Kadang-kadang termenung sendiri di luar tingkap.
Memandang ciptaan ALLAH yang Maha Agung.
Musim berganti musim.
Daun luruh dan tumbuh.
Semuanya sesuai dengan aturannya.
Bila memandang diri terasa malu dan hina.
Selepas mandi di lautan taubat...
Terjun semula ke lumpur maksiat.
Berulang kali berdoa memohon ampun dosa yang sama.
Sampai bila akan begini???
Nikmat tak pernah terhenti meski hati berulang kali mati.
Perasaan malu makin tebal setiap hari.
Mencemar hati setiap hari.
Membersih dan mengotorinya kembali.
Taubat by Opick
Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu
Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu
Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku
“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat,
serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab;
kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan."
kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan."
( Surah az-Zumar : ayat 54 )
"Ya Allah...
Tunjukkan kepada kami yang benar
dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu.
Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya."
Semoga kita tergolong
dalam golongan yang mudah sedar
dalam golongan yang mudah sedar
dan ingin sentiasa bertaubat
atas segala dosa kesalahan
yang telah dilakukan....
yang telah dilakukan....
No comments:
Post a Comment