Popular Posts

Thursday, July 29, 2010

29 JULAI 2010 - KASIH KAMI ........




K a s i h S e s a m a K a m i

T i a d a A k h i r n y a . . . .



GURU PENDIDIKAN ISLAM
SESI PAGI TAHUN 2010




GURU PENDIDIKAN ISLAM
SESI PETANG TAHUN 2010




Rasulullah s.a.w bersabda:

”Sesungguhnya dari kalangan hamba2 Allah

ada segolongan manusia yang mereka itu

bukan dari kalangan nabi2 dan bukan syuhada’.



Akan tetapi, golongan tersebut

sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada

kerana kedudukan mereka di sisi Allah.

Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri2 mereka?



Rasulullah bersabda:

“Mereka itu segolongan manusia

yang berkasih sayang dengan roh Allah

ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan

dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka.



Dan demi Allah

sesunguhnya muka2 mereka itu ada cahaya

dan mereka itu di atas cahaya.

Mereka tidak takut ketika manusia2 yang lain takut

dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.”

(hadis riwayat Bukhari dan Muslim )







Dari Abu Hurairah r.a… Nabi s.a.w. sabdanya:


"Sesiapa yang mengajak
ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik,
adalah baginya pahala
sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya,
dengan tidak mengurangi sedikit pun
pahala itu dari pahala-pahala mereka,



dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak
ke jalan mengerjakan
sesuatu amal yang menyesatkan,
adalah ia menanggung dosa
sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya,
dengan tidak mengurangi sedikit pun
dosa itu dan dosa-dosa mereka."


Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad
Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi




Ya Allah Ya Tuhan kami...

kami bermohon padaMU...
berkat kebersatuan kami
dalam agamaMU yang ditautkan dengan
rasa kasih dan cinta keranaMU ini
akan berkekalan hingga ke Syurga MU...

Kuatkanlah dan kentalkanlah
hati-hati kami ini
dalam menempuh mehnah ujian kepahitan
dalam menegakkan agamaMU..

Jauhi kami dari
sebarang kejahatan dan keburukan
manusia yang bencikan agamaMU..

Permudahkanlah Ya Allah
segala urusan-urusan baik kami
selama ini.. dan

Peliharalah kami ya Allah
dari sebarang perkara buruk dan keji..

Dekatkanlah kami dengan syurgaMU

Jauhkanlah kami dari azab api nerakaMU


Amin ya Rahman..



Klik :







No comments:

Post a Comment