Popular Posts

Sunday, July 17, 2011

17 JULAI 2011 - PROGRAM IFTAR NISFU SYAABAN DAN BACAAN SURAH KAHFI 1432H


PROGRAM IFTAR NISFU SYAABAN DAN BACAAN SURAH KAHFI 1432H

TARIKH : 17 JULAI 2011 / 15 SYAABAN 1432H ( AHAD )

MASA : 6.30 PETANG - 9.30 MALAM

PENGENDALI PROGRAM : AL FADHIL USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN

ALHAMDULILLAH... CUACA YANG SANGAT BAIK....

EN.SHAHBUDIN ( KETUA BIDANG SAINS SOSIAL ),
EN. SAAT B. MAHAT ( PENOLONG KANAN KO KURIKULUM ),
USTAZ MOHD RIFQI ( PENGENDALI PROGRAM ) BERSAMA ANAKNYA
MUHAMMAD AMIN, USTAZAH YASIRAH ( SETIAUSAHA PROGRAM )...

TIKAR SUDAH SIAP DIBENTANGKAN...
TERIMA KASIH KEPADA JAWATANKUASA PERSIAPAN TEMPAT

PENYEDIAAN MAKANAN DARI PIHAK KANTIN DIBANTU PARA GURU...

LANGIT YANG CANTIK DI WAKTU MAGHRIB...

MAJLIS BERBUKA PUASA...

SOLAT BERJEMAAH...

BACAAN SURAH KAHFI DIPIMPIN USTAZ MOHD RIFQI...



Sekalung budi...........


Pihak Badan Dakwah / Panitia Pendidikan Islam SMKTUN
ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan
terima kasih dan penghargaan kepada semua guru
yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung
dalam menyumbangkan wang serta tenaga
dalam menjayakan program Iftar Nisfu Syaaban
dan Bacaan Surah Kahfi bagi tahun 2011.


Juga Jutaan terima kasih juga ditujukan
kepada barisan jawatankuasa guru
yang bertungkus lumus membantu pihak kami
sepanjang perjalanan program ini.
Semoga Allah jua yang membalasnya
dengan sebaik-baik ganjaran.
Amin..


Kepada rakan guru yang sudi meluangkan masa
untuk sama-sama hadir untuk memeriahkan lagi
Majlis iftar dan bacaan Surah Kahfi ini,
pihak kami merakamkan setinggi - tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih yang tiada terhingga...
Didoakan semoga ganjarannya dipulangkan kepada mereka
dengan kurniaan rahmat Allah yang tiada putusnya ,
keberkatan dan keluasan dalam menerima rezeki ALLAH,
dikurniakan anak-anak yang soleh serta cemerlang
dan mendapat tempat di SYURGA FIRDAUSNYA...
Amin ya Rabbal A'lamin..


Kepada anak-anak didik kami yang kental hatinya
serta teguh imannya dalam melaksanakan
seterusnya melazimi berpuasa sunat..
Tahniah diucapkan..
Semoga anak-anak kami ini menjadi insan soleh/solehah
yang cemerlang hidupnya dunia akhirat...
Amin ya Rahman...



Sekali lagi TERIMA KASIH dan TAHNIAH untuk semua....
Semoga di Syurga nanti...
kita semua dihimpunkan dan dikumpulkan...
Amin....



Doakan untuk program 2012
dapat dijalankan dengan lebih baik dari
tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya..



INSYAALAH SAYA AKAN MEMUATNAIK LAGI
GAMBAR-GAMBAR YANG MENARIK SECARA TERPEINCI ,
BUAT MASA SEKARANG MASIH KESUNTUKAN MASA...
~ USTAZAH YASIRAH YAZID ~





No comments:

Post a Comment