Puisi Imam Syafie:
Ketika aku memaafkan dan tidak menyimpan iri di hati,
Jiwaku tenteram bebas dari tekanan rasa permusuhan,
Kuucapkan salam di saat berjumpa lawan,
Agar menahan bibit permusuhan,
Dengan ucapan salam,
Kutampakkan wajah berseri kepada orang yang kubenci,
Seakan berbunga hatiku penuh kecintaan,
Manusia adalah penyakit,
Penawarnya dengan cara mendekati,
Jika menjauhi bererti mengabaikan.
MENGAPA PERLU MEMBERI MAAF:
Mengapa harus kita segera menjadi pemaaf?
Kerana kitalah hamba yang mendambakan maaf dan ampun dari-Nya.
Kita hamba yang tak punya apa,
sering berlaku dosa dan kurang pula tunduk taatnya.
Maafkanlah manusia, agar Dia maafkan kita.
"Oh Allah, sebelum kulelapkan mata ini,
ku maafkan isteriku atas kesilapan dan kekurangan dirinya.
Ku maafkan setiap salah dan silap anak-anakku dan ahli keluargaku.
Ku maafkan setiap manusia yang berkata buruk di depan dan di belakangku"
Semata-mata kerana aku dambakan ampunan-Mu.
Siapa aku untuk berdendam sesama hamba, kerana al-Muntaqim,
hanyalah Engkau, Tuhan Yang Esa lagi Perkasa.
Maafkan aku, hamba yang berdosa.
Moga ada sinar bahagia, di hari muka.
No comments:
Post a Comment