Popular Posts

Thursday, August 6, 2009

6 OGOS 2009 - PROGRAM IFTAR NISFU SYAABAN DAN BACAAN SURAH AL-KAHFI
































IFTOR JAMAI UKHUWWAH BERSEMI . . . . . . .


Oleh Ustazah Hanan Hamzah


Dalam usaha melahirkan modal insan yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia yang dapat menongkah arus globalisasi yang tidak bertepi ini, Badan Dakwah dan Panitia SMK Taman Universiti sekali lagi meneruskan aktiviti pada 6 Ogos 2009 dengan menganjurkan majlis berbuka puasa sempena nisfu Syaaban.


Surau AL Faizin

Surau AL Faizin

Membentuk hati muda mudi beriman bertaqwa

Membentuk hati muda mudi beriman bertaqwa

Promosi kepada seluruh warga pelajar dan guru mendapat sambutan diluar jangkaa. Pemohonan untuk peruntukan makanan juga berubah dari hari ke hari. Hal ini demikian kerana , bajet awal kami hanya mensasarkan seramai 200 orang pelajar sahaja yang akan mengikuti program ini berdasarkan pengalaman tahun sebelum ini. Namun demikian dari hari ke hari jumlah pelajar yang ingin berpuasa pada hari Khamis ini bertambah ke angka 300 dan jumlah terakhir mencecah ke angka 450!


Walaupun seronok dengan sambutan yang diberikan kami sebagai pihak pengajur mula berdebar... bukan disebabkan makanan tak cukup, tatapi khuatir kawasan solat tidak muat. Dan sah! solat maghrib dan isyak melimpah sehingga di kawasan kaki lima surau. Satu petanda dan gambaran dalam pada kita membicarakan kebejatan akhlak remaja, masih ramai yang muyul ke arah agama. Rakan - rakan guru juga tidak mahu ketinggalan menderma walaupun tidak diminta kerana maklum dengan kelebihan bersedekah pada bulan yang mulia ini.


Majlis pada malam itu dimulakan dengan program Iftornya.. Suasana kantin seperti keadaan pada waktu rehat. Seronok barangkali anak-anak pelajar ini berbuka puasa bersama rakan. Bonda pengetua, GPK dan barisan pentadbir, staff sokongan dan guru turut hadir bersama keluarga berbuka puasa bersama2. Selain dapat makan bersama2, kami juga dapat berkenalan antara satu sama lain dan ini ini dapat mengeratkan lagu ukhuwwah antara kami. Inilah rekreasi minda yang memberi impak sebenarnya...


Selepas berbuka semua pelajar dan guru menuju ke surau untuk solat maghrib dan bacaan surah Kahfi. Buat pertama kalinya kami membacakan surah kahfi. Ustaz berkata, Surah ini adalah surah Cahaya... Ustaz juga pernah bercerita, ada seorang pesakit yang tidak mampu membiayai penyakitnya kerana perlu rawatan yang melibatkan lazer dan apabila dibawa balik beliau dibacakan Surah Kahfi ini dan dengan izin Allah Taala, beliau sembuh dek kerana khasiat surah kahfi. Subhanallah...


Begitulah tarikan surah kahfi... dan, pada malam itu semua pelajar membawa air masing-masing untuk mendapatkan fadhilat bacaan surah ini. Pelajar SMKTUN memang maklum, air bacaan ayat Al-Quran mesti ada dalam simpanan mereka kerana pada mereka itu adalah salah satu usaha kearah tenang dan terang hati. Oleh sebab itulah, dalam surau kami menyimpan stok air Gau (Air mineral dari maahad tahfiz) yang diambil terus dari kilang untuk pelajar beli bila-bila masa sahaja. Selepas bacaan surah Kahfi majlis diteruskan dengan solat isyak dan solat hajat. Ringkas sahaja agenda kami pada malam itu.



Semoga program ini menjadi pemangkin untuk anak didik kami terus merasai kalazatan beribadah pada bulan yang penuh barakah ini... Amin


Wallahua`lam...



LAPORAN PROGRAM IFTAR NISFU SYAABAN

DAN BACAAN SURAH KAHFI




MAKLUMAT PROGRAM



TARIKH : 6 OGOS 2009


HARI : JUMAAT


MASA : 6.30 – 9.30 malam


TEMPAT : KANTIN ( IFTAR-MAJLIS BERBUKA PUASA )


SURAU ( SOLAT DAN BACAAN SURAH KAHFI )


SASARAN : PELAJAR ISLAM TINGKATAN 3 DAN 5


ANJURAN : BADAN DAKWAH / PANITIA PEND ISLAM SMKTUN




PROGRAM IFTAR NISFU SYAABAN DAN BACAAN SURAH KAHFI



Program iftar atau majlis berbuka puasa sempena nisfu Syaaban ini di adakan di kantin sekolah SMK Taman Universiti. Seramai 450 orang pelajar yang berpuasa berkumpul di kantin pada jam 6.30 petang untuk mendengar ucapan ringkas dari pengetua Pn. Nilam bt. Othman. Pada jam 7.20, majlis berbuka puasa dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin.



Selepas berbuka puasa, pelajar diminta ke surau untuk solat Maghrib berjemaah dan membaca surah Kahfi dengan dpimpin oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Program diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz. Program tamat pada jam 9.30 malam.



PENUTUP



Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang memberi kerjasama dan sudi menyumbang bagi menjayakan program ini. Diharapkan program yang seumpama ini dapat melatih warga SMK Taman Universiti terutamaya para pelajar untuk berpuasa sunat dan mengamalkan membaca surah Kahfi dalam kehidupan seharian mereka. InsyaAllah.



Tarikh : 9 OGOS 2009


Disediakan Oleh :

YASIRAH BINTI YAZID

SETIAUSAHA

BADAN DAKWAH

SMK TAMAN UNIVERSITI






No comments:

Post a Comment