Popular Posts

Tuesday, July 10, 2012

‎10 JULAI 2012 - BENGKEL TEKNIK PENANDAAN KERTAS PENDIDIKAN ISLAM PMR 2012



 BENGKEL TEKNIK PENANDAAN 
KERTAS PENDIDIKAN ISLAM PMR 2012
TARIKH : 10 JULAI 2012
MASA : 1.30 TENGAHARI - 4.30 PETANG
TEMPAT : BILIK TAYANGAN SMV PERDAGANGAN
PENCERAMAH : USTAZAH HJH NAIMAH DAUD
 & USTAZAH RAHIMAH JAAFAR


























DOA DIPIMPIN USTAZ MOHD RIFQI MYIDDIN
( SMK TAMAN UNIVERSITI )





PENGHARGAAN UNTUK PENCERAMAH

 USTAZAH HJH NAIMAH BT. DAUD
SMK DAMANSARA ALIF


  USTAZAH RAHIMAH BT. JAAFAR
SMK BANDAR BARU UDA

Mengenali mereka 13 tahun yang lalu... Utuhnya sehingga ke hari ini... 
Bersahabat kerana Allah... Semoga tautannya sehingga syurgaNya...

Alhamdulillah... selesai sudah 2 program yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru, iaitu Bengkel Teknik Penandaan SPM pada 9 Julai 2012 ( semalam ) dan Bengkel Teknik Penandaan PMR yang diadakan pada hari ini. 
Selaku Setiausaha Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru, saya ingin merakamkan ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga atas bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh al Fadhil Ustaz Amirulhakim b. Mahfudz Penolong PPD Pendidikan Islam serta Ustazah Hasimah Abdul Hamid ( Penyelia Pendidikan Islam ), semoga diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran.
Terima kasih juga kepada Ustazah Hjh Naimah bt. Daud dan Ustazah Rahimah Jaafar atas perkongsian ilmu yang mereka sampaikan, semoga menjadi jariah untuk mereka sekeluarga sehingga Mahsyar kelak. Terima Kasih juga kepada Urusetia Ustazah Maseriyani Sapar kerana membantu urusan pendaftaran pada hari ini. Semoga ganjaran Allah untuk beliau.
Kepada para Ustaz/ah yang hadir, semoga ilmu yang dicedok hari ini dan semalam berupaya meningkatkan kemahiran dalam teknik penandaan yang akan dipraktikkan di sekolah nanti...
Terima Kasih juga kepada SMV Perdagangan terutamanya Ustaz Khairul Anuar Ramlan atas persiapan tempat untuk pihak kami sepanjang program berlangsung... Semoga keberkatan dan keredhaan Allah sentiasa mengiringi sepanjang perjalanan kehidupan beliau sekeluarga... Amin


"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia 
untuk menyambut kesempatan yang menjelma."


"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa
melakukan yang terbaik."

"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan"



No comments:

Post a Comment