Popular Posts

Tuesday, July 17, 2012

17 JULAI 2012 - CERAMAH TEKNIK MENJAWAB KERTAS PENDIDIKAN ISLAM PMR 2012 OLEH USTAZAH YASIRAH YAZID



PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 2012
CERAMAH TEKNIK MENJAWAB KERTAS PENDIDIKAN ISLAM PMR 2012
TARIKH : 17 JULAI 2012 ( SELASA )
TEMPAT : SURAU AL FAIZIN SMK TAMAN UNIVERSITI
MASA : 11.00 - 1.00 TENGAHARI ( KUMPULAN 1 )
PENCERAMAH : USTAZAH YASIRAH YAZID 
( GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM )







ANTARA TEKNIK MENJAWAB SOALAN BERTULIS PMR

1. Pilih sama ada soalan 1 & 2
2. Gunakan satu soalan satu muka surat atau satu helai kertas
3. Tulisan hendaklah jelas
4. Ikut susunan soalan
5. Jawapan tersusun kemas
6. Selang sebaris antara satu jawapan dngan jawapan berikutnya
7. Tulis dengan jelas nombor soalan
8. Jawapan yang lebih daripada satu hendaklah disusun ikut turutan ke bawah
9. Jawab lebih daripada apa yang dikehendaki oleh soalan 
10.Jawapan berbentuk perbezaan hendaklah dibuat secara kotak ( Table )
11.Perbezaan hendaklah setara dalam baris yang sama
12. Tidak memberi jawapan yang sama maksudnya secara berulang.
CONTOH : 
Soalan : Senaraikan dua sifat mulia yang perlu ada pada seorang pelajar. ( 2 markah )
Jawapan : 
Dua sifat mulia yang perlu ada pada seorang pelajar ialah : ( 2M )
1. Bersungguh-sungguh
2. Bersemangat
3. Berdidikasi
13. Jawapan hendaklah berayat ( Ada kunci soalan )
CONTOH :
Soalan : Jelaskan Pengertian Istinjak ( 2 markah )
Jawapan : 
Pengertian Istinjak ialah : ( 2M )
bersuci daripada najis pada kemaluan selepas buang air kecil atau besar 


Saya mengharapkan kecemerlangan akademik dan sahsiah untuk semua pelajar SMKTUN... Biarlah mereka nantinya kan menjadi insan soleh/ah yang berguna dan bermanfaat untuk insan lain di luar sana... Bangkitlah anak-anakku, jangan lagi leka dengan keseronokan era remaja hari ini, anda harus tahu dan sedar,,, perjalanan hidup anda masih panjang,,, lakukan sesuatu untuk mengubah diri anda hari ini, berubah kepada yang baik, lebih baik dan lagi baik... Ingat mereka yang terlalu banyak berkorban masa, tenaga dan harta untuk anda...Untuk akhirnya, semoga segala ilmu yang saya sampaikan hari ini memberi manfaat untuk anda semua... saya halalkan untuk disebarluaskan kerana saya yakin dengan pulangan jariah yang tiada putusnya nanti tatkala saya berada di perut bumi Allah... Amin... InsyaAllah

SEGALA YANG BURUK SUDAH TENTUNYA DARI SAYA YANG SERBA LEMAH LAGI HINA, MANAKALA YANG BAIK ITU SEMEMANGNYA DARI ALLAH TUHAN KITA YANG MAHA HEBAT...

No comments:

Post a Comment