Praktikal haji 2009
Oleh Ustazah Hanan Hamzah
Pagi-pagi lagi semua warga SMK Taman Universiti sudah siap sedia dengan pakaian solat dan wuduk untuk mengerjakan solat hajat menjelang peperiksaan dan tolak wabak. Semua ustazah pagi dan petang turun padang dan hero kami satu-satunya ustaz yang sedang cuti belajar turut sama menyertai kami. Inilah SMK Taman Universiti… segala tugasan dilaksanakan bersama.
Apa yang lebih menarik lagi , guru-guru akademik lain serta barisan pentadbir dan kaunselor turut memberikan sokongan menjadi mutawwif, memberi taklimat pada setiap tempat dan mengawal pelajar. Inilah kelainan yang saya temui disini. Guru yang cenderung mengikuti aktiviti anjuran badan dakwah sekolah dan para pelajar yang minat menyelami ilmu agama dengan lebih mendalam.
Tidak dinafikan seperti kebanyakan sekolah harian biasa, lebih-lebih lagi di sebuah daerah yang membangun, masalah sosial adalah cabaran utama. Jika Badan Dakwah sekolah tidak aktif dan memainkan peranan menerobos agenda masyarakat remaja , bilangan mereka yang bermasalah akan lebih ramai.
Praktikal haji tahun ini nampaknya lebih baik dari tahun sebelumnya dan semasa makan tengahari , sempat kami bermuhasabah mengenai strategi penambahbaikan untuk program tahun hadapan. Walaupun hanya dimeja makan , inilah kesempatan yang ada dan sesi muhasabah dan idea penambahbaikkan lebih fresh jika dilakukan segera.
Segalanya berlangsung seperti yang dirancang. Tahun ini kami menambah kelainan dengan menempah rangka khas untuk replika kaabah, sponsor air GAU untuk pelajar dan memainkan audio lagu , intro ibadah haji (semasa pelajar sedang memakai ihram) talbiah dan khutbah Arafah. Suasana hajinya agak terasa dan rakan-rakan guru yang pernah mengerjakan haji dan umrah, terkenang-kenang sendiri pengalaman masing-masing. Dan pelajar pula , walaupun dalam sebegini nakal mereka , azam untuk ketanah suci dapat ditanam dalam diri dengan adanya motivasi.
Bermula dari Wukuf hinggalah kepada bercukur, aktvitinya nampak simple , tetapi memberi kesan terhadap kefahaman pelajar tentang apa yang mereka pelajari melalui P&P dalam bentuk teori dan tayangan dalam kelas. Malah bagi guru-guru yang baru sekali menjejakkan kaki ke tanah suci, perasaan untuk pergi kesekian kali terus berkobar dengan adanya percambahan informasi praktikal haji ini.
Tahun hadapan, pihak panitia bercadang akan menambah gerak kerja berkumpulan disetiap tempat (Arafah, muzdalifah, mina, mekah) agar pelajar benar-benar faham ibadah disetiap tempat dan eksplorasi ibadah haji ini akan diakhiri dengan kuiz semasa taklimat penggulungan.
Mudah-mudahan usaha ini diberkati dan kebersamaan kami dalam membina generasi yang beriman dan berakhlak mulia akan dipermudahkan Allah Rabbul Jalil….
Amiin Ya Rabbal A'lamin..…
Ustazah Habibah sedang memberikan taklimat kepada pelajar . Turut menyerikan majlis pada hari itu ialah Bonda Nilam(Pengetua) dan Puan Saidah (GPK).
Persiapan membina replika Kaabah pada petang hari sebelum praktikal haji.
Pelajar mula bergerak dari tempat wukuf (dataran sekolah ) menuju ke destinasi seterusnya (Muzdalifah) untuk taklimat ke dua yang disampaikan oleh Pn Hjh Rohana ( Kaunselor).
Taklimat di tempat tawaf yang disampaikan oleh Ustazah Habibah. Tak sabar2 nak bertawaf..
No comments:
Post a Comment