Popular Posts

Tuesday, November 30, 2010

30 NOVEMBER 2010 - SPM 2010 - PEPERIKSAAN PENDIDIKAN ISLAM 1223/1 & 2



Dari kiri : Ustazah Hjh Rahmah, Ustazah Hjh Habibah,
Ustazah Hjh Hanan, Ustazah Zaiti, Ustazah Hjh Zauyah


Bacaan doa dipimpin oleh Saudara Khaidir
sebelum memasuki dewan peperiksaan





Para ustazah memberi semangat
untuk pelajarnya sebelum memasuki dewan


Pelajar diberi sarapan roti dan air diwaktu senggang
sebelum memulakan kertas 2



Mengulangkaji dan mentelaah
sebelum masuk dewan peperiksaan













Monday, November 15, 2010

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT


KETAHUILAH BALASAN MENINGGALKAN SOLAT



Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.


Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."


Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.


Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.


"Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula.

Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.


Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"


Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."


Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.



Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.Lalu mereka cuba membunuh ular itu.


Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."


Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?".


Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :


  • Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
  • Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
  • Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.




Klik : Program Mukhayyam Ibadah KAA 2010






Sunday, November 14, 2010

13–14 NOVEMBER 2010 - PROGRAM MUKHAYYAM IBADAH KAA 2010




PROGRAM MUKHAYYAM IBADAH 2010


TARIKH
13 & 15 NOVEMBER 2010


TEMPAT
MASJID JAMEK
TAN SRI AINUDDIN WAHID
TAMAN UNIVERSITI

ANJURAN
UNIT KAA ( KELAS ALIRAN AGAMA)
SMK TAMAN UNIVERSITI















A t u r c a r a p r o g r a m




Sabtu ( 13 hb Nov 2010 )



4.30 – 5.00 ptg :

Pendaftaran


5.00 – 5.15 ptg :

Pembukaan

Bacaan Al Quran ( Pelajar )



5.15 – 6.15 ptg : Slot 1 :

Iman dan kesan dalam kehidupan

( Ustaz Rifqi Myddin, SMKTUN )



6.15 - 6.45 ptg :

Makan malam



6.45 - 8.30 mlm :

Solat Maghrib


Program Masjid :

Pelancaran Ratib Asmaul Husna oleh Qadhi Johor

Solat Isyak



8.30 – 10.00 mlm :

Slot 3 :

Program Masjid – Perkongsian Isu Palestine

( Dr Md Zin Kandar dan Ustaz Rofazlin, Sukarelawan VPM5 )



10.00 – 10.30 mlm :

Aktiviti Berkumpulan 1

Pengendali : Pn Sabariah Manshor



10.30 – 10.45 mlm :

Minum malam



10.45 mlm : Tidur




Ahad ( 14 Nov 2010 )




4.30 pagi :

Bangun dan Qiamullail

( Ustaz Rifqi Myddin )



5.30 – 7.00 pagi :

Solat Subuh

Slot 4 : Kuliah Subuh

Kenali Diri Kenali Ilahi

( Ustaz Rifqi Myddin )



7.00 – 7.30 pagi :

Riadhah

Pengendali :

En Mohd Marzuki b Abd Rahman



7.30 – 8.30 pagi :

Persiapan diri

Sarapan pagi



8.30 – 10.00 pagi :

Slot 5 : Meniti Usia Remaja 1

( Dr Hishamuddin Alham, UTM / IKRAM Johor )



10.00 – 10.30 pagi :

Minum pagi



10.30 – 11.30 pagi :

Slot 6 : Meniti Usia Remaja 2

( Dr Hishamuddin Alham, UTM /IKRAM Johor )



11.30 – 11.45 pagi :

Rehat



11.45 – 12.45 tgh :

Slot 7 : Halatuju KAA

Pengendali : Ustazah Nor Aziah / Ustazah Rahmah



12.45 – 2.00 ptg :

Makan tengahari

Solat Zohor



2.00 – 3.30 ptg :

Slot 8 : Jom Jadi Insan Cemerlang/

( Ust Halim Shah, SMK Kangkar Pulai )



3.30 – 4.00 ptg :

Rumusan dan Penutup

( Ustaz Rifqi bin Myddin )



4.00 – 4.30 ptg :

Solat Asar

Minum petang dan Bersurai



Pn. Zah, Ustazah Hjh Zauyah,
Pn. Zabidah dan Ustazah Suriani
Jawatankuasa Pendaftaran
sedang menyiapkan tag pelajar


PENDAFTARAN PELAJAR



TAKLIMAT PROGRAM OLEH
KEM KOMANDEN
PN. HJH ZAINAB BT. MOHAMAD


BACAAN AYAT SUCI AL QURAN
OLEH SAUDARA IQBAL DARI 2KAA1




PESERTA PROGRAM YANG TERDIRI DARI SEMUA PELAJAR KAA
TINGKATAN 1,2 DAN 3 SERAMAI 120 ORANG.


PN. NORALIZA MAZNI BT. ABD GHANI
JAWATANKUASA MAKAN MALAM










Ahad ( 14 Nov 2010 )




4.30 pagi :

Bangun dan Qiamullail

( Ustaz Rifqi Myddin )



5.30 – 7.00 pagi :

Solat Subuh

Slot 4 : Kuliah Subuh

Kenali Diri Kenali Ilahi

( Ustaz Rifqi Myiddin )




CIK MAYSARA DAN PN. NOR IRMAWATY
JAWATANKUASA KAWALAN PELAJAR ( MALAM )


QIAMULLAIL





7.00 – 7.30 pagi :

Riadhah

Pengendali :

En Mohd Marzuki b Abd Rahman



7.30 – 8.30 pagi :

Persiapan diri

Sarapan pagi


SARAPAN PAGI
Didalam gambar : Ustaz Mohd Rifqi ( Imam Qiamullail )
En. Sa'at b. Mahat ( PK KOKO ) , En. Abd. Raza ( PK 1 )
yang turut sama berqiamullail bersama pelajar



RIADHAH DIPIMPIN OLEH

S/U SUKAN SEKOLAH

EN. SYAZARUL SHAHRIL B. ZAINAL ABIDIN




8.30 – 10.00 pagi :

Slot 5 : Meniti Usia Remaja 1

( Dr Hishamuddin Alham, UTM / IKRAM Johor )



10.00 – 10.30 pagi :

Minum pagi



10.30 – 11.30 pagi :

Slot 6 : Meniti Usia Remaja 2

( Dr Hishamuddin Alham, UTM /IKRAM Johor )










2.00 – 3.30 ptg :

Slot 8 : Jom Jadi Insan Cemerlang/

( Ust Halim Shah, SMK Kangkar Pulai )














3.30 – 4.00 ptg :

Rumusan dan Penutup

( Ustaz Rifqi bin Myddin )








UCAPAN PENUTUP PROGRAM
DISEMPURNAKAN OLEH PENGETUA SMKTUN
BONDA NILAM BT. OTHMAN



R A G A M K A M I













Sekalung budi...........


Pihak kami dari Unit KAA
ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan
terima kasih dan penghargaan kepada semua guru
yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung
dalam menyumbangkan tenaga dan masa
dalam menjayakan program
Mukhayyam Ibadah KAA tahun 2010.


Juga Jutaan terima kasih juga ditujukan
kepada barisan jawatankuasa guru
yang bertungkus lumus membantu pihak kami
sepanjang perjalanan program ini.
Semoga Allah jua yang membalasnya
dengan sebaik-baik ganjaran.
Amin..



Didoakan semoga ganjarannya dipulangkan kepada kita
dengan kurniaan rahmat Allah yang tiada putusnya ,
keberkatan dan keluasan dalam menerima rezeki ALLAH,
dikurniakan anak-anak yang soleh serta cemerlang
dan mendapat tempat di SYURGA FIRDAUSNYA...



Semoga di syurga Allah nanti
kita kan tetap bersama....



Amin ya Rabbal A'lamin..