Popular Posts

Friday, September 30, 2011

30 SEPTEMBER 2011 - PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA PMR/SPM 2011


SOLAT HAJAT PERDANA PMR/SPM 2011
MASA : 6.30 PETANG - 9.30 MALAM
TEMPAT : DATARAN ILMU SMK TAMAN UNIVERSITI
ANJURAN : PANITIA PEND ISLAM / BADAN DAKWAH SMKTUN


















































































Ya Allah...
Ilhamkanlah kepada kami
ilmu yang boleh menyebabkan
kami mengenali perintahMU dan laranganMU...


Kurniakan kami...
ketinggian kefahaman para Nabi,
kefasihan hafazan para Rasul,
ketajaman ilham para Malaikat..


Muliakan kami...
dengan cahaya ilmu dan cepat faham,
keluarkan kami daripada 
kegelapan resah dan bebal...


Bukakan untuk kami...
pintu rahmatMU...


dan ajarkan kami...
rahsia ilmu kebijaksanaanMU...




Sekalung budi......

Pihak Panitia Pendidikan Islam merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada semua ibu bapa yang sudi hadir
untuk sama-sama menunaikan Solat Hajat Perdana
PMR & SPM bagi tahun 2011

Adalah diharapkan dan didoakan anak-anak pelajar
dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang
dan dapat menjawab dengan baik dan cemerlang..


Untuk anak didik kami..
Tiada kata yang mampu di luahkan ....


Demi kasih kami pada kalian
doa kami para guru tidak pernah putus-putus
Semoga dapat menjawab dengan yakin dan baik...


Kepada barisan Jawatankuasa guru..
Terima kasih kerana bertungkus lumus
untuk sama-sama menjayakan program...
Didoakan berkat kerjasama yang diberikan
Allah ganjari dengan rezeki yang luas
dan mendapat zuriat keturunan
yang soleh dan cemerlang dunia akhirat


SEMOGA DI SYURGA NANTI...
KITA SEMUA DIHIMPUN DAN DIKUMPULKAN...
AMIN...


KLIK : 30 SEPTEMBER 2011 - SOLAT HAJAT KECEMERLANGAN PMR/SPM, MAJLIS RESTU ILMU PMR, PERSIAPAN TEMPAT PEPERIKSAAN PMR 2011 & MESYUARAT RINGKAS BERSAMA WAKIL PPD

KLIK : SOLAT HAJAT PERDANA PMR/SPM TAHUN 2010 : 1 OKTOBER 2010