…Maka orang-orang yang beriman
kepadanya (Rasulullah s.a.w.), dan memuliakannya,
juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya)
yang diturunkan kepadanya (Al-Quran),
mereka itulah orang-orang yang berjaya.
( Surah al-A’raf: 157 )
Dari Ali bin Abi Thalib r.a : Nabi saw bersabda: "Orang yang bakhil itu adalah orang yang jika namaku disebut dekatnya (mendengar nama Rasulullah saw disebut), tetapi dia tidak berselawat kepadaku." Iaitu bacaan; SOLLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM. [1645] Lafaz dalam riwayat Imam Ahmad dan dalam Al-Tirmidzi [3469] tanpa lafaz Solallahu ‘Alaihi Wasallam. Statusnya Hasan Sahih.
Oleh itu, apabila kita mendengar seseorang atau dimana-mana orang menyebut nama Rasulullah saw samada gelarannya atau namanya, maka hendaklah kita berselawat ke atas Rasulullah (saw) sekurang-kurangnya SOLLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM..
Cintailah Rasulullah saw dan jadikan Beliau (saw) sentiasa di hati kita dengan menyintai dan mengamalkan sunnahnya.
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda: "Diantara umatku yang sangat mencintaiku adalah orang-orang sepeninggalanku, salah seorang diantara mereka ingin melihatku dengan (mengorbankan) keluarga dan hartanya." [5060] Sahih Muslim
Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda: "Saya berharap untuk bertemu dengan saudara saudaraku". Para sahabat Nabi saw bertanya, “Bukankah kami adalah saudara-saudara Tuan?, Rasulullah saw bersabda: "Kalian adalah sahabatku, sedang yang dinamakan ikhwanku adalah mereka yang beriman kepadaku WALAU TIDAK PERNAH MELIHATKU ". [12119] Riwayat Ahmad. Status hadith ini adalah maqbul kerana begitu banyak periwayatannya termasuk di dalam sahih Muslim. Saya menggunakan lafaz ini kerana hadithnya pendek dan mudah dihafal.
Semoga Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang senantiasa menerbitkan rasa cinta kepada Rasulullah saw di dalam hati kita..
Lirik dalam Bahasa Arab dan Melayu
Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita :
لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat :
لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib :
من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih :
طالبا قرب الحبيب
Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang :
بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya :
فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam :
انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab :
بلغنا لقاه يا مجيب
بلغنا لقاه يا مجيب
Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih :
فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing :
محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang :
بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam :
يا رحمة للعالمين
Englsih Subtitle / Translation
If the beloved (saw) were among us
Those from far & near will come to him (saw)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (saw)
In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (saw) will not cease to exist
Oh Ya Allah who answers prayer,
please fulfill our hope to meet him (saw)
please fulfill our hope to meet him (saw)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (saw) Muhammad saw honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (saw)
Jangan mengaku cintakan Rasulullah,
Andai sunnah baginda ditinggalkan,
Jangan mengaku rindukan Rasulullah,
Andai hanya mengingati baginda pada hari kelahirannya,
Jangan mengaku sayangkan Rasulullah,
Andai tidak mengamalkan ajarannya,
Jangan mimpi utk mendapat syafaat Rasulullah,
Andai apabila disebut nama baginda
berat untuk berselawat ke atasnya,
Ya Allah, sampaikan rasa sayang,
kasih dan rindu kami pada kekasihMu ya Allah.
No comments:
Post a Comment