Popular Posts

Saturday, July 17, 2010

17 JULAI 2010 - MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BADAN DAKWAH SMKTUN



MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM - 10.00 - 11.30 pagi
MESYUARAT BADAN DAKWAH - 11.30 - 1.00 tengahari



MESYUARAT

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

DAN BADAN DAKWAH

SMKTUN




TARIKH : 17 JULAI 2010

HARI : SABTU

TEMPAT : SURAU AL FAIZIN




Dari kiri : Ustaz Mohd Rifqi, Ustazah Nor Aziah Jema'on,
Ustazah Siti Zabidah Adnan, Ustazah Suriani Soryat
dan Ustazah Rahmah Abdullah( KP Panitia )




MINUMAN DAN KUIH MUIH UNTUK AHLI MESYUARAT





ORGANISASI BADAN DAKWAH SMK TAMAN UNIVERSITI


PENASIHAT

:TN. HJ AMINUDIN B. ADAM ( PPD )

PENGERUSI

: PN. NILAM BT. OTHMAN

TIMBALAN PENGERUSI

:

NAIB PENGERUSI I

: EN. SAIFUL AZIZI B. MOHAMMAD YASIN

NAIB PENGERUSI II

: EN. SA’AT B. MAHAT

NAIB PENGERUSI III

: EN. ZAINAL B. YUSOF

PENYELARAS DAKWAH

: USTAZAH YASIRAH BT. YAZID

SETIAUSAHA I

: USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN

SETIAUSAHA II

: USTAZAH HJH RAHMAH BT. ABDULLAH

JAWATANKUASA

:USTAZAH HJH HABIBAH BT. MUHAMMAD

USTAZAH HJH ZAITI BT. ISMAIL

USTAZAH NOR AZIAH BT. JEMA’ON

USTAZAH HJH ZAUYAH BT. ZAKARIA

USTAZAH SITI ZABIDAH BT. ADNAN

USTAZAH YM.RAJA AINURAZIAH B. RAJA OMAR

USTAZAH FATAHIAH BT. ZAMAKHSARI

USTAZAH SURIANI BT. SORYAT

USTAZAH HJH HANAN BT. HAMZAH

PN. SABARIAH BT. MANSHOR

TN. HJ. YASSIN B. LAUTO

PN. HJH RUHANAH BT. MAT SOM

PN. NORAZAH BT. AZIZ

PN. RAFIDAH BT. ABDUL SAMAD



LAPORAN BADAN DAKWAH SMKTUN TAHUN 2010



Ustazah Yasirah Yazid melaporkan program - program yang telah dijalankan oleh Badan Dakwah SMKTUN dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam, Unit KAA dan juga Persatuan Agama Islam sepanjang Tahun 2010 bermula 31 Disember 2009 sehingga 16 Julai 2010 :




JANUARI




  1. 31 Disember 2009 – PROGRAM TAHLIL DAN SOLAT HAJAT SEMPENA MENYAMBUT TAHUN BARU 2010. Program Tahlil, bacaan Yasin, bacaan Hizbu Bahri dan Solat Hajat bersama para guru , staf dan pekerja swasta SMKTUN sempena menyambut tahun baru 2010. Diadakan di surau al Faizin pada jam 7.00 – 9.30 malam. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......




  1. 8 Januari 2010 ( MAQ ) – PROGRAM SOLAT HAJAT SEMPENA TAHUN BARU 2010. Solat hajat dan bacaan Yasin bersama pelajar sempena menyambut Tahun Baru 2010 diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.00 pagi. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......



  1. 15 Januari 2010 ( PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM ) Sambutan Maal Hijrah 1431H. Ceramah Sambutan Maal Hijrah 1431H yang diadakan di Dataran Ilmu ( sesi pagi ) pada jam 7.20 – 8.20 dan 6.00 – 6.45 di dewan ( sesi petang ). Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program...... klik di sini untuk program 2009...



  1. 15 Januari 2010 - Solat Sunat Gerhana Matahari . Solat sunat gerhana matahari diadakan bersama guru dan pelajar sesi petang di dewan SMKTUN pada jam 5.30 petang. Selepas solat , Ustaz Mohd Rifqi menyampaikan ceramah Maal Hijrah 1431H.



  1. 25 Januari 2010 ( ISNIN ) – PENDAFTARAN AHLI BARU TABUNG HAJI. Pendaftaran ahli baru Tabung Haji diadakan di dewan SMKTUN terbuka kepada pelajar sesi pagi dan petang. Seramai lebih 300 orang pelajar mendaftar. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......



  1. 29 Januari 2010 ( MAQ ) – TAHLIL AL-MARHUM SULTAN JOHOR. Tahlil al-Marhum Sultan Johor bersama pelajar sesi pagi diadakan di Dataran Ilmu pada jam 7.20 8.00 dan pelajar sesi petang di dewan SMKTUN pada jam 6.10 – 6.45. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......




FEBRUARI




  1. 12 Februari 2010 ( MAQ ) – KEMPEN SOLAT SUNAT ISYRAK. Kempen Solat Sunat Isyrak diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.00 pagi. Sebanyak 900 doa Isyrak telah dilaminate untuk diagihkan kepada semua pelajar dan guru. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......



  1. 13 Februari 2010 ( SABTU ) – Program Pemantapan Sahsiah dan JOM JADI BIJAK. Diadakan di surau SMKTUN pada jam 7.30 pagi – 6.00 petang. Program ini mendedahkan pelajar agar bijak menjauhi zina. Anjuran bersama Persatuan Agama Islam dan KRJ. Ianya terbuka kepada semua pelajar Persatuan Agama Islam, Puteri Islam dan pelajar yang berminat. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program...... klik di sini untuk program 2009...




MAC




  1. 5 Mac 2010 ( MAQ ) Bacaan Mathurat dan Yasin. Dipimpin oleh saudara Huzaifah Abd. Rahim ( bekas pelajar SMKTUN 2005 – 2009 – Naib Johan Hafazan Peringkat Kebangsaan dalam pertandingan MTQ Kebangsaan tahun 2009 ). Diadakan di Dataran Ilmu pada jam 7.20 – 8.00 pagi. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......



  1. 6 Mac 2010 ( SABTU ) – MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ( MTQ ) dan FESTIVAL NASYID PERINGKAT SEKOLAH. Pertandingan MTQ dan Festival Nasyid Peringkat Sekolah diadakan di surau al Faizin dari jam 2.00 – 6.00 petang. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......



  1. 12 Mac 2010 ( MAQ ) – Persembahan Wakil peserta Syarahan kategori lelaki yang akan mewakili sekolah ke Peringkat Zon pada 3 April 2010. Pelajar tersebut adalah adalah saudara Azid Azidee dari tingkatan 4PA1. Diadakan di dataran Ilmu pada jam 7.20 8.00 pagi. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......



  1. 26 Mac 2010 ( MAQ ) – Tafsir Surah Yasin yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Di adakan di dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 - 8.00 pagi.




APRIL




  1. 2 April 2010 ( MAQ ) – Majlis Bacaan Yasin dipimpin oleh Tuan Hj. Mohd Yassin Lauto dan Penyampaian Hadiah MTQ peringkat sekolah yang disempurnakan oleh Pengetua Pn. Nilam bt. Othman. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......



  1. 3 April 2010 ( PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM ) Malam Sinar Maulidur Rasul . Diadakan di dataran Ilmu dari jam 5.00 petang – 9.30 malam. Majlis bermula dengan rewang memasak daging aqiqah oleh para guru dan staf SMKTUN. Pada jam 6.00 petang , majlis dimulakan dengan keraian anak-anak aqiqah , persembahan pelajar, solat maghrib , jamuan dan ceramah multimedia yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Majlis berakhir pada jam 9.45 malam. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program...... klik di sini untuk program 2009...



  1. 3 April 2010 ( SABTU ) – MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ( MTQ ) dan FESTIVAL NASYID PERINGKAT ZON NUSAJAYA/SKUDAI. Pertandingan diadakan di SMK Mutara Rini. SMK Taman Universiti menghantar wakil bagi semua kategori yang dipertandingkan iaitu Tilawahal-Quran ( Lelaki & Perempuan ) , Hafazan Surah Pilihan ( Lelaki & Perempuan ), Syarahan Agama ( Lelaki & Perempuan ) dan Nasyid. Hasil pertandingan peringkat ZON ini, SMK Taman Universiti telah mendapat JOHAN bagi semua kategori kecuali Tilawah Lelaki mendapat Naib Johan. klik di sini untuk program 2009...



  1. 9 April 2010 ( MAQ ) Penyampaian Hadiah MTQ Peringkat Zon. Penyampaian Hadiah kepada semua peserta MTQ Peringkat Zondisempurnakan oleh Pengetua Pn. Nilam bt. Othman. Semua kategori yang dipertandingkan mendapat JOHAN kecuali Tilawah Lelaki mendapat Naib Johan. Semua peserta layak ke peringkat Daerah Johor Bahru yang akan diadakan di SMK Taman Bukit Indah pada 17 April 2010. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......



  1. 16 April 2010 – ( MAQ ) - Tafsir Surah Yasin yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Di adakan di dewan SMKTUN kerana hari hujan. Bermula pada jam 7.20 - 8.00 pagi.



  1. 17 April 2010 ( SABTU ) – MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ( MTQ ) dan FESTIVAL NASYID PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU. Pertandingan diadakan di SMK Taman Bukit Indah dari jam 7.30 – 2.00 petang. Hasil pertandingan peringkat Daerah ini, SMK Taman Universiti telah mendapat JOHAN bagi kategori Tilawah Lelaki, Syarahan Lelaki dan Nasyid, manakala NAIB JOHAN bagi kategori Hafazan Lelaki . Tempat KETIGA bagi kategori Hafazan Perempuan , Tilawah Perempuan dan Syarahan Perempuan. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......



  1. 23 April 2010 ( MAQ ) – Bacaan surah Yasin dipimpin oleh saudara Abdullah b. Ishak dan doa dibacakan oleh saudara Mohd Aliff b. Sobri. Di adakan di dataran ilmu SMKTUN. Bermula pada jam 7.20 - 8.00 pagi. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......



  1. 26 April 2010 – Kem Pemantapan SolaT. Pelancaran Kem Pemantapan Solat. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Sasaran pelajar Tingkatan 1 & 2. Kem bermula dari bulan April hingga Julai 2010. Anjuran Unit Dakwah JPNJ. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......




  1. 29 April 2010 ( KHAMIS ) – MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ( MTQ ) dan FESTIVAL NASYID PERINGKAT NEGERI JOHOR. Pertandingan MTQ ( Majlis Tilawah al-Quran ) dan Festival Nasyid Peringkat Negeri Johor bertempat di SMK Dato’ Menteri Ayer Hitam. Bermula dari jam 7.30 hingga 4.00 petang. SMK Taman Universiti menghantar wakil bagi acara Nasyid, Syarahan lelaki dan Tilawah lelaki.



  1. 30 April 2010 ( MAQ ) – Program Memperkenalkan Sujud Syukur / TILAWAH. Program Memperkenalkan Sujud Syukur/Tilawah diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.00 pagi. Sebanyak 900 doa sujud syukur telah dilaminate untuk diagihkan kepada semua pelajar dan guru. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......




MEI




  1. 7 Mei 2010 ( MAQ ) – PROGRAM HARI IBU 2010. Forum Kasih Ibu Sempena Hari Ibu 2010. Diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.30 pagi. Panel terdiri daripada Pn. Hjh Ruhanah bt. Mat Som dan En Shahbuddin b. Yusof. Moderator Ustazah Hanan bt. Hamzah. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......


  1. 8 Mei 2010 ( SABTU ) – Kem Pemantapan SolaT. Slot 1 – Mengapa Saya Memeluk Islam disampaikan oleh Pn. Sabariah Manshor. Slot 2 - Ceramah Khusyuk Dalam Solat disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin.. Anjuran Unit Rohani Persatuan Agama Islam dengan kerjasama Badan Dakwah SMKTUN. Bermula 9.00 – 12.30 bertempat di surau al Faizin. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......



  1. 14 Mei 2010 ( MAQ ) – PROGRAM HARI GURU 2010. Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Guru 2010 bersama pelajar SMKTUN yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Diadakan di Dataran Ilmu pada jam 7.20 – 8.30 pagi ( sesi pagi ) dan dewan SMKTUN jam 6.00 – 6.45 petang ( sesi petang ). Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......



  1. 15 Mei 2010 ( SABTU ) – PROGRAM HARI GURU 2010. Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Guru 2010 bersama para guru dan staf SMKTUN yang beragama Islam. Dipimpin oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin di surau al-Faizin bermula jam 8.00 – 9.30 pagi. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......





JUN




  1. 4 Jun 2010 ( MAQ ) – MISI LIFELINE4GAZA. Ceramah keprihatinan Gaza disampaikan oleh Pn. Sabariah Manshor. Diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.00 pagi. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program...... klik di sini untuk program 2009...



  1. 7 – 11 Jun 2010 – Program Layar Ukhuwwah Soutul Amal. Layar Ukhuwwah Soutul Amal merupakan program yang melibatkan semua ahli nasyid Kumpulan Soutul Amal. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Qiamullail, Rekreasi di Hutan Bandar dan merakamkan lagu nasyid. Anjuran Unit Nasyid Persatuan Agama Islam dengan kerjasama Badan Dakwah SMKTUN. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......



  1. 26 – 27 Jun 2010 – Kem Motivasi Keindahan BersamaMU. Sebanyak 7 buah sekolah KAA ( Kelas aliran Agama ) Daerah Johor Bahru terlibat dengan jumlah peserta seramai 165 orang. Bertempat di SMK Taman Universiti. Program anjuran Panitia Daerah KAA ( Kelas aliran Agama ) dan KRJ ( Kelab Remaja JIM ) dengan kerjasama Badan Dakwah SMKTUN. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program...... klik di sini untuk program 2009...





JULAI




  1. 9 Julai 2010 ( PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM ) – SAMBUTAN ISRA’ MIKRAJ 1431H. Ceramah Israk Mikraj. Diadakan di Dataran Ilmu SMKTUN pada jam 7.20 – 8.00 pagi ( pelajar sesi pagi ). Diadakan di surau al Faizin pada 6.00 - 6.45 petang ( pelajar sesi petang ).Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......



  1. 16 Julai 2010 ( MAQ ) – Bacaan surah Yasin dipimpin oleh saudara Abdullah b. Ishak dan doa dibacakan oleh saudara Mohd Aliff b. Sobri. Di adakan di dataran ilmu SMKTUN. Bermula pada jam 7.20 - 8.00 pagi. Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program......





Antara program yang dirancang untuk dilaksanakan bermula pada 23 Julai 2010 sehingga akhir sesi persekolahan pada 12 November 2010 ialah seperti yang berikut :



  1. 23 Julai 2010 – Praktikal Haji 2010. Masa : 7.30 hingga 11.00 pagi. Tempat : Surau al Faizin / Dataran Ilmu / Padang sekolah. Sasaran : pelajar Tingkatan 4 dan 5 seramai 400 orang. Anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah SMKTUN. klik di sini untuk program 2008... klik di sini untuk program 2009... klik di sini untuk program 2010

Tindakan : Ustazah Hjh Rahmah Abdullah/Ustazah Hjh Zauyah




  1. 27 Julai 2010 – Program Iftar Nisfu Syaaban, Bacaan Surah al-Kahfi DAN TAHLIL RINGKAS. Masa : 6.30 petang - 9.30 malam. Tempat : Kantin/Surau al Faizin. Sasaran : pelajar Tingkatan 3 dan 5. Pengisian program : Berbuka puasa, Solat Maghrib , bacaan Surah al-Kahfi, Solat Isyak dan tahlil ringkas. Bilal/Imam : Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Anjuran Badan Dakwah/ Panitia Pend. Islam SMKTUN dengan kerjasama KEBIRUS klik di sini untuk program 2009... klik di sini untuk program 2010

Tindakan :Ustazah Yasirah Yazid/Ustaz Mohd Rifqi




  1. 30 Julai 2010 – Program Pemantapan Aqidah. & SOLAT HAJAT PERCUBAAN PMR. Program Pemantapan Aqidah. Tajuk : Ajaran Sesat. Penceramah : Ustaz Mohd Hairozi b. Muhammad – Pegawai JPNJ. Masa : 7.20 – 8.00 pagi. Tempat : Dataran Ilmu SMKTUN. Sasaran: Pelajar tingkatan 4 dan 5. Solat Hajat Sempena Percubaan PMR. Masa : 7.20 – 8.00 pagi. Tempat : Surau al Faizin. Imam : Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Sasaran : Pelajar tingkatan 3. Anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah SMKTUN. klik di sini untuk melihat gambar program

Tindakan : Ustazah Hjh Rahmah / Ustazah Yasirah





OGOS




  1. 6 Ogos 2010 ( PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM ) PROGRAM Ramadhan Dekat di Hati. Semarak Ramadhan. Ceramah Semarak Ramadhan bersama pelajar. Bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kelebihan dan keberkatan bulan yang mulia ini. Masa : 7.20 – 8.00 pagi / 6.00 – 6.45 petang. Tempat : Surau al Faizin / Dewan SMKTUN. Sasaran: Pelajar sesi pagi & petang ( pelajar Ting. 3 dikecualikan kerana peperiksann Percubaan Tahun ) . Penceramah : Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin.

Tindakan :Ustazah Yasirah Yazid/Ustaz Mohd Rifqi




  1. 14 Ogos 2010 ( SABTU - PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM ) - PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI. Pelancaran Ramadhan Dekat di Hati dan Semarak Ramadhan. Hari : Sabtu. Masa : 7.30 – 9.30 pagi. Tempat : Surau al Faizin SMKTUN. Penceramah : Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin / penceramah jemputan. Tentatif : 7.15 - kehadiran para guru, staf dan pekerja swasta. 7.30 - Ucapan Pengetua. 7.45 - Pelancaran Program Ramadhan dekat Di Hati. 8.00 - Ceramah Semarak Ramadhan. 9.30 - Jamuan dan besurai. Sasaran : Para guru, staf sokongan dan pekerja swasta yang beragama Islam. PELANCARAN akan disempurnakan secara rasminya oleh Bonda Pengetua Pn.Nilam bt. Othman. Ianya bertujuan bagi menerangkan matlamat dan objektif program dijalankan. Pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan juga boleh dimaklumkan kepada seluruh warga SMKTUN. CERAMAH SEMARAK RAMADHAN akan diadakan sejurus selepas pelancaran. Ceramah Semarak Ramadhan ini lebih memfokuskan tentang persoalan dan permasalahan harian yang berkaitrapat dengan ibadat puasa. Program ini juga memberi peluang kepada semua guru sesi pagi dan petang berkumpul dan di akhir majlis saling bermaafan di antara satu sama lain atas segala dosa kesalahan yang pernah dilakukan dan melupakan segala sengketa lama jika ada. Semoga Ramadhan tahun ini dapat ditempuhi dengan hati dan jiwa yang bersih. klik di sini untuk program 2009...

Tindakan :Ustazah Yasirah Yazid/Ustaz Mohd Rifqi




  1. 11 Ogos – 3 September 2010Program Ramadhan Dekat di Hati - Nur Pagi - Bacaan ayat suci al-Quran atau zikir munajat akan dipasang sebelum perhimpunan pagi dimulakan dan sesudah perhimpunan selesai sehingga pelajar masuk ke kelas ( sesi pagi ) dan sewaktu pelajar balik ( bagi sesi petang ). Ia sebagai satu kaedah bagi mendidik jiwa agar mencintai al-Quran dan sentiasa mengingati Allah. klik di sini untuk program 2009...

Tindakan : Ustazah Yasirah Yazid / Guru APD




  1. 11 Ogos – 3 September 2010PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI - Sehari Satu Tip – Sehari satu tip / petua / hadis disediakan untuk menjadikan ibadah puasa Ramadhan lebih berkesan. Menyediakan 18 tip untuk diberikan kepada guru bertugas menyampaikannya semasa perhimpunan pagi selepas bacaan doa setiap hari. Jika guru yang bertugas adalah bukan Islam, pengawas akan dilantik untuk membacanya ( sesi pagi). Bagi pelajar sesi petang , tip dibacakan oleh wakil pelajar atau ustaz/ah sebelum pelajar memulakan solat Zohor.

Tindakan : Ustaz Mohd Rifqi




  1. 11 Ogos – 3 September 2010PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI - Risalah Ramadhan . Merupakan edaran bercetak pelbagai maklumat tentang ibadah puasa dan aktiviti sepanjang Ramadhan Dekat Di Hati dilaksanakan. Risalah akan diedarkan sebanyak 3 kali sepanjang Ramadhan dengan pengisian mengikut fasa iaitu fasa awal Ramadhan berkaitan persediaan diri menghadapi bulan Ramadhan, fasa pertengahan memfokuskan ganjaran 10 malam akhir Ramadhan dan fasa akhir Ramadhan yang lebih memfokuskan kepada persiapan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Tindakan : Ustazah Yasirah Yazid




  1. 11 Ogos – 3 September 2010PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATITAZKIRAH Ramadhan MAYA. Memastikan blog sentiasa di update dengan program dan tazkirah yang berkaitan dengan Ramadhan agar dapat di kongsi dan diambil manfaat oleh semua warga SMKTUN khususnya dan masyarakat lain umumnya.

Tindakan : Ustazah Yasirah Yazid




  1. 11 – 26 Ogos 2010PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATISAHAM WAKAF - BINA TEMBOK / SUSUR GAJAH. Program ini memberi peluang kepada guru , staf dan pelajar membuat sedekah jariah untuk membina pagar surau dan susur gajah bagi kegunaan laluan pelajar terutamanya pelajar sesi petang untuk menunaikan solat Zohor dan Asar berjemaah. Peserta akan diberikan borang penyertaan untuk tujuan ini.

Tindakan :Ustazah Yasirah Yazid/Ustazah Siti Zabidah




  1. 11 – 26 Ogos 2010PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI SEDEKAH - Program ini memberi peluang kepada guru , staf dan pelajar membuat sedekah kepada pelajar yatim dan fakir miskin. Hasil sumbangan akan dibahagikan sama rata untuk diagihkan kepada pelajar yatim dan fakir miskin. Peserta akan diberikan borang penyertaan untuk tujuan ini.

Tindakan : Ustazah Hjh Rahmah / Ustazah Nik Fatahiah




  1. 11 – 26 Ogos 2010PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI FIDYAH - Program ini memberi peluang kepada guru , staf dan pelajar atau ahli keluarga mereka membayar fidyah kerana tidak menggantikan puasa yang lepas. Pelajar dari keluarga miskin dan fakir akan diberikan sumbangan beras hasil bayaran fidyah ini. Peserta akan diberikan borang penyertaan untuk tujuan ini.

Tindakan : Ustazah Zaiti/ Ustazah Suriani




  1. 11 – 26 Ogos 2010Program Ramadhan Dekat di Hati - Tadarus al-Quran sepanjang tempoh ramadhan. Penglibatan semua warga SMKTUN yang terdiri dari pihak pentadbir, para guru , staf sokongan dan pelajar. Memastikan semua warga SMKTUN bertadarus di sekolah sepanjang tempoh ini bagi mengimarahkan Ramadhan di sekolah. Melalui program ini pelajar dan guru akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang diketuai oleh naqib/ah. Sesi pagi : Juzuk 1 - 15 dan sesi petang : Juzuk 16 - 30. Program Tadarus Guru. Masa / Tempat : Sesi pagi - 12.30 - 1.30 tengahari / Surau al Faizin ( selepas waktu persekolahan sesi pagi ). Sesi petang - 11.30 - 12.30 / di dewan SMKTUN (sebelum waktu persekolahan bermula). Program Tadarus pelajar melibatkan pelajar Tingkatan 1 , 2 , 3 dan 4 sahaja memandangkan pelajar Ting. 5 terlibat dengan peperiksaan Percubaan SPM. Masa pelaksanaan : pada waktu rehat masing-masing. klik di sini untuk program 2008... klik di sini untuk program 2009...

Tindakan : Ustazah Hjh Rahmah / Ustazah Nik Fatahiah





  1. 13 Ogos 2010 ( MAQ ) - Program JOM DHUHA dan Solat Sunat Hajat Percubaan SPM. Sebanyak 900 doa Dhuha akan dilaminate untuk diagihkan kepada semua pelajar dan guru. Masa : 7.20 – 8.00 pagi. Tempat : Dataran Ilmu SMKTUN. klik di sini untuk program 2009...

Tindakan : Ustazah Yasirah Yazid/Ustaz Mohd Rifqi




  1. 20 Ogos 2010 ( MAQ ) - Bacaan Yasin. Hanya melibatkan pelajar Tingkatan 3 dan 4 kerana pelajar Tingkatan 5 terlibat dengan Peperiksaan Percubaan SPM ( 16/8/2010 – 3/9/2010 ). Masa : 7.20 – 8.00 pagi. Tempat : Surau al Faizin.

Tindakan : Ustazah Yasirah Yazid




  1. 27 Ogos 2010 - Program Ramadhan Dekat di Hati - Majlis Khatam al-Quran. Masa : 11.00-12.00 tengahari ( sesi pagi ) / 4.00-5.00 petang ( sesi petang ). Tempat : Surau al Faizin ( sesi pagi ) / Dewan SMKTUN ( sesi petang ). Pengendali : Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. klik di sini untuk program 2008... klik di sini untuk program 2009...

Tindakan:Ustazah Nor Aziah/Ustazah Siti Zabidah




  1. 28 Ogos 2010 - Program Ramadhan Dekat di Hati - Iftar Jamai’ dan Solat sunat Terawikh. Melibatkan semua warga SMKTUN termasuk yang bukan beragama Islam dijemput untuk menikmati jamuan berbuka puasa bersama keluarga masing-masing. Hari : Sabtu. Masa : 7.00 hingga 10.00 malam. Tempat : Surau al Faizin. Tentatif : 6.45 – Kehadiran warga SMKTUN. 7.12 – Berbuka puasa-jamuan ringan. 7.30 – Solat Maghrib. 7.45 – Makan Berat. 8.30 – Solat Isyak dan solat sunat Terawikh berjemaah. 9.30 – Tazkirah Ringkas. 10.00 – Bersurai. klik di sini untuk program 2009...

Tindakan :Ustazah Hjh Habibah/Ustazah Hjh Zauyah





SEPTEMBER




  1. 24 September 2010 ( MAQ ) – Solat Hajat Kecemerlangan dan Bacaan Yasin. Masa : 7.20 – 8.00 pagi. Tempat : Dataran Ilmu SMKTUN. klik di sini untuk program 2009...

Tindakan : Ustazah Yasirah Yazid




  1. 25 September 2010 – Program Kemeriahan Syawal – Jamuan Hari Raya. Melibatkan semua warga SMKTUN termasuk yang bukan beragama Islam dijemput untuk menikmati jamuan Hari Raya bersama keluarga masing-masing. Hari : Sabtu. Masa : 7.30 hingga 9.30 pagi. Tempat : Surau al Faizin. Tentatif : 7.30 – Kehadiran warga SMKTUN. 8.00 – Ceramah Keberkatan Syawal. 9.00 – Jamuan Hari Raya. 10.00 – Bersurai.

Tindakan : Ustazah Yasirah Yazid/Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin




  1. 30 September 2010 – Solat Hajat Perdana PMR/SPM I. ( Peperiksaan PMR 4 hingga 8 Oktober 2010 ). Melibatkan ibubapa dan pelajar Tingkatan 3 dan 5. Hari : Khamis. Masa : 6.30 petang hingga 9.30 malam. Tempat : Dataran Ilmu SMKTUN. Tentatif : 6.30 – Kehadiran ibu bapa dan warga SMKTUN. 7.00 – Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Solat Isyak. 9.30 – Jamuan dan bersurai. Anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah SMKTUN dan pihak PIBG. klik di sini untuk program 2009...


Tindakan : Ustazah Hjh Rahmah/Ustazah Hjh Zauyah






OKTOBER




  1. 1 Oktober 2010 – Solat Hajat dan Bacaan Yasin. Masa : 7.20 – 8.00 pagi. Tempat : Dataran Ilmu SMKTUN.

Tindakan : Ustazah Yasirah Yazid




  1. 8 Oktober 2010 – Solat Hajat dan Bacaan Yasin. Masa : 7.20 – 8.00 pagi. Tempat : Dataran Ilmu SMKTUN.

Tindakan : Ustazah Yasirah Yazid




  1. 15 Oktober 2010 – Solat Hajat dan Bacaan Yasin. Masa : 7.20 – 8.00 pagi. Tempat : Dataran Ilmu SMKTUN.

Tindakan : Ustazah Yasirah Yazid




  1. 22 Oktober 2010 – Solat Hajat dan Bacaan Yasin. Masa : 7.20 – 8.00 pagi. Tempat : Dataran Ilmu SMKTUN.

Tindakan : Ustazah Yasirah Yazid




  1. 29 Oktober 2010 – Solat Hajat Perdana II. Masa : 7.20 – 8.00 pagi. Tempat : Dataran Ilmu SMKTUN. Anjuran Panitia Pendidikan Islam. klik di sini untuk program 2009...

Tindakan : Ustazah Hjh Rahmah Abdullah/Ustazah Hjh Zauyah






NOVEMBER





  1. 5 November 2010 – Solat Hajat dan Bacaan Yasin. Masa : 7.20 – 8.00 pagi. Tempat : Dataran Ilmu.SMKTUN.

Tindakan : Ustazah Yasirah Yazid




  1. 12 November 2010 – Solat Hajat dan Bacaan Yasin. Masa : 7.20 – 8.00 pagi. Tempat : Dataran Ilmu SMKTUN.

Tindakan : Ustazah Yasirah Yazid





Disediakan Oleh :

Ustazah Yasirah Yazid

Penyelaras Dakwah SMKTUN

Tahun 2010





Anas r.a. berkata:

"Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud):

"Sesungguhnya diantara manusia itu

ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan

dan penutupan dari kejahatan,

dan ada juga manusia yang menjadi

pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan,

maka sesungguhnya beruntung

bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t.

sebagai pembuka kebaikan

dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t.

pembuka kejahatan itu ditangannya."



Klik - Amalan Memberi Rahmat Yang di Rahmati Allah


No comments:

Post a Comment