Popular Posts

Friday, August 21, 2009

21 OGOS 2009 - PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI - PELANCARAN DAN SEMARAK RAMADHAN



P E L A N C A R A N

RAMADHAN DEKAT DI HATI


DISEMPURNAKAN OLEH
BONDA PENGETUA NILAM BT. OTHMAN

TARIKH : 21 OGOS 2009
MASA : 7.15 - 7.45 PAGI
TEMPAT : SURAU AL FAIZIN SMKTUN






KURMA UNTUK DIAGIHKAN KEPADA SETIAP GURU










PERSEMBAHAN GIMIK
VIDEO PELANCARAN RAMADHAN DEKAT DI HATI
YANG DISEDIAKAN OLEH USTAZAH YASIRAH YAZID








CERAMAH SEMARAK RAMADHAN

KEPADA PARA GURU DAN STAF SOKONGAN
DISAMPAIKAN OLEH
USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN

TEMPAT : SURAU AL FAIZIN SMKTUN
MASA : 7.45 - 8.45 PAGI
















CERAMAH SEMARAK RAMADHAN

KEPADA PARA PELAJAR
DISAMPAIKAN OLEH
USTAZAH HANAN HAMZAH

TEMPAT : DATARAN ILMU SMKTUN
MASA : 7.20 - 8.20 PAGI















Pelancaran Ramadhan Dekat Di hati 2009


Oleh : Ustazah Hanan Hamzah



Beginilah semaraknya kami warga SMKTUN menyambut ketibaan Ramadhan esok... Tak kira guru mahupun pelajar, inilah bulan yang dinantikan. Hari Jumaat yang mulia ini , pelajar-pelajar mengikuti tazkirah Ahlan Ya Ramadhan yang disampaikan oleh Ustazah Hanan Hamzah , manakala para guru pula dengan sesi pengukuhan Ramadhan di Surau Al-Faizin yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin.



Semangat hendak berpuasa perlu diisi dengan ingatan2 dan muzakarah agar puasa tahun ini lebih baik dari tahun lepas...



Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Panitia Pendidikan Islam SMKTUN sempena Ramadhan Al-Mubarak tahun ini ialah mengadakan program Pelancaran Ramadhan Dekat Di Hati dan Ceramah Semarak Ramadhan, Nur Pagi, Sehari Satu Tips, Risalah Ramadhan, Program Saham Wakaf, Sedekah dan pungutan Fidyah, Tadarus Al-Quran yang melibatkan guru, staf dan pelajar SMKTUN, Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Iftar dan program khas Kelas Aliran Agama ( KAA ) di mana pelajar akan tidur di masjid Tan Sri Ainuddin Taman Universiti untuk berqiamullail dan bertadarus.



Semoga segala usaha kami diredhai Allah dan semoga harapan membentuk Jiil islami yang kental jiwanya melalui tarbiyyah Ramadhan ini dapat direalisasikan...

InsyaALLAH... Amin




SEMOGA RUH RAMADHAN SENTIASA
DI HATI DAN JIWA KAMI.....



Tuesday, August 18, 2009

RATIB AL-ATTAS DAN ASMAUL HUSNA
PENGGUGAH JIWA INSAN YANG LEKA.............

Oleh : Ustazah Hanan Hamzah

Pengalaman pertama warga SMK Taman Universiti, didedahkan dengan Ratib Al-Attas dan Asmaul Husna. Satu pendekatan yang memberi impak kepada mereka yang berfikir bahawa kadangkala jiwa insan ini perlu diketuk dengan zikrullah...Gema alunan zikir yang menggegar jiwa pada malam itu memberikan pengalaman baru kepada warga sekolah dan mungkin ada yang berfikir, rupa2nya semangat waja boleh dihasilkan dengan zikrullah sebegini , bukan sekadar nyanyian lagu patriotik atau lagu2 rock yang hanya sia2. Atau mungkin ada juga yang pelik2 sendiri.. ini ke islam... Aktiviti sebegini sememangnya agak asing diadakan disekolah2 biasa seperti kami. Selalunya bacaan yasin, solat hajat sahaja yang akan menjadi rutin aktiviti badan dakwah. Apabila Ratib atau zikir Al Attas dan Asmaul Husna ini didedahkan memang ada pro dan kontra dari mereka yang hadir. Apa2pun... tepuk dada, tanyalah iman...


Antara pelajar yang dipilih untuk hadir

Barisan pentadbir, guru2 dan staff sokongan tidak melepaskan peluang

Jamuan pelajar di beranda surau

Tuan Habib Hussein Alwi Al-Idrus (Baju putih berkain pelikat) yang memimpin ratib pada malam itu

Nampak sodap....

Mukmin yang bertakwa adalah mereka yang menjadikan diri mereka hari ini lebih baik dari semalam...

Thursday, August 13, 2009

13 OGOS 2009 - SOLAT HAJAT PERDANA DI MASJID AINUDDIN WAHID TAMAN UNIVERSITI

SOLAT HAJAT PERDANA DI MASJID AINUDDIN WAHID TAMAN UNIVERSITI.

TARIKH : 13 Ogos 2009
HARI : Khamis
MASA : 6.45- 9.30

Aturcara:
- Ketibaan tetamu
- Solat maghrib
-BAcaan yaasin dan tahlil arwah
-Tazkirah ringkas
-Solat Isyak
Solat Hajat
- Jamuan


Buat pertama kali program solat hajat perdana gabungan sekolah dan PIBG diadakan di Masjid Jamek setempat. Program ini diadakan serentak diseluruh daerah Johor Bahru. Antara tujuan program ini ialah kearah munajat dan doa menjelang Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM yang akan bermula minggu hadapan (PMR) dan selepas cuti (SPM).

Suasana jamuan...


Suasana di dalam masjid bahagian muslimat...

Oleh : Ustazah Hanan Hamzah

Tuesday, August 11, 2009

11 OGOS 2009 - PROGRAM RATIB AL ATTAS DAN WIRID ASMAUL HUSNA




LAPORAN RATIB DAN ASMA UL HUSNA

MAKLUMAT PROGRAM

TARIKH : 11 OGOS 2009

HARI : SELASA

MASA : 6.30 – 10.00 petang

TEMPAT : SURAU SMKTUN

SASARAN : SEMUA GURU, STAF SOKONGAN DAN PEKERJA SEKOLAH

ANJURAN : BADAN DAKWAH SMK TAMAN UNIVERSITI & KEBIRUS

PROGRAM RATIB ASMA UL HUSNA

Program ini diadakan di surau SMKTUN. Ianya bermula dengan kehadiran para guru pada jam 6.30 petang. Pada 7.15 solat maghrib secara berjemaah diikuti dengan bacaan Ratib dan Asmaul Husna yang dipimpin oleh Pak Habib yang dijemput khas dari Wadi Hasan Taman Daya. Program diteruskan dengan solat Isyak dan Solat hajat memohon kecemerlangan diri , anak-anak dan keluarga seluruh warga SMKTUN. Mereka yang terlibat ialah para guru, staf dan pekerja swasta sekolah.

PENUTUP

Semoga program ini dapat menanamkan rasa cinta dan kehambaan seluruh warga sekolah kepada Allah SWT dan hanya kepada Allah tempat pergantungan dan memohon hajat.


Disediakan Oleh : Tarikh : 13 OGOS 2009

YASIRAH BINTI YAZID

SETIAUSAHA

BADAN DAKWAH

SMK TAMAN UNIVERSITI


Thursday, August 6, 2009

6 OGOS 2009 - PROGRAM IFTAR NISFU SYAABAN DAN BACAAN SURAH AL-KAHFI
































IFTOR JAMAI UKHUWWAH BERSEMI . . . . . . .


Oleh Ustazah Hanan Hamzah


Dalam usaha melahirkan modal insan yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia yang dapat menongkah arus globalisasi yang tidak bertepi ini, Badan Dakwah dan Panitia SMK Taman Universiti sekali lagi meneruskan aktiviti pada 6 Ogos 2009 dengan menganjurkan majlis berbuka puasa sempena nisfu Syaaban.


Surau AL Faizin

Surau AL Faizin

Membentuk hati muda mudi beriman bertaqwa

Membentuk hati muda mudi beriman bertaqwa

Promosi kepada seluruh warga pelajar dan guru mendapat sambutan diluar jangkaa. Pemohonan untuk peruntukan makanan juga berubah dari hari ke hari. Hal ini demikian kerana , bajet awal kami hanya mensasarkan seramai 200 orang pelajar sahaja yang akan mengikuti program ini berdasarkan pengalaman tahun sebelum ini. Namun demikian dari hari ke hari jumlah pelajar yang ingin berpuasa pada hari Khamis ini bertambah ke angka 300 dan jumlah terakhir mencecah ke angka 450!


Walaupun seronok dengan sambutan yang diberikan kami sebagai pihak pengajur mula berdebar... bukan disebabkan makanan tak cukup, tatapi khuatir kawasan solat tidak muat. Dan sah! solat maghrib dan isyak melimpah sehingga di kawasan kaki lima surau. Satu petanda dan gambaran dalam pada kita membicarakan kebejatan akhlak remaja, masih ramai yang muyul ke arah agama. Rakan - rakan guru juga tidak mahu ketinggalan menderma walaupun tidak diminta kerana maklum dengan kelebihan bersedekah pada bulan yang mulia ini.


Majlis pada malam itu dimulakan dengan program Iftornya.. Suasana kantin seperti keadaan pada waktu rehat. Seronok barangkali anak-anak pelajar ini berbuka puasa bersama rakan. Bonda pengetua, GPK dan barisan pentadbir, staff sokongan dan guru turut hadir bersama keluarga berbuka puasa bersama2. Selain dapat makan bersama2, kami juga dapat berkenalan antara satu sama lain dan ini ini dapat mengeratkan lagu ukhuwwah antara kami. Inilah rekreasi minda yang memberi impak sebenarnya...


Selepas berbuka semua pelajar dan guru menuju ke surau untuk solat maghrib dan bacaan surah Kahfi. Buat pertama kalinya kami membacakan surah kahfi. Ustaz berkata, Surah ini adalah surah Cahaya... Ustaz juga pernah bercerita, ada seorang pesakit yang tidak mampu membiayai penyakitnya kerana perlu rawatan yang melibatkan lazer dan apabila dibawa balik beliau dibacakan Surah Kahfi ini dan dengan izin Allah Taala, beliau sembuh dek kerana khasiat surah kahfi. Subhanallah...


Begitulah tarikan surah kahfi... dan, pada malam itu semua pelajar membawa air masing-masing untuk mendapatkan fadhilat bacaan surah ini. Pelajar SMKTUN memang maklum, air bacaan ayat Al-Quran mesti ada dalam simpanan mereka kerana pada mereka itu adalah salah satu usaha kearah tenang dan terang hati. Oleh sebab itulah, dalam surau kami menyimpan stok air Gau (Air mineral dari maahad tahfiz) yang diambil terus dari kilang untuk pelajar beli bila-bila masa sahaja. Selepas bacaan surah Kahfi majlis diteruskan dengan solat isyak dan solat hajat. Ringkas sahaja agenda kami pada malam itu.



Semoga program ini menjadi pemangkin untuk anak didik kami terus merasai kalazatan beribadah pada bulan yang penuh barakah ini... Amin


Wallahua`lam...



LAPORAN PROGRAM IFTAR NISFU SYAABAN

DAN BACAAN SURAH KAHFI




MAKLUMAT PROGRAM



TARIKH : 6 OGOS 2009


HARI : JUMAAT


MASA : 6.30 – 9.30 malam


TEMPAT : KANTIN ( IFTAR-MAJLIS BERBUKA PUASA )


SURAU ( SOLAT DAN BACAAN SURAH KAHFI )


SASARAN : PELAJAR ISLAM TINGKATAN 3 DAN 5


ANJURAN : BADAN DAKWAH / PANITIA PEND ISLAM SMKTUN




PROGRAM IFTAR NISFU SYAABAN DAN BACAAN SURAH KAHFI



Program iftar atau majlis berbuka puasa sempena nisfu Syaaban ini di adakan di kantin sekolah SMK Taman Universiti. Seramai 450 orang pelajar yang berpuasa berkumpul di kantin pada jam 6.30 petang untuk mendengar ucapan ringkas dari pengetua Pn. Nilam bt. Othman. Pada jam 7.20, majlis berbuka puasa dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin.



Selepas berbuka puasa, pelajar diminta ke surau untuk solat Maghrib berjemaah dan membaca surah Kahfi dengan dpimpin oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Program diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz. Program tamat pada jam 9.30 malam.



PENUTUP



Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang memberi kerjasama dan sudi menyumbang bagi menjayakan program ini. Diharapkan program yang seumpama ini dapat melatih warga SMK Taman Universiti terutamaya para pelajar untuk berpuasa sunat dan mengamalkan membaca surah Kahfi dalam kehidupan seharian mereka. InsyaAllah.



Tarikh : 9 OGOS 2009


Disediakan Oleh :

YASIRAH BINTI YAZID

SETIAUSAHA

BADAN DAKWAH

SMK TAMAN UNIVERSITI