Popular Posts

Friday, April 29, 2011

29 APRIL 2011 - SOLAT HAJAT UNTUK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN

SOLAT HAJAT PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

MASA : 7.30 - 8.00 PAGI

IMAM : AL FADHIL USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN


USTAZ MENERANGKAN TUJUAN DAN KAIFIAT SOLAT HAJAT

BONDA PENGETUA DAN GURU PEREMPUAN YANG TURUT SOLAT

TURUT SOLAT BERSAMA PELAJAR
EN. SHAHBUDIN (Ketua Bidang Sains Kemasyarakatan)

PK HEM - EN. MUSTAFA KAMAL

SOLAT DAN PERMINTAAN KAMI...

KEBERSAMAAN KAMI DALAM AGAMAMU...

SUJUD KAMI MERENDAH DIRI PADAMU...

DOA DAN HAJAT KAMI...

MENADAH TANGAN MEMOHON PADAMU...

AGAR DIKURNIAKAN KECEMERLANGAN ...

CEMERLANG DUNIA... CEMERLANG AKHIRAT...

GURU-GURU PEREMPUAN
PN.MURNI, PN.ZAH, PN.UMMI,BONDA,CIK HASYIMAH

TURUT BERDOA ANAK-ANAK PELAJAR PENDIDIKAN KHAS

PERKENANKANLAH YA ALLAH...

KERANA TIADA TEMPAT LAIN UNTUK KAMI
MENGADU DAN MENGHARAP SELAIN DARIPADAMU...

TAZKIRAH DARI USTAZ TENTANG RAHMAT DAN BERKAT ILAHI
DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA

RAHMAT - LIMPAHAN KASIH SAYANG DAN BELAS KASIHAN
ALLAH KEPADA HAMBANYA

BERKAT ( BARAKAH ) - MEMOHON RESTU DARI ALLAH SWT AGAR DIKURNIAKAN KEBAIKAN YANG BERKEMBANG

RESEPI UNTUK MENDAPAT RAHMAT ALLAH ANTARANYA :

- MENTAATI ALLAH DAN RASULNYA

- MENGAMALKAN AL-QURAN LALU BERTAQWA

- TIDAK MELAKUKAN KEROSAKAN & KEZALIMAN

- MEMPERBAIKI & MEMPERELOKKAN AMALAN

- DENGAR & DIAM APABILA AL-QURAN DIBACAKAN


MENGEMAS SEMULA TIKAR...

ANAK-ANAK YANG SOLEH SERTA RAJIN...

IKHLAS DALAM MEMBANTU...

SEMOGA KEIKHLASAN MEREKA DIGANJARI ALLAH
DENGAN KEBERKATAN HIDUP

USUNG...

PIKUL...

TERIMA KASIH KERANA MEMBANTU, SEMOGA DIGANJARI ALLAH...



MAJLIS PERPISAHAN PN.DASHIMAH ( STAF SMKTUN )

MASA : 10.00 - 11.00 PAGI

TEMPAT : ANJUNG WAWASAN

PN.DASHIMAH BERSAMA BARISAN PENTADBIR SEKOLAH

PENGERUSI MAJLIS - PN.HJH RUHANAH BT. MAT SOM
( KAUNSELOR CEMERLANG )

MEMULAKAN MAJLIS - BACAAN DOA OLEH USTAZ MOHD RIFQI

SEMOGA UKHUWWAH DAN TAUTAN KITA
TIDAK HANYA BERAKHIR DI SINI...

SEMOGA BERTAUTAN SEHINGGA FIRDAUSMU...

UCAPAN DARI BONDA...

PN.DASHIMAH MENYAMPAIKAN UCAPAN DALAM SEBAK...

HADIAH DARI STAF SOKONGAN...

HADIAH DARI PEMBANTU PENDIDIKAN KHAS ( PPM )

MENU HARI INI - NASI TOMATO

MENJAMU SELERA - EN. SAHARI, EN.ISMAIL, CIK AIN





Wednesday, April 27, 2011

AN-NAMIMAH - MENGADU DOMBA


DOSA BESAR - MENGADU DOMBA



Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.


Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.


Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.

Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.


Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.


Contoh ucapan atau kata-kata lain yang menggambarkan tentang perbuatan mengadu domba, antaranya: “Dia melakukan begini terhadap hakmu”, “dia merancang untuk merosakkan urusan kamu”, “dia merancang untuk membantu musuh kamu” atau “dia memburuk-burukkan tentang hal dirimu”.



HUKUM MENGADU DOMBA



Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).


Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.


Hakikat mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya. Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara (hal ehwal orang lain) hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.


Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.



BALASAN MENGADU DOMBA



Mengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak. Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.


1. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:

Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”

(Surah Humazah: 1)


Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).


2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:

Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”

(Surah al-Qalam: 11-13)


Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”

(Hadis riwayat Muslim)


3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.


Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”


Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)


Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.



CARA MENGELAK JIKA DIDATANGI PENGADU DOMBA



1) Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

Tafsirnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

(Surah al-Hujurat: 6)


2) Melarangnya supaya tidak mengadu domba dan menasihatinya serta mencela perbuatannya itu sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar.”

(Surah al-Luqman:17)


3) Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah Subhanahu wa Taala. Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka wajib kita membenci perbuatannya sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala membenci perbuatan tersebut.


4) Janganlah bersangka buruk terhadap sesama saudara dalam Islam yang tiada pada ketika itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”

(Surah al-Hujuraat: 12)


5) Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”

(Surah al Hujuraat: 12)


6) Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: “Si Fulan memberitahu kepadaku begini”. Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).


Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.


KLIK : PK HEM BARU


Monday, April 25, 2011

Saturday, April 23, 2011

23 APRIL 2011 - TEKNIK MENJAWAB B.ARAB PMR & PERJUMPAAN PELAJAR KAA


CERAMAH TEKNIK MENJAWAB PMR

MATAPELAJARAN BAHASA ARAB

MASA : 8.00 - 10.00 PAGI

TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER

PENCERAMAH JEMPUTAN
USTAZ MUHIDIR DARI SMK PEKAN BARU

SEORANG YANG BERPENGALAMAN LUAS...

MEMBERIKAN 'TIPS' YANG BERMANFAAT...

MEMBERI TEKNIK MENJAWAB YANG BERKESAN...

KHUSYUK MENDENGAR... SEMOGA DAPAT DIAMBIL MANFAAT



PERJUMPAAN PELAJAR KAA

TINGKATAN 1 , 2 DAN 3

MASA : 12.00 - 1.00 TENGAHARI

TEMPAT : SURAU ALFAIZIN


PENYELARAS KAA USTAZAH HJH NOR AZIAH
MEMBERI TAKLIMAT KEPADA PELAJAR TENTANG IDENTITI KAA...

AKHLAK DAN SAHSIAH YANG PERLU DIJAGA...

MENDENGAR....

SEMOGA DAPAT MENJADI CONTOH DAN IKUTAN YANG BAIK
KEPADA PELAJAR-PELAJAR LAIN