01. PENDAHULUAN
Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.
02. RASIONAL
Bulan Ramadhan perlu dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amalan wajib dan sunat agar kehadirannya dirasai. Matlamat akhir Ramadhan ialah bagi melahirkan insan yang bersih dari rohani dan jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat yang lain. Justeru, Badan Dakwah SMK Taman Universiti Johor Bahru dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam mengambil inisiatif sempena bulan Ramadhan al-Mubarak untuk melancarkan program ”Ramadhan Di Hatiku” demi memastikan seluruh warga SMKTUN dapat menghayati dan berjaya merebut segala ganjaran yang dijanjikan Allah.
03. OBJEKTIF
3.1. Menyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak
3.2 Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan sunat lain
3.3. Memberi peluang warga sekolah menambahkan amal jariah
3.4. Menggalakkan ibadah membaca al-Quran di kalangan guru dan pelajar
3.5. Menjalinkan ukhuwwah dan merapatkan hubungan silaturrahim antara warga SMKTUN
3.6. Memanfaatkan ICT sebagai metodologi dakwah yang berkesan
04. TARIKH
Sepanjang Bulan Ramadhan. ( 3 hingga 26 Ogos 2011 )
05. KUMPULAN SASARAN
5.1 Semua pentadbir, guru , staf sokongan dan pekerja swasta.
5.2 Pelajar Islam sesi pagi dan petang
06. AKTIVITI
Pelancaran Ramadhan Dekat Di Hati
Ceramah Semarak Ramadhan - Guru / staf / Pekerja
Ceramah Semarak Ramadhan - khusus kepada pelajar
Nur Pagi
Sehari Satu Tip
Risalah Ramadhan
Tazkirah Ramadhan Maya
Kad Catatan Amalan
Sedeqah
Fidyah
Tadarus Al-Quran
Majlis Khatam Al-Quran
Iftar Ramadhan
Program KAA - Majlis Iftar Bersama pelajar KAA
Program KAA - Qiamullail di masjid berdekatan
JAWATANKUASA PELAKSANA
PENGERUSI
TIMBALAN PENGERUSI
EN. ABDUL RAZAK B. ABD KARIM
NAIB PENGERUSI I
EN. MUSTAFA KAMAL B. MD YUSOFF
NAIB PENGERUSI II
EN. SA’AT B. MAHAT
NAIB PENGERUSI III
EN. ZAINAL B. YUSOF
PENYELARAS
EN. SHAHBUDIN B. MOHD YUSOFF
PENYELARAS DAKWAH
USTAZAH HJH HABIBAH BT. MUHAMMAD
SETIAUSAHA I
USTAZAH YASIRAH BT. YAZID
SETIAUSAHA II
USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN
BENDAHARI
USTAZAH HJH RAHMAH BT. ABDULLAH
USTAZAH HJH ZAUYAH BT. ZAKARIA
JAWATANKUASA KHAS
PENCERAMAH / IMAM / PENGENDALI PROGRAM
USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN
PENGERUSI MAJLIS
USTAZAH HJH HABIBAH BT. MUHAMMAD
PA SISTEM
PN. KAMARIAH BT. TAHA / AJK APD
JURUGAMBAR / RAKAMAN VIDEO
USTAZAH YASIRAH BT. YAZID
ENCIK MOHD NIZAM B. JA'AFAR
PENYELARAS & DOKUMENTASI BLOG
USTAZAH YASIRAH BT. YAZID
USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN
BANNER
USTAZAH YASIRAH BT. YAZID
PENYELARAS PROGRAM
PELANCARAN RAMADHAN DEKAT DI HATI
TINDAKAN :-
USTAZAH YASIRAH BT. YAZID
PELANCARAN RAMADHAN DI HATIKU 1432H
Program Ramadhan Dekat Di Hati akan dilancarkan secara rasminya oleh Puan Pengetua. Ia bertujuan bagi menerangkan matlamat dan objektif program ini dijalankan. Pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan juga boleh dimaklumkan kepada seluruh warga sekolah.
TARIKH PROGRAM : 30 JULAI 2011
SEMARAK RAMADHAN GURU DAN PELAJAR
TINDAKAN :-
USTAZ MOHD RIFQI BT. MYIDDIN
SEMARAK RAMADHAN ( PELAJAR )
Ceramah berkaitan kelebihan bulan Ramadhan akan disampaikan kepada pelajar sesi pagi dan petang.Bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kelebihan dan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia.
TARIKH PROGRAM :
22 JULAI 2011 ( 20 Syaaban 1432H )
HARI : JUMAAT
MASA : 7.20–8.00 pagi / 6.00–6.45 petang.
PENCERAMAH : Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin
SASARAN : Pelajar sesi pagi & petang
SEMARAK RAMADHAN
( PENTADBIR / GURU / STAF / PEKERJA SWASTA )
Ceramah Semarak Ramadhan ini lebih memfokuskan tentang persoalan dan permasalahan harian yang berkait rapat dengan ibadat puasa. Program ini juga memberi peluang kepada semua guru sesi pagi dan petang berkumpul dan di akhir majlis saling bermaafan di antara satu sama lain atas segala dosa kesalahan yang pernah dilakukan dan melupakan segala sengketa lama jika ada. Semoga Ramadhan tahun ini dapat ditempuhi dengan hati dan jiwa yang bersih.
TARIKH PROGRAM : 30 JULAI 2011
NUR PAGI
TINDAKAN :-
PN. KAMARIAH / AJK APD
NUR PAGI
Bacaan ayat suci al-Quran atau zikir munajat akan dipasang sebelum perhimpunan pagi dimulakan dan setelah perhimpunan selesai sehingga pelajar masuk ke kelas ( sesi pagi ) dan sewaktu pelajar balik ( bagi sesi petang ). Ia sebagai satu kaedah bagi mendidik jiwa agar mencintai al-Quran dan sentiasa mengingati Allah.
TEMPOH PELAKSANAAN :
3 - 26 OGOS 2011
SEHARI SATU TIP /
TINDAKAN :-
USTAZAH YASIRAH BT. YAZID
SEHARI SATU TIP
Satu tip atau petua atau hadis disediakan untuk menjadikan ibadah puasa Ramadhan lebih berkesan. Tip yang disediakan diberikan kepada guru bertugas untuk disampaikan kepada pelajar semasa perhimpunan pagi selepas bacaan doa. Jika guru yang bertugas adalah bukan Islam, pengawas akan dilantik untuk membacakannya ( sesi pagi ). Bagi pelajar sesi petang, tip dibacakan oleh wakil pelajar atau ustaz/ah sebelum memulakan solat Zohor.
TEMPOH PELAKSANAAN :
3 - 26 OGOS 2011
RISALAH RAMADHAN
Ianya merupakan edaran bercetak pelbagai maklumat tentang ibadah puasa dan aktiviti sepanjang Ramadhan Dekat Di Hati dilaksanakan. Risalah akan diedarkan sebanyak 3 kali sepanjang Ramadhan dengan pengisian mengikut fasa iaitu fasa awal Ramadhan berkaitan persediaan diri menghadapi bulan Ramadhan, fasa pertengahan memfokuskan ganjaran 10 malam akhir Ramadhan dan fasa akhir Ramadhan yang lebih memfokuskan kepada persiapan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
TEMPOH PELAKSANAAN :
3 - 26 OGOS 2011
TAZKIRAH RAMADHAN MAYA
http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/
Memastikan blog sentiasa di update dengan program dan tazkirah yang berkaitan dengan bulan Ramadhan agar dapat dikongsi dan diambil manfaat oleh semua warga SMKTUN khususnya dan masyarakat lain umumnya.
TEMPOH PELAKSANAAN :
1 - 31 OGOS 2011
KAD CATATAN AMALAN
SEDEQAH
TINDAKAN :-
USTAZAH HJH RAHMAH BT. ABDULLAH /
USTAZAH SURIANI BT. SORYAT
SEDEQAH
Program ini memberi peluang kepada guru , staf dan pelajar membuat sedekah kepada pelajar yatim dan fakir miskin. Hasil sumbangan akan dibahagikan sama rata untuk diagihkan kepada pelajar yatim dan fakir miskin. Peserta akan diberikan borang penyertaan untuk tujuan ini.
TEMPOH PELAKSANAAN :
3 - 19 OGOS 2011
FIDYAH
TINDAKAN :-
USTAZAH USTAZAH ZAITI BT. ISMAIL/
USTAZAH SURIANI BT. SORYAT
FIDYAH
Program ini memberi peluang kepada guru , staf dan pelajar atau ahli keluarga mereka membayar fidyah kerana tidak menggantikan puasa yang lalu. Pelajar dari keluarga miskin dan fakir akan diberikan sumbangan beras hasil bayaran fidyah ini. Peserta akan diberikan borang penyertaan untuk tujuan ini.
TEMPOH PELAKSANAAN :
TADARUS AL-QURAN GURU & PELAJAR
TINDAKAN :-
USTAZAH ZAITI BT. ISMAIL /
USTAZAH SITI ZABIDAH BT. ADNAN
TADARUS AL-QURAN GURU & PELAJAR
Penglibatan pihak pentadbir , para guru , staf sokongan dan pelajar. Memastikan guru, staf dan pelajar bertadarus di sekolah sepanjang tempoh ini bagi mengimarahkan Ramadhan di sekolah. Melalui program ini pelajar dan guru akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang diketuai oleh naqib/ah.
TEMPOH PELAKSANAAN :
PROGRAM TADARUS GURU
*CADANGAN TEMPOH PELAKSANAAN TADARUS GURU : 9-10 OGOS 2011
SESI PAGI : SELEPAS WAKTU PERSEKOLAHAN ( 12.30 – 1.30 )
SESI PETANG : SEBELUM WAKTU PERSEKOLAHAN ( 11.30 – 12.30 )
TEMPAT:
Surau al Faizin (sesi pagi)
PROGRAM TADARUS PELAJAR
Sasaran : Tingkatan 1 , 2 , 4 dan 4. Pelajar Ting. 3 dikecualikan kerana terlibat dengan peperiksaan Percubaan PMR.
MASA PELAKSANAAN :
pada waktu rehat masing-masing
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
TINDAKAN :-
USTAZAH YASIRAH BT. YAZID/
USTAZAH SITI ZABIDAH BT. ADNAN
MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1432H
Majlis Khatam Al-Quran diadakan pada akhir Ramadhan setelah pelajar selesai khatam al-Quran melalui program tadarus harian. Majlis dijalankan di surau al Faizin bagi pelajar sesi pagi dan di dewan SMKTUN bagi pelajar sesi petang .
TARIKH PROGRAM : 26 OGOS 2011
( 26 RAMADHAN 1432 H )
HARI : JUMAAT
MASA :
7.20 – 8.20 pagi ( sesi pagi )
2.20 – 3.30 petang. ( sesi petang )
PENGENDALI :
Ustaz Mohd Rifqi b. Myiiddin
SASARAN : Pelajar sesi pagi & petang
IFTAR RAMADHAN
TINDAKAN :-
USTAZAH HJH NOR AZIAH BT. JEMA'ON /
USTAZAH HJH ZAUYAH BT. ZAKARIA
IFTAR RAMADHAN
Melibatkan semua warga SMKTUN termasuk yang bukan beragama Islam dijemput untuk menikmati jamuan berbuka puasa bersama keluarga masing-masing. Antara pengisian program ialah majlis berbuka puasa, solat maghrib & isyak berjemaah, solat sunat terawih dan tazkirah ringkas.
TARIKH PROGRAM : : 20 OGOS 2011
( 20 RAMADHAN 1432 H )
HARI : SABTU
MASA :
6.00 petang – 10.00 malam
PENGENDALI :
Ustaz Mohd Rifqi b. Myiiddin
SASARAN :
Semua guru Islam sesi pagi & petang / Staf / Pekerja Swasta / Guard / Pengusaha Kantin
PROGRAM KAA
IFTAR KAA & QIAMULLAIL
TINDAKAN :-
USTAZAH HJH NOR AZIAH BT. JEMA'ON /
USTAZAH SURIANI BT. SORYAT
IFTAR KAA
Melibatkan semua pelajar KAA yang berjumlah 120 orang. Antara pengisian program ialah majlis berbuka puasa, solat maghrib & isyak berjemaah, solat sunat terawih dan tazkirah ringkas.
TARIKH PROGRAM : : 20 OGOS 2011 ( 20 RAMADHAN 1432 H )
HARI : SABTU
MASA :
5.45 petang – 9.45 malam
IMAM :
Ustaz Mohd Rifqi b. Myiiddin
SASARAN :
Semua pelajar KAA
PROGRAM QIAMULLAIL
Melibatkan semua pelajar lelaki KAA . Antara pengisian program ialah solat Isyak, Terawikh, Tadarus, Qiamullail dan Solat Subuh berjemaah.
TARIKH PROGRAM : 26 - 27 OGOS 2011
( 26 RAMADHAN 1432 H )
HARI : JUMAAT - SABTU
MASA :
8.00 malam ( 26 Ogos 2011 ) – 9.00 pagi ( 27 Ogos 2011 )
Masjid Tan Sri Ainuddin , Taman Universiti
IMAM :
Ustaz Mohd Rifqi b. Myiiddin
SASARAN :
Hanya Terbuka kepada Pelajar LELAKI KAA sahaja
SEPATAH KATA DARI KAMI...............
Warga Badan Dakwah
/ GPI Panitia Pendidikan Islam
SMKTUN
Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
kepada semua WARGA SMKTUN &
sahabat-sahabat di luar sana..
Mohon ampun dan maaf atas segala dosa kesalahan
yang kami lakukan samada
yang disengajakan maupun tidak
yang nyata maupun tersembunyi,
yang lalu maupun yang akan datang..
Semoga Ramadhan kali ini
kita tempuhi dengan
penuh keimanan & ketaqwaan
serta mendapat AMPUNAN dan RAHMAT Ilahi
untuk mendapat nikmat SyurgaNYA..
Amin ya Rahman....
Anas r.a. berkata
"Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya diantara manusia itu
ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan
dan penutupan dari kejahatan,
dan ada juga manusia
yang menjadi pembuka kejahatan
dan penutupan kebaikan,
maka sesungguhnya untung
bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t.
sebagai pembuka kebaikan
dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t.
pembuka kejahatan itu ditangannya."
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan
dibuka pintu-pintu syurga dan
ditutup segala pintu neraka
dan diikat segala syaitan."
( Hadis riwayat Bukhari, Muslim& Nasai )
KLIK : 22 JULAI 2011 - SEMARAK RAMADHAN PELAJAR PAGI & PETANG
PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI 1431H / TAHUN 2010
KLIK KE YOUTUBE UNTUK GIMIK PELANCARAN RAMADHAN DEKAT DI HATI 1431H / TAHUN 2010
KLIK : 13 OGOS 2010 - SEMARAK RAMADHAN PELAJAR SESI PAGI
KILK : 14 OGOS 2010 - SEMARAK RAMADHAN GURU DAN PELANCARAN
KLIK : 16 OGOS 2010 - 3 PROGRAM SEMARAK RAMADHAN KAMI
KLIK : 17 OGOS 2010 - TADARUS AL-QURAN GURU & STAF SOKONGAN
KLIK : 18 OGOS 2010 - HARI KE-2 TADARUS GURU
KLIK : 19 OGOS 2010 - PROGRAM TADARUS PELAJAR
KLIK : 20 OGOS 2010 - PROGRAM KAA - IFTAR KAA
KLIK : 26 OGOS 2010 - PERSIAPAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN
KLIK : 27 OGOS 2010 - MAJLIS KHATAM AL-QURAN SESI PAGI & PETANG
KLIK : 28 OGOS 2010 - IFTAR JAMAI PARA GURU
KLIK : 31 OGOS 2010 - PROGRAM KAA - QIAMULLAIL DI MASJID BERDEKATAN
No comments:
Post a Comment