Popular Posts

Saturday, February 4, 2012

KAYA HIDUP DENGAN BERSEDEQAH...




Kaya Hidup Dengan Bersedeqah

Sedekah adalah amalan yang paling utama dan amat dicintai oleh Allah SWT. Hal ini ditunjukkan oleh hadis Ibnu Umar r.a yang diriwayatkan secara marfu' :

"Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah engkau membenarkan rasa gembira kepada orang mukmin, meringankan bebannya, membayar hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya." 
(Qodho'u AI-Hawa ij karya Ibnu Abi Ad-Dunya hal. 40 no. 36.)

Orang yang bersedeqah adalah manusia yang paling baik, sebab ia telah mencurahkan kebaikan kepada orang lain. Dalam sebuah hadits marfu' disebutkan, "Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lain." 
(Syu'abu Al-Iman karya Baihaqi (VI/117) no. 7658)

Orang yang bersedeqah adalah orang yang ringan tangan dalam memberikan sedeqah. Bahkan ia ibarat ungkapan seseorang, "Menggadaikan rasa syukur dan mempermain orang merdeka dengan sedekahnya." 
(Lihat Al-Addbu 'sy-Syor'iyyoh karya Ibnu Muflih (1/310)

Oleh kerananya, Ibnu As-Samak berkata, "Aku sangat takjub kepada seseorang yang membeli kerajaan dengan sejumlah harta, namun tidak mahu membeli kebebasan dengan kebaikan." 
(Roudhotul Uquld karya lbnu Hibban, hal. 195.)

Mu'awiyah pernah berwasiat kepada anaknya, Yazid, seraya berkata, "Wahai anakku, jadikanlah kebaikan itu sebagai pemberian kepada orang-orang yang memiliki harta, nescaya engkau akan mampu menarik cinta kasih mereka dan engkau akan diagungkan di hadapan mereka. Jauhilah olehmu sifat tidak mahu memberi, sebab itu adalah lawan dari kebaikan." (Lihat Al-AdAbu Asy-Syar'iyyah karya lbnu Muflih (1/310)

Sedangkan sedeqah adalah sebahagian dari kebaikan, sebagaimana yang telah nampak nyata.

DATANGKANLAH REZEKIMU DENGAN BERSEDEQAH

1. Imam Ali as berkata, “Turunkanlah rezeki (mu) dengan bersedeqah” 
(Al-Bihar 78 : 68)

2. Imam Ali as berkata, “Jika kamu dalam keadaan yang sangat miskin maka berdaganglah dengan Allah, iaitu dengan bersedeqah” 
(Al-Bihar : 96 : 133)

3. Rasulullah saw bersabda, “Banyak-banyaklah engkau bersedeqah nescaya Allah akan memberikanmu rezeki” 
(Al-Bihar 77 : 176)

4. Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya sedeqah itu akan menambah bagi pelakunya banyak (rezeki), kerana itu bersedeqahlah kamu agar Allah menyayangimu!”
 (Al-Bihar 96 : 122)

5. Imam ash-Shadiq as berkata, “Sedeqah itu dapat melunaskan hutang dan menggantinya dengan keberkahan”
 (Al-Bihar 96 : 134)



Abu Hurairah r.a. berkata: 
Bersabda Rasulullah saw: 
Lihatlah orang yang dibawahmu, 
dan jangan melihat orang yang di atasmu, 
kerana demikian itu lebih tepat, 
supaya kamu tidak meremehkan nikmat 
kurnia Allah kepada kamu .

No comments:

Post a Comment