Popular Posts

Tuesday, November 15, 2011

KEUTAMAAN CINTA KERANA ALLAH


KUMPULAN KAMI DAN HATI-HATI KAMI....

KEUTAMAAN CINTA KERANA ALLAH

Daripada Abu Muslim al-Khaulani 
daripada Mu'az bin Jabal RA, ia berkata: 
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan 
daripada Tuhannya dengan sabdanya: 
'Orang yang bercinta kerana Allah s.w.t. 
berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy 
pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.'"

Abu Muslim menyambung: 
"Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin Al-Samit, 
lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mua'az bin Jabal, 
maka ia menyatakan:

'Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan 
daripada Tuhannya yang berfirman: 
'Cinta-Ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku,
 cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong-menolong kerana-Ku 
dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku.
" Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar 
daripada cahaya dalam naungan Arasy 
pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya."

(Riwayat Ahmad)

 

‎"Ya Allah, Berikanlah Kebahagiaan Kepada Kami 
Ketika Kesedihan Mengisi Hari Kami, 
Ke Manapun Kami Melangkah Engkau Menyertai Kami, 
Dalam Kehilangan, Kesakitan, Kesepian, & Terluka Kami. 
Kuatkanlah Kami Dalam Menjalani Hidup Ini 
Untuk Menebarkan Cinta & Kasih Sayang Bagi Semua." 
~ Amin ya Rabbal 'Alamin ~


No comments:

Post a Comment