Popular Posts

Friday, February 3, 2012

3 FEBRUARI 2012 - MAJLIS MEMBUDAYAKAN AL-QURAN (MAQ) - PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1433H : JOM SELAWAT KE ATAS NABI SAW


MAJLIS MEMBUDAYAKAN AL QURAN ( MAQ )
PELAJAR SESI PETANG SMKTUN
PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH 
SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1433H 
JOM SELAWAT KE ATAS NABI SAW
MASA : 6.10-6.45 PETANG
TEMPAT : DEWAN SMKTUN
PENCERAMAH : USTAZ MOHD RIFQI




































Kelebihan Berselawat

1. Mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.

Rujukan :Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku 
pada waktu pagi sepuluh kali 
dan pada waktu petang sepuluh kali, 
dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "

Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. 
Kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman 
yang banyak cacat cela dan kekurangan ini,
 rasa-rasanya kita adalah lebih layak 
untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. 
Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad 
untuk menolong kita di akhirat nanti.

Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis :
i) Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia 
daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
ii) Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga 
tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
iii) Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan 
untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
iv) Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
v) Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w.
 (dengan izin Allah jua)

Rujukan :Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib; 

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku
 maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh,
 maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat
 yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. "

3. Mendapat keampunan dosa dari Allah.

Rujukan :Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; 

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, 
maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat
 dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) 
dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. " 

Rujukan :Riwayat Ad-Dailami: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, 
maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun. "

4. Diberi pahala dari Allah s.w.t.

Rujukan :Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; 

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla 
maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku
 dari ummatmu, Allah s. w. t. mencatat baginya sepuluh kebaikan 
dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya 
sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya."

5. Mendapat ketenangan jiwa

Rujukan :Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu."

6. Mendapat rahmat dari Allah

Rujukan :Riwayat Muslim; 
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, 
maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali. "

7. Mendapat hajat dunia dan akhirat.

Rujukan :Riwayat Ibnu Majar dari Jarir r.a. ; 

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, 
maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, 
tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunia. "

8. Digembirakan dengan syurga.

Rujukan :Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a: 

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, 
maka dia tidak akan mati sehingga dia digembirakan dengan syurga. "

9. Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w. di akhirat nanti.

Rujukan :Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban; 

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku 
pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku"

Ya Allah Ya Tuhanku...
Ilhamkanlah untuk kami...
 agar sentiasa mengingatiMU dan NabiMU...


No comments:

Post a Comment