Popular Posts

Friday, January 29, 2010

29 JANUARI 2010 - PROGRAM TAHLIL AL-MARHUM SULTAN JOHOR






JUMAAT - MAJLIS MEMBUDAYAKAN AL-QURAN

PROGRAM TAHLIL AL-MARHUM SULTAN JOHOR





GAMBAR SEKITAR PROGRAM





BACAAN YASIN DARI SEMUA WARGA SMKTUN



DOA DARI KAMI RAKYAT JELATA

SEMOGA RUH AL-MARHUM SULTAN DICUCURI RAHMAT





LAPORAN PROGRAM TAHLIL AL-MARHUM SULTAN JOHOR




MAKLUMAT PROGRAM


TARIKH : 29 JANUARI 2010

HARI : JUMAAT

MASA : 7.20 – 8.00 pagi

TEMPAT : DATARAN KEJAT

SASARAN : SEMUA GURU DAN PELAJAR SESI PAGI

ANJURAN : BADAN DAKWAHSMK TAMAN UNIVERSITI



LAPORAN PROGRAM



PROGRAM TAHLIL AL-MARHUM SULTAN JOHOR


Program ini diadakan di dataran kejat SMKTUN semasa sesi budaya al-Quran pagi jumaat. Ianya dimulakan dengan bacaan Yasin kemudian diikuti tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Program diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz.



PENUTUP


Semoga program ini dapat mengingatkan kita tentang kematian yang akan datang menjemput bila-bila masa sahaja dan hanya kepada Allah kita bertaubat dan memohon ampun. Setinggi penghargaan kepada guru-guru yang memberi kerjasama yang padu.




Disediakan Oleh : Tarikh : 1 FEBRUARI 2010

YASIRAH BINTI YAZID

SETIAUSAHA

BADAN DAKWAH

SMK TAMAN UNIVERSITI




SEMOGA RUH AL-MARHUM DICUCURI RAHMAT OLEH ALLAH SWT... AMIN...



Friday, January 15, 2010

15 JANUARI 2010 - PROGRAM MAAL HIJRAH 1431H





JUMAAT - MAJLIS MEMBUDAYAKAN AL-QURAN

PROGRAM MAAL HIJRAH 1431H

TAJUK CERAMAH :
PERJALANAN HIJRAH RASULULLAH SAW

PENCERAMAH :
USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN

ANJURAN :
BADAN DAKWAH SMKTUN




GAMBAR SEKITAR PROGRAM



PENCERAMAH : USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN



PELAJAR KHUSYUK MENDENGAR



PARA GURU LELAKI



PARA GURU PEREMPUAN




PELAJAR SESI PAGI



ALUNAN ASMAUL HUSNA OLEH PARA GURU DAN PELAJAR


LAPORAN PROGRAM MAAL HIJRAH 1431 HIJRAH



MAKLUMAT PROGRAM


TARIKH : 15 JANUARI 2010

HARI : JUMAAT

MASA : 7.20-8.20 pagi

TEMPAT : DATARAN ILMU ( Pelajar Islam )

PENCERAMAH : USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN

ANJURAN : BADAN DAKWAH SMK TAMAN UNIVERSITI



LAPORAN PROGRAM


PROGRAM CERAMAH MAAL HIJRAH


Ceramah mengenai Hijrah Rasulullah SAW telah dijalankan di dataran Ilmu semasa Program Budaya al-Quran pada pagi jumaat. Ianya disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin . Mereka yang terlibat ialah para guru sesi pagi dan pelajar Islam Tingkatan 3, 4 dan 5.



PENUTUP


Semoga program ini dapat mentarbiah pelajar untuk menjadi generasi yang cemerlang dengan sanggup berkorban apa sahaja demi menegakkan agama Islam.




Disediakan Oleh : Tarikh : 18 JANUARI 2010

YASIRAH BINTI YAZID

SETIAUSAHA

BADAN DAKWAH

SMK TAMAN UNIVERSITI




SEMOGA PENGORBANAN HIJRAH RASULMU MENJADI MOTIVASI UNTUK KAMI SEMUA



Friday, January 8, 2010

8 JANUARI 2010 - PROGRAM SOLAT HAJAT SEMPENA TAHUN BARU 2010




JUMAAT - MAJLIS MEMBUDAYAKAN AL-QURAN

PROGRAM SOLAT HAJAT
SEMPENA TAHUN BARU 2010


IMAM : TN. HJ. YASIN B. LAUTO

ANJURAN :
BADAN DAKWAH SMKTUN





GAMBAR SEKITAR PROGRAM




BACAAN YASIN DIPIMPIN OLEH KAUNSELOR CEMERLANG
TN. HJ YASIN B. LAUTO







SOLAT HAJAT DAN DOA DARI WARGA SMKTUN




MENDAPAT KERJASAMA DARI PELAJAR
UNTUK MENGGULUNG TIKAR






LAPORAN PROGRAM SOLAT HAJAT SEMPENA TAHUN BARU 2010



MAKLUMAT PROGRAM

TARIKH : 8 JANUARI 2010

HARI : JUMAAT

MASA : 7.20 – 8.00 pagi ( Masa Budaya al-Quran )

TEMPAT : DATARAN KEJAT

SASARAN : SEMUA PELAJAR ISLAM SESI PAGI

ANJURAN : BADAN DAKWAH SMK TAMAN UNIVERSITI



PROGRAM SOLAT HAJAT TAHUN



Program Solat Hajat Kecemerlangan ini telah dijalankan di Dataran Kejat terdiri daripada para guru dan pelajar Islam Tingkatan 3, 4 dan 5. Solat hajat ini dipimpin oleh kaunselor cemerlang Tn. Hj Yassin b. Lauto. Ia dijalankan sebagai satu usaha warga sekolah untuk memanjatkan hajat dan doa ke hadrat Ilahi untuk mencapai kecemerlangan bagi tahun 2010.



Program diteruskan dengan bacaan surah Yasin kepada air tahfiz dan dijual kepada pelajar sebagai usaha untuk melapangkan hati untuk menimba ilmu. Program di akhiri dengan motivasi ringkas yang di sampaikan oleh Tn. Hj. Yassin b. Lauto.



PENUTUP


Semoga program ini dapat melatih warga sekolah terutamanya pelajar agar menyemai rasa kehambaan kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dariNYA untuk berjaya di dunia dan akhirat. Setinggi penghargaan kepada para guru yang memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.



Disediakan Oleh : Tarikh : 11 JANUARI 2010

YASIRAH BINTI YAZID

SETIAUSAHA

BADAN DAKWAH

SMK TAMAN UNIVERSITI




Sabda Rasulullah SAW :"Semulia-mulia manusia adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Friday, January 1, 2010

31 DISEMBER 2009 - PROGRAM TAHLIL SEMPENA TAHUN BARU 2010


PROGRAM TAHLIL DAN BACAAN YASIN
SEMPENA TAHUN BARU 2010

TEMPAT :
SURAU AL FAIZIN SMKTUN

MASA : 6.30 PETANG - 9.30 MALAM

ANJURAN :
BADAN DAKWAH SMKTUN











Program ini diadakan di surau SMKTUN. Ianya bermula dengan kehadiran para guru pada jam 6.30 petang. Pada 7.15 solat maghrib secara berjemaah diikuti dengan bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Program diteruskan dengan solat Isyak dan Solat hajat memohon kecemerlangan untuk 2010. Mereka yang terlibat ialah para guru, staf dan pekerja swasta sekolah.