Popular Posts

Sunday, November 25, 2012

25 NOV 2012 - AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAMAH USTAZAH MAISUN - GPI SMK TAMAN IMPIAN EMAS



KUNJUNG ZIARAH MAJLIS PENGKEBUMIAN 
ALLAHYARHAMAH USTAZAH MAISUN - GPI SMK IMPIAN EMAS
TARIKH : 25 NOV 2012
MASA : 10.00 - 11.30 PAGI
TEMPAT : TANAH PERKUBURAN ISLAM KANGKAR PULAI
ALLAHYARHAMAH MENINGGAL DUNIA KERANA MENDERITA SAKIT KANSER HATI
ANJURAN : BIRO KEBAJIKAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH JOHOR BAHRU

WAKIL PANITIA YANG HADIR :
USTAZAH YASIRAH YAZID - SETIAUSAHA PANITIA
USTAZ HAMEZAH HUSIN - KETUA BIRO KEBAJIKAN 
USTAZAH NAIMAH DAUD - KETUA BIDANG SAINS SOSIAL SMK DAMANSARA ALIFF
USTAZAH SURAIYA BT. MOKHTAR - PEN. KANAN KO KURIKULUM SMK DESA JAYA
USTAZAH RAHIMAH JAAFAR - SMK BANDAR BARU UDA

Al-fatihah untuk arwah Ustazah Maisun...
Semoga Allah tempatkan roh beliau bersama para solihin dan syuhada'

Ustaz Hamezah menyampaikan sumbangan kepada Ustaz Zainudin 
suami kepada Allahyarhamah Ustazah Maisun

Kami bersama anak-anak arwah...



MENGIMBAU...
KUNJUNG ZIARAH ALLAHYARHAMAH MAISUN ( TUDUNG PINK ) OLEH PEGAWAI UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPDJB USTAZ AMIRULHAKIM MAHFUDZ, USTAZ ZAIDI ISMAIL DAN USTAZAH HASIMAH HAMID BERSAMA WAKIL PANITIA USTAZ HAMEZAH HUSIN ( KETUA BIRO KEBAJIKAN ) PADA JUN 2012
Setiap yang hidup akan merasai mati, 
dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan
 sebagai cubaan, dan kepada Kami lah kamu akan kembali...

Semoga Roh Allayarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan bertaqwa... Amin

KLIK : 2 TAHUN YANG LALU DARI SEORANG INSAN BERNAMA HANAN HAMZAH...

2 TAHUN YANG LALU DARI SEORANG INSAN BERNAMA HANAN HAMZAH...



***********Dia……YASIRAH****************



Rate This

Hari ini saya ingin menukil sebuah kisah  tentang seorang sahabat juga kakak saya  di SMK Taman Universiti. Pertama kali bertemu beliau dihadapan perpustakaan sekolah Taman Universiti semasa mesyuarat panitia. Saya baru melapor diri di sekolah berkenaan (2008)  kerana berpindah dari SMK Dato Menteri .

Tak sangka dia   merupakan guru baru satu panitia dengan saya disekolah itu. Kali pertama saya menegurnya saya rasa saya tidak kekok dengannya hehehhe… mugkin kemesraannya mendorong saya menjadi mudah meresap dalam persahabatan ini. Mungkin inijuga  yang dikatakan kasih sayang tanpa syarat  yang lahir dari hati untuk manusia yang kepoh tapi pemalu, dan serius tapi gila seperti saya.
Mengenali Insan bernama Yasirah ni,   mengubat rindu saya pada rakan-rakan yang saya tinggalkan di Batu Pahat . Syukur dengan nikmat ukhuwwah ini …. Orangnya kalau bekerja nak yang terbaik sahaja! adakala rentak kerjanya memeningkan kepala. Bukan kerana dia banyak mengarut,… tetapi  itulah kelainan minah ni, mahukan sesuatu hasil kerja berada pada tahap impak maksima yang menjadi syiar  kepada badan dakwah sebagai wadah tranformasi generasi Rabbani yang soleh dan musleh di dunia dan akhirat. Team work BAdan Dakwah SMK TUN memang unik. dengan kak Ibah yang  berkesan, KAk rahmah yang  teliti, kak Zaiti yang  raaajin sangat ! dan Kak Eiy yang bersemangat waja cukup menjadikan mereka mengisi segala kekurangan yang saya ada. Itu belum lagi adik beradik sesi petang  seperti Ustaz Rifqi wira kami! kak Zauyah,Kak Raja Ainur, Kak bedah, Suriani, Nik Fatahiah yang sentiasa sedia memberikan khidmat dan bantuan bila-bila masa dan  tak kira dimana…
Berbalik kepada cerita sahabat saya Yasirah atau lebih mesra denganpanggilan KAk Eiy ni… Tahun ini beliau mendapat lagi satu amanah pengiktirafan sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Islam di sekolah kami..ehh… sekolah Taman Universiti.. Saya  dan adik beradik PAnitia  tumpang gembira dengan apa yang beliau perolehi. Saya percaya,  mandat ini akan beliau galas sebaiknya. Dia umpama sebutir mutiara yang sentiasa berkilau dan menyinari hari-hari kami dalam badan dakwah. Dalam kepohnya adakala hikmah nasihat tersimpul disebalik  gurauannya, Dalam semangat wajanya adakala dia sembunyikan kemelut jiwa yang melanda, dalam ketaq beliau bercakap  dikhalayak ramai, tulisannya mewakili setiap suara hatinya, dan dalam pada kata dirinya tidak kreatif le…tak reti itu ini begitu begini le… dia tetap lakukan sesuatu dengan terbaik! Itulah mak cik Yasirah yang saya kenali….
Betuahnya saya singgah di Taman Universiti…

Terima Kasih Tuhan … ketemukan aku dengan mereka! Walaupun kini kami dipisahkan degan perpisahan dunia yang fana ini, perjuangan kami tetap satu. MOga KAU redai setiap langkah perjuangan Kami YA Rabb….
Tahniah Yasirah!  We Laaaaaaap U!


Sesungguhnya Dia adalah sahabat saya yang sungguh baik...
Untuk seorang Hanan dan keluarganya juga..
Cek Eiy sentiasa mendoakan keluasan rahmat Allah dan rezeki yang melimpah ruah, mendapat anak2 soleh cemerlang dunia akhirat,, Moga tautan ukhuwwah kita tidak hanya berakhir di sini..walau jasad jauh,,, tapi hati kita terlalu dekat kerana Contact Rabbani itu sentiasa ada melalui DOA YANG TIDAK PERNAH PUTUS2…

Lap u too..

Buat yang terbaik dalam kekurangan diri...
 Hargai kelebihan diri... perbaiki kelemahan diri ...
jadikan kelebihan itu sebagai penguat...
dan jangan jadikan kelemahan itu , 
sebagai alasan menyembunyikan kekuatan yang ada...

Saturday, November 24, 2012

TEMPAHAN MODUL PENDIDIKAN ISLAM TING. 4 DAN 5

MODUL TOPIKAL PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 DAN 5
UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2013

CIRI-CIRI ISTIMEWA
SAIZ BUKU LATIHAN PELAJAR
MELIPUTI SEMUA TOPIK
DIHASILKAN OLEH PANEL PEMBINAAN
YANG TERDIRI DARIPADA
GURU BERPENGALAMAN
DAN KUMPULAN GURU CEMERLANG

CONTOH SAIZ MODUL

CONTOH AYAT KEFAHAMAN / K2

CONTOH AYAT HAFAZAN / K2

CONTOH IBADAT / K1

KLIK : 20, 21 & 23 NOV 2012 - BENGKEL PEMBINAAN MODUL BERFOKUS PENDIDIKAN ISLAM SPM DAERAH JOHOR BAHRU

Friday, November 23, 2012

20, 21 & 23 NOV 2012 - BENGKEL PEMBINAAN MODUL BERFOKUS PENDIDIKAN ISLAM SPM DAERAH JOHOR BAHRU



BENGKEL PEMBINAAN MODUL BERFOKUS 
PENDIDIKAN ISLAM SPM DAERAH JOHOR BAHRU
TARIKH : 20, 21 & 23 NOVEMBER 2012
MASA : 8.00 PAGI - 4.30 PETANG
TEMPAT : BILIK WAWASAN SMK KEMPAS
ANJURAN : BIRO GURU CEMERLANG 
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH JOHOR BAHRU

FASILITATOR : 
USTAZAH HJH NABILAH BT. JAAFAR
KETUA BIDANG SAINS SOSIAL SMK TUN SYED NASIR

USTAZAH HINDUN BT. ALI
KETUA BIDANG SAINS SOSIAL SMK DATO' USMAN AWANG

PANEL : 
USTAZAH NOOR AZMAH BT. JAAPAR
GURU CEMERLANG PEND ISLAM SMK KEMPAS
KETUA BIRO GURU CEMERLANG 
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH JOHOR BAHRU

USTAZ KHAIRUL ANUAR HJ RAMLAN
GURU CEMERLANG PEND ISLAM SMV PERDAGANGAN

USTAZ ZIN AKMAL B. MOHD HALID
GURU CEMERLANG PEND ISLAM SMK SELESA JAYA

USTAZAH FADZILAH BT. SAULI
GURU CEMERLANG PEND ISLAM SMK TASEK UTARA

USTAZAH NORRHAN BT. ISMAIL
SMK DATO ABDUL RAHMAN YASSIN

USTAZAH NORSIAH BT. LAHASAN 
SMK BANDAR BARU UDA

SETIAUSAHA PROGRAM : 
USTAZAH YASIRAH YAZID
GURU CEMERLANG PEND ISLAM SMK TAMAN UNIVERSITI

PEMANTAU : 
USTAZ AMIRULHAKIM B. MAHFUDZ
PEN PPD PENDIDIKAN ISLAM DAERAH JOHOR BAHRU


Semoga penghasilan Modul berfokus SPM ini 
mampu meningkatkan lagi kecemerlangan
 anak-anak didik kita dalam matapelajaran Pendidikan Islam .
Didoakan segala usaha murni mereka ini 
kan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah 
dan menjadi jariah yang berpanjangan 
untuk mereka di liang lahad nanti
dan asbab untuk meraih syurgaNYA... Amin
Terima kasih tidak terhingga kepada Ustazah Hjh Nabilah bt. Jaafar dan Ustazah Hindun bt. Ali sebagai fasilitator yang banyak membantu dan juga pihak PPD Ustaz Amirulhakim b. Mahfudz yang menyokong penuh program ini. Semoga diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran...