Popular Posts

Monday, February 13, 2012

13 FEBRUARI 2012 - DOA UNTUK BABY QAISARA...





13 FEBRUARI 2012 - DOA UNTUK QAISARA


Doa untuk baby Qaisara ( anak ex staf SMKTUN - Pn. Chik ) yang akan berangkat ke India pada jam 2 petang esok bagi menjalani pembedahan Injap dan jantung...


Semoga Qaisara sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah ... Semoga kan sembuh dan sihat seperti kanak-kanak lain...

Kami sentiasa mendoakan....

JIKA ALLAH sayangkan seseorang hamba-Nya, Dia akan berikan IMAN kerana itu lebih baik dari segala isi dunia.

JIKA ALLAH sayang lagi..., Dia akan berikan KEKUATAN kepada hamba-Nya untuk mengamal agamanya dengan sempurna.

JIKA ALLAH LEBIH SAYANG LAGI, Dia akan SUSAHKAN hamba-Nya dalam urusan dunia dan perjuangan hidupnya untuk menguji sejauh mana cinta dan redha hamba itu kepada-Nya supaya kesusahan itu selalu akan mendekatkan hamba kepada PENCIPTAnya.

♥ Sebab Allah rindu rintihan hamba kepada-Nya ♥ 

[Credit: Syed Johan Mustaqqim]


Ketika Allah rindu pada hambanya...

Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa 
melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. 

Dalam hadits Qudsi Allah berfirman. 
"Pergilah pada hambaku 
lalu timpakanlah berbagai ujian padanya 
kerana Aku ingin mendengar rintihannya." 
[HR Thabrani dari Abu Umamah] 


Ketika orang lain bergantung pada dunia, 
gantunglah dirimu hanya pada Allah. 
Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, 
jadilah dirimu gembira kerana Allah. 
Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka,
 jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. 
Dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar
 untuk mengais harta dan mencintai mereka,
 jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"
- IBNUL QAYYIM-

No comments:

Post a Comment