Popular Posts

Friday, October 28, 2011

DIA.....



DIA YANG SAYA KENAL.....

Seorang sahabat dunia akhirat saya...
Seorang sahabat yang baiknya 
terus masuk ke hati dan jiwa saya...
Susahnya dia maka susahlah juga saya...
Senangnya dia maka senanglah juga saya...

Doanya tidak pernah putus-putus untuk saya....
nama saya disebut secara khusus didalam setiap doanya....
setiap kali nama saya disebut,
kala itulah juga airmatanya bercucuran......

Mengingati segala kebaikannya membuat jiwa saya damai....
Memandangnya menjadi penyejuk mata hati saya....
Mengenang segala keikhlasan persahabatan kami 
membuatkan saya rasa disayangi dan dihargai....

Percayalah... 
Saya tidak pernah lupa untuk untuk menyebut namanya
 didalam setiap doa dan sujud saya selagi hayat dikandung badan.

Ya ALLAH...
tautkanlah ikatan kasih antara kami ini 
sehingga kesyurgaMU yang Abadi.
Amin ya Rabbal 'Alamin

KHUSYUK DAN TEKUN + MENGANTUK!!!

MENJENGUK PUSAT TAHFIZ...
ALHAMDULILLAH ... 
SAYA DIKURNIAKAN RAKAN YANG BEGITU DERMAWAN, 
PEMURAH DAN IKHLAS DALAM MEMBANTU...
INSYAALLAH... DANA TAHFIZ MEREKA SETIAP BULAN 
AKAN DISALUR KE PUSAT TAHFIZ INI 
BAGI MEMBANTU SERBA SEDIKIT ANAK-ANAK TAHFIZ INI...
SEMOGA IANYA MENJADI JARIAH UNTUK KAMI DIKUBUR NANTI...

MENGIMBAU KENANGAN...
SINGGAH SEBENTAR DI SEKOLAH LAMA SAYA 
BILA MENDAPAT SMS ADA YANG MERINDUI.. 
4 TAHUN SAYA TINGGALKAN SEKOLAH INI BERHIJRAH  
KE SMK TAMAN UNIVERSITI... 
KENANGAN DI SINI TIDAK PERNAH PADAM DAN PUDAR 
KERANA DI SINILAH SAYA MENGENALI PENGETUANYA 
YANG BANYAK MENGAJAR SAYA UNTUK BELAJAR BEKERJA...
BERSYUKUR KE HADRATNYA... 
KERANA SAYA KENTAL KETIKA ITU 
MENGHADAPI BANYAK BEBANAN TUGAS 
YANG AKHIRNYA MEMATANGKAN SAYA...
TIDAK SANGGUP UNTUK MENJENGUK BILIK SPBT 
KERANA DI SITULAH SEGALANYA BERMULA....


MENYAMBUNG SILATURRAHIM...
BERSAMA KERANI SEKOLAH LAMA.. PN. SALMI
ALHAMDULILLAH... TERIMA KASIH KERANA MASIH DIINGATI...


Sahabat Yang Soleh
Laksana Penjual Kasturi
Sedikit Kesannya
Keharuman Melata

Sahabat Yang Soleh
Kebaikannya Jadi Tumpuan
Keimanannya Terus Digilapkan
Ketaqwaannya Dapat Ditingkatkan
Mengalahkan Syaitan Yang Siang 
Malam Berjuang Untuk Kerosakan

Tetapi,
Sahabat Yang Soleh
Rupa Paras Bukan Jadi Bandingan
Darjat & Pangkat Bukan Soal Pilihan
Yang Mulia Di Hati Budi
Asasnya Iman,Neracanya Taqwa

Sahabat Yang Soleh
Ialah Yang Menegur Kesilapanmu 
Agar Ia Tidak Berulang
Melarangmu Dari Melakukan Kemungkaran
Yang Mengingatkanmu Dari Kealpaan
Tidak Setakat Menganggukan Kepala
Mengiyakan Apa Yang Kau Kata


Sahabat Yang Soleh 
Ialah Disisimu Pada Setiap Keadaan
Yang Meraikanmu Pada Saat Kegembiraan
Yang Mendampingimu Pada Saat Kesedihan
Yang Sanggup Berkongsi Kepentingan
Merealisasikan Sebuah Pengorbanan

Sahabat Yang Soleh
Malunya Mengatasi Perawan
Beraninya Mengatasi Pahlawan
Cintanya Bukan Pada Gambaran
Rindunya Bukan Pada Pertemuan
Tetapi,Hatinya Sarat Dengan Iman
Rantingnya Ikhlas
Dan Puncak Keredhaannya Jadi Tumpuan



Thursday, October 27, 2011

DIA, KAMI DAN MEREKA ...







Dari titisan airmata kita belajar MENGERTI
Dari rasa khuatir kita belajar PERCAYA
Dari rasa kehilangan kita belajar MENGHARGAI
Dari rasa bersalah kita belajar MEMAAFKAN
Dari sebuah harapan kita belajar BERJUANG
Dari sebuah perjuangan kita belajar BERKORBAN
Dari sebuah pengorbanan kita belajar KETULUSAN

Hazrat ‘Abdul Rahman bin ‘Auf R.A 
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Tiga perkara akan berada 
di bawah naungan ‘Arasy ALLAH TAALA
 pada hari kiamat. 
Pertama, al-Quran. Al-Quran akan berhujah dengan manusia 
dan al-Quran ini mempunyai zahir dan batin. 
Kedua, amanah. 
Ketiga, tali persaudaraan (silatur-rahim) yang akan mengisytiharkan, 
“ketahuhilah, sesiapa yang menghubungkan daku
 maka ALLAH TAALA akan menghubungkannya (dengan rahmatNYA), 
sesiapa yang memutuskan daku 
maka ALLAH TAALA akan memutuskannya (daripada rahmatnya).”


KLIK : SAMPAI BILA???

Wednesday, October 26, 2011

SAMPAI BILA ???




Kadang-kadang termenung sendiri di luar tingkap. 
Memandang ciptaan ALLAH yang Maha Agung. 
Musim berganti musim. 
Daun luruh dan tumbuh. 
Semuanya sesuai dengan aturannya.

Bila memandang diri terasa malu dan hina. 
Selepas mandi di lautan taubat...
Terjun semula ke lumpur maksiat. 
Berulang kali berdoa memohon ampun dosa yang sama.

Sampai bila akan begini???

Nikmat tak pernah terhenti meski hati berulang kali mati. 
Perasaan malu makin tebal setiap hari.

Mencemar hati setiap hari. 
Membersih dan mengotorinya kembali.



Taubat by Opick

Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku


“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat,
 serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab;
kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan."
 ( Surah az-Zumar : ayat 54 )



"Ya Allah... 
Tunjukkan kepada kami yang benar 
dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. 
Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar 
dan permudahkan kami meninggalkannya."



Semoga kita tergolong 
dalam golongan yang mudah sedar
 dan ingin sentiasa bertaubat 
atas segala dosa kesalahan 
yang telah dilakukan....



HATI MATI VS HATI SIHAT...


H A T I  M A T I 

VS 

H A T I  S I H A T




Ketahuilah bahawa dalam setiap tubuh (jasad) itu ada seketul daging

jika elok daging itu, maka eloklah keseluruhan tubuh badan

dan jika rosak daging itu, maka rosaklah juga seluruh tubuh badan

maka ketahuilah bahawa itu adalah HATI “.



T A N D A  H A T I  M A T I 



1. Mengaku kenal Allah SWT, 
tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.


2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., 
tetapi mengabaikan sunnah baginda.


3. Membaca al-Quran, 
tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.


4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, 
tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.


5. Mengaku syaitan itu musuh, 
tetapi tidak berjuang menentangnya.


6. Mengaku adanya nikmat syurga, 
tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.



7. Mengaku adanya seksa neraka, 
tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.


8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, 
tetapi masih tidak bersedia untuknya.


9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain,
 tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.


10.Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam ,
 tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.




T A N D A  H A T I  S I H A T



1.Hati yang selalu mencintai ALLAH 
dengan bukti ia banyak mengingatiNYa.


2.Hati yang sentiasa mendorong orang yang memilikinya
 untuk selalu kembali kepada Allah dan bergantung kepadaNya.


3.Jasmani merasa letih dalam berkhidmat kepada Allah,
 sementara hati tidak jemu.


4.Hati yang sentiasa merindui untuk berkhidmat kepada ALLAH.


5.Apabila tiba menunaikan solat, 
maka kegundahan dan masalah dunia terasa hilang baginya.


6.Hati yang begitu mengambil berat terhadap waktu, 
dikhuatiri waktu itu hilang tanpa melakukan ketaatan kepada Allah.


7.Hati yang sentiasa memberi perhatian
 terhadap kualiti amal berbanding kuantitinya.


8.Apabila ia tidak sempat berwirid kepada Allah, 
dia akan menyesal melebihi penyesalan orang yang kehilangan hartanya.


9.Hati yang menjadikan dirinya hanya untuk Allah –
 ketaatan hanya pada Allah.


10.Hati yang berasa tenteram bersama Allah –
 apabila mengadu kepadaNya.


11.Hati yang menjadikan kalam Allah sebagai sesuatu yang dicintainya.



Hutan berbentuk hati , Cantabria, SPANYOL


Pulau Berbentuk hati, Gutierrez Lake, Patagonia


Guandu Nature Park, Taiwan


Tavarua Island, Fiji


Galesnjak, Croatia


Danau Berbentuk hati , Ohio


Hutan Mangroove, Voh, New Caledonia


danau , Chembra, India


pulau berbentuk hati



TIGA MACAM HATI 


1- HATI YANG DIBANGUNKAN DENGAN BINAAN TAQWA.


Hati sebegini bersih daripada akhlak yang keji dan tercela.


Lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan


daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.




2- HATI YANG KECEWA DAN TERBUANG.


Hati sebegini dipenuhi hawa nafsu.


Kotor dengan akhlak buruk dan tercela.


Terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan


Tertutup dari pintu malaikat.




3- HATI YANG DIDATANGI LINTASAN HAWA NAFSU.


Membisikkan perlakuan kejahatan


tetapi segera dipintas lintasan iman


dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan.



'Ya Allah, 
bantulah kami agar kami sentiasa ingat,
bersyukur dan beribadah dengan baik kepadaMu"




Tuesday, October 25, 2011

JOM SEMPURNAKAN SOLAT...



SEBUAH VIDEO YANG DIHASILKAN OLEH 
USTAZ KHAIRUL ANUAR HJ RAMLAN
( Pemenang Inovasi Islam Kategori Pendidikan Islam 
Peringkat Kebangsaan 2010 )
layari web beliau...


...“Sesiapa yang menjaga solatnya,
maka solatnya akan menjadi cahaya baginya, 
dan petunjuk dan penyelamat pada hari kiamat.
 “Dan sesiapa yang tidak menjaga solatnya 
maka tiadalah baginya mendapat cahaya, 
petunjuk dan keselamatan pada hari kiamat, 
malah pada hari itu dia akan (dibangkitkan) 
bersama Fir’aun, Qarun, Haman dan Ubai bin Kalaf 
(iaitu mereka dari kaum yang kafir)”
 ( H.R. Ahmad, Ibnu Hibban dan Tabrani )


KLIK : HIDAYAH MILIK ALLAH

Monday, October 24, 2011

HIDAYAH MILIK ALLAH...





SEMOGA HIDAYAH ALLAH BERSAMA KITA


Dari segi bahasa hidayah berasal dari kata huda yang bererti petunjuk, sedangkan secara maknawi erti hidayah adalah Petunjuk dari Allah SWT kepada hambaNya.

Hidayah adalah hak Allah SWT, bahkan Rasulullah SAW pun tidak berhak memintanya apalagi memberi, ingat ketika Rasulullah menangis berdo’a memohon hidayah bagi bapa saudaranya yang kafir Abdul Thalib, lalu turunlah ayat ini ;

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.
 (Al Qashash ; 56)

Hingga saat kematiannya, Abu Thalib tidak menyebut “La Ilaaha Illallah” lalu Rasulullah SAW berkata, “Sungguh, akan aku mintakan ampunan untukmu selama tidak dilarang”, lalu Allah SWT berfirman, “Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam.”

Hidayah bukan hanya milik para muallaf, hidayah adalah milik sesiapa saja yang dikehendaki oleh Allah SWT. Hidayah harus dipelihara, jika seorang yang telah diberi hidayah tetapi tidak pandai memeliharanya, maka hidayah itu akan hilang.


Ciri-ciri orang yang mendapat hidayah atau petunjuk dan bimbingan Allah adalah seperti berikut :




1. MERASAKAN KEMUDAHAN DALAM BERAMAL SALEH

Orang yang telah mendapat hidayah Allah akan merasa mudah atau ringan dalam melaksanakan amal soleh, rajin dan tekun dalam beribadah dan sangat takut berbuat kedurhakaan. Sementara orang yang tidak mendapat hidayah Allah akan merasa malas dalam beramal saleh dan tidak merasa bersalah jika berbuat maksiat.

Allah swt. berfirman, “Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk mendapat petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.” 
(Q.S. Al An’am 6: 125)

Maksud ayat “ Dia melapangkan dadanya untuk Islam “ ialah mereka yang mendapat hidayah akan merasa mudah melaksanakan ajaran-ajaran-Nya, dadanya lapang tanpa beban. Sedangkan yang dimaksud “ nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit “ ialah mereka yang tidak mendapat hidayah akan merasa malas dalam beramal saleh karena dadanya merasa sesak saat melaksanakan perintah Allah swt.




2. MERASAKAN KERINDUAN KEPADA ALLAH

Orang yang mendapatkan hidayah, setiap relung hatinya terisi dengan kerinduan kepada Allah swt. Jika nama Allah swt. disebut, akan bergetar hatinya; kalau dibacakan firman-Nya, akan bertambah imannya; ia bertawakal, mendirikan solat, dan mengeluarkan zakat sebagai menunjukkan rasa syukur atas segala kurniaan nikmat yang diterimanya.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal. Orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki yang mulia.” (Q.S. Al Anfal 8: 2-4)




3. KONSISTEN ATAU ISTIQAMAH

Orang yang mendapatkan hidayah akan istiqamah atau konsisten dalam menjalankan perintah-perintah Allah. Ia akan merasa nikmat saat beribadah kepada-Nya.

Hal ini dijelaskan dalam ayat berikut :
“ … Barangsiapa yang berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (Q.S. Ali Imran 3: 101).

Rasulullah saw. Bersabda :
“Sesungguhnya Allah suka apabila seorang hamba mengerjakan suatu pekerjaan dan dia konsisten melakukannya.” (H.R. Baihaqi)

Kekukuhan mereka dalam memegang ajaran agama diumpamakan dalam ayat berikut. “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik (la Ilaha Illallah) seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.” 
(Q.S. Ibrahim 14: 24-25)




4. BERSEMANGAT DALAM MEMPELAJARI AJARAN AGAMA

Orang yang mendapat hidayah Allah akan memiliki semangat untuk menelaah ajaran-ajaran Allah. Islam itu agama yang harus difahami, bukan sekadar diyakini.

Rasulullah saw. bersabda, ”Apabila Allah akan memberikan kebaikan pada seseorang, Dia faqihkan orang tersebut dalam agama.”

Yang dimaksud dengan “ Dia faqihkan orang tersebut dalam agama “ ialah orang tersebut bersemangat untuk menelaah ajaran-ajaran Islam.




5. SABAR MENGHADAPI BERBAGAI UJIAN

Allah swt. memberikan kehidupan kepada manusia sebagai ujian. Siapakah di antara hamba-Nya yang paling baik amalnya. Kehidupan dunia merupakan ladang amal. “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” (QS. Al Mulk 67 : 2)

Orang-orang yang mendapat hidayah akan tahan menghadapi berbagai ujian kehidupan, sebagaimana dijelaskan dalam ayat berikut. “Dan sesungguh Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Q.S. Al Baqarah 2: 155-157)

Pada akhir ayat di atas tertulis dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. Ini merupakan pengunci ayat yang menegaskan bahwa orang-orang yang bersabar adalah orang-orang yang mendapatkan petunjuk atau hidayah-Nya.

Itulah lima ciri penting orang yang mendapatkan hidayah dan bimbingan Allah swt. Sama-samalah kitaberdoa semoga Allah swt. memberikan lima hal ini pada kita. Amin.


SEMOGA HIDAYAH ALLAH 
SENTIASA MENJADI MILIK KITA SELAMANYA....


Ya Allah....
berilah aku petunjuk
untuk mendapat keredaan Mu.
Janganlah engkau biarkan
syaitan menguasai diriku.
Jadikan syurga tempat tinggal
dan berehat bagiku,
wahai pelaksana keperluan orang meminta."