJARAN PENAT LELAH BELIAU SELAMA INI...
( seorang yang begitu kuat dan kental walaupun menghadapi mehnah individu yang kurang adabnya!!! Alhamdulillah berkat kesabaran beliau, Soutul Amal sekali lagi dapat mara ke peringkat Negeri :  2008 - peringkat Zon,  2009 - peringkat Daerah,  2010 - peringkat Negeri,  
2011 - peringkat Daerah dan 2012 - peringkat Negeri )

Disebalik air mata...  pasti akan datang senyuman
Disebalik luka...  pasti datang penyembuh
Disebalik kesabaran...  pasti datang kebahagiaan
Disebalik kesulitan...  pasti datang kemudahan

Alhamdulillah syukur ke hadratNYA kerana SMK Taman Universiti berjaya mara ke peringkat Daerah Johor Bahru dalam 6 dari 7 acara yang dipertandingkan.
Berikut adalah hasil pertandingan pada hari ini :
1. NASYID - JOHAN
2. SYARAHAN AGAMA ( LELAKI ) - TEMPAT KE-3
3. HAFAZAN AL-QURAN ( LELAKI ) - Tidak dapat hantar walaupun Johan peringkat Zon kerana peserta mendapat tawaran KISAS.
4. HAFAZAN AL-QURAN ( PEREMPUAN ) - NAIB JOHAN
5. TILAWAH AL-QURAN ( LELAKI ) - NAIB JOHAN
6. TILAWAH AL-QURAN ( PEREMPUAN ) - TEMPAT KE-3
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Alhamdulillah, kami mendapat JOHAN DALAM ACARA NASYID dan dapat mara ke peringkat negeri. Walaupun acara lain tidak dapat mara ke peringkat negeri,kami tetap bersyukur dan tidak patah semangat untuk mencuba dan melakukan yang lebih baik pada tahun akan datang...
Semoga Allah sentiasa membantu kami menjadi anak didik yang sentiasa bersemangat tinggi dan cemerlang dalam semua aspek rohani, akademik maupun ko kurikulum...

SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG....















































































































































~ketika kita memandang ke langit,
sedarlah yang kaki kita sedang berpijak di bumi... ~


-->>Disebalik air mata...
pasti akan datang senyuman

-->>Disebalik luka...
pasti datang penyembuh


-->>Disebalik kesabaran...

pasti datang kebahagiaan


-->>Disebalik kesulitan...

pasti datang kemudahan



Kita meminta kepada Allah hari yang cerah...

dia datangkan hujan dan petir.

kita terduduk menitiskan air mata...

 dan akhirnya Allah memberikan kita 
pelangi yang indah... 


Kita meminta kepada Allah 
bunga mawar yang indah..
tetapi dia berikan kita kaktus berduri 
(cukup sakit bila terkena pada diri)
 dan akhirnya kaktus yang berduri itu
 mengeluarkan bunga yang indah..


Tidaklah Allah memberikan ujian melainkan dia ingin hambanya sentiasa ingat dengannya... 
berbaik sangkalah kepada Allah..



"Apa sahaja yang berlaku pada diri kita, 
tidak Allah takdirkan tanpa tujuan. 
Carilah apa tujuan itu... 
InsyaAllah, hidup kita akan sentiasa bertujuan. 
Capailah tujuan itu kerana disitulah 
letaknya kejayaan dan kebahagiaan kita...
Hidup adalah satu siri pelajaran yang panjang dan berterusan. 
Allah mendidik kita pada setiap yang berlaku dalam hidup ini.
Tujuannya? 
Untuk kita menjadi lebih baik... 
sebagai hamba Allah dan Khalifah!" 
~Pahrol Mohamad Juoi~


Ya Allah, berikanlah daku..
sepasang mata yang mampu melihat kebaikan orang lain,
sekeping hati yang mampu memaafkan kesalahan,
minda yang mampu melupakan kepahitan dan
jiwa yang tidak pernah rapuh imannya...


 KLIK : 30 MAC 2012 - PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL QURAN & PROGRAM NILAI MURNI : SAYA BENCI ZINA

Mengimbau...


KLIK : 17 APRIL 2010 - MTQ PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2010