Popular Posts

Saturday, August 1, 2009

SOLAT HAJAT PERINGKAT SEKOLAH
Solat Hajat sekolah kami, diadakan dua kali sebulan. Aktiviti ini adalah antara suplimen kekuatan dalaman untuk anak didik. Mungkin antara mereka pelajar yang bijak pandai... tetapi belum tentu spiritual mereka sebijak mereka. Mungkin antara mereka ada yang tidak pandai mana..namun, kekuatan dalaman yang ampuh sebenarnya akan menjadi pengukur kekuatan mukmin yang soleh atau sebaliknya. Oleh kerana surau kami tidak dapat menampung bilangan pelajar yang ramai dataran sekolah dijadikan tempat kami bermunajat. Bersyukur dengan apa yang ada ... Wp surau Al-Faizin kami kecil, tetapi surau itulah juga menjadi tempat pelajar berdiskusi, solat dhuha dan pemudahcara pelaksanaan PnP. Guru-guru dan warga sekolah amat menyayangi surau ini kerana ia dibina hasil infaq seisi warga yang mengerti nilai jariah disisi Allah... Moga usaha Badan Dakwah dan Panitia Pendidikan Islam diberkati Allah Taala. Tidak ada apa yang lebih membahagiakan seorang guru apabila bertemu semula anak didik yang pernah di ajar dengan teguran dan akhlak yang menggambarkan dalaman muslim beriman.... Mudah2an Allah Taala memberi kami kekuatan kepada kami semua... dalam memartabatkan syiar islam disebalik mehnah tribulasi yang tidak bertepi di alaf baru ini...


Solat Hajat pelajar2tingkatan 3 dan 5

Pelajar bukan islam kadangkala gerun dan pelik melihat senario ini disekolah kami .

No comments:

Post a Comment