"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).
SEKITAR PERISTIWA ISRA' MIKRAJ RASULULLAH
Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : "Ya Muhammad". Rasulullah : "Labbaika". Allah S. W. T : "Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan". Rasulullah : "Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan".
KEPENTINGAN SOLAT
Solat merupakan kewajipan utama bagi setiap Muslim sebagaimana Rukun Islam. Solat mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam Islam. Ibadah lain tidak dapat menyamai ibadah ini kerana Solat merupakan suatu manifestasi perhubungan insan kepada Allah, mengandungi pelbagai hikmah serta mampu menjadikan individu Muslim itu benar-benar bertaqwa.
Pertama : Solat merupakan tiang agama.
Islam akan runtuh apabila Solat ditinggalkan penganutnya.
Menurut Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda : " Mahukah kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang dan menara semua perkara ? Aku menjawab, Sudah pasti wahai Rasulullah. Baginda bersabda : Kepala semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah Solat dan menaranya adalah Jihad ".
( H.R Tarmizi )
Kedua : Solat termasuk dalam perkara penting selepas melafazkan dua kallimah syahadah.
Ia merupakan salah satau cara individu Muslim melahirkan rasa syukur serta membuktikan keimanannya. Sabda Rasulullah s.a.w : " Islam dibina atas lima perkara; Mengucap dua kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan Solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan ". ( H.R Muslim )
Ketiga : Ibadah Solat tidak disyariatkan melalui perantaraan malaikat.
Allah telah mengangkat Rasulullah s.a.w ke langit dengan Allah sendiri mewahyukan fardhu Solat lima waktu kepada baginda. Ini berlaku dalam peristiwa Isra & Mikraj.
Keempat : Solat dapat membersihkan segala kesalahan dan dosa.
Menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda : " Apa pendapat kamu jika ada sungai di hadapan pintu rumah kamu yang boleh kamu mandi di dalamnya lima kali sehari, adakah masih tertinggal dakinya ? Mereka berkata; Sudah pasti tidak akan tinggal sedikit pun dakinya. Baginda bersabda: Itulah perumpamaan Solat lima waktu. Allah telah membersihkan segala kesalahan dengan mengerjakannnya ".
( H.R Bukhari & Muslim )
Kelima : Solat membezakan antara seorang Muslim dengan kafir.
Ini bermakna, meninggalkan Solat dengan segaja menjadikan seseorang itu kafir.
Dari Jabin bin Abdullah r.a Rasulullah s.a.w pernah bersabda : " Pembeza antara seorang lelaki Muslim dan syirik atau kufur ialah meninggalkan Solat ".
(H.R Muslim)
Hazrat Ubadah bin Somit r.a telah berkata : " Kekasihku Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda s.a.w : Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan Solat dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan Solat dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan Allah dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala maksiat ".
( H.R Imam Tabrani )
Keenam : Solat merupakan perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari kiamat nanti.
Abu Hurairah r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : " Perkara pertama yang ditanya kepada seorang hamba pada hari kiamat tentang amalannya ialah solatnya. Jika baik, dia telah berjaya dan maju. Jika rosak, dia telah celaka dan rugi. Jika amalan fardhunya kurang, Allah berkata : Perhatikan adakah hamba Ku melakukan amalan sunat yang boleh menampung kekurangan amalan fardhunya. Kemudian dilakukan perkara yang sama pada amalan- amalan lain ".
( H.R Al-Nasai & Tarmizi )
1-Kerana Solat Adalah Hasil Rumusan Segala Arahan Agama.
2-Bersabar Atas Solat Merupakan Arahan Allah.
3-Kerana Solat Diantara Rukun Islam.
4-Kerana Solat Adalah Tiang Agama.
5-Kerana Solat Menjadi Petunjuk Kepada Segala Nabi-Nabi Dan Utusan Allah.
6-Kerana Ianya Lambang Islam Dan Membezakan Antara Islam Dan Bukan Islam.
7-Mengeluarkan Kita Dari Lingkungan Atau Persekitaran Dosa.
8-Dapat Menyucikan Dosa Di Hadapan Allah SWT.
9-Kerana Allah Tidak Menerima Amalan Soleh Dari Mereka Yang Meninggalkan Solat.
10-Kerana Solat Dapat Menarik Pertolongan Daripada Allah SWT.
11-Kerana Solat Adalah Pakaian Islam-Terdapat Riwayat Dalam Hadis.
12-Kerana Solat Adalah Pesanan Terakhir Dari Rasulullah Sebelum Baginda Wafat.
13-Dapat Menjadi Benteng Daripada Melakukan Perkara Maksiat.
14-Amalan Pertama Akan Disoal Pada Hari Kiamat.
15-Kerana Solat Adalah Amanah Daripada Allah Dan Sesiapa Menjaganya Akan Mendapat Perlindungan Daripada Allah Azzawajal.
15 SEKSAAN MENINGGALKAN SOLAT
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."
Siksaan ketika di dunia
1. Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidup mewah , kemewahan itu hanya istidraj belaka).
2. Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).
3. Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.
4. Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).
5. Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.
6. Doanya ditolak Allah.
Siksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya
1. Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.
2. Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan , tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.
3. Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.
Siksaan di dalam kuburnya
Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti."
Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."
Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.
Ketika di depan Allah
1. Menurut Rasullullah ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.
"Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar."
2. Ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.
3. Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.
(Artikel Asal Dari: Portal Komuniti Muslimah – (http://www.hanan.com.my/)
OLEH ITU SAMA-SAMALAH KITA MENJAGA DAN MEMELIHARA IBADAT SOLAT KITA SEHARI-HARI.....
No comments:
Post a Comment