Popular Posts

Wednesday, July 4, 2012

4 JULAI 2012 -14 SYAABAN 1433H - BACAAN YASIN & DOA DI MALAM NISFU SYAABAN





4 Julai 2012 / 14 Syaaban 1433 H
Pada malam ini elok dibacakan Yasin
dan doa dengan doa yang berikut

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN
( MALAM 15 SYAABAN - selepas maghrib )
MAKSUD TERJEMAHAN & DOA NISFU SYAABAN


Ya ALLAH Ya TUHANku…
Jika sekiranya ENGKAU
telah tuliskan namaku di LUH MAHFUZ
sebagai orang yang CELAKA
yang akan dicampakkan
ke dalam API NERAKAMU..
atau orang yang TERHALANG
untuk mendapat RAHMATMU..
atau orang yang SEMPIT REZEKInya..

Maka aku bermohon dariMU..
ya ALLAH Ya TUHANku…
agar ENGKAU padamkanlah ia
dan tuliskan namaku
sebagai orang yang BAHAGIA
yang akan mendapat nikmat SYURGAMU..
orang yang sentiasa
MENDAPAT RAHMAT
dan KASIH SAYANGMU..
dan orang yang DIPERMUDAHKAN
serta DIPERLUASKAN REZEKINYA..

Sesungguhnya benarlah firmanMU
di dalam al-Quran yang bermaksud
“ALLAH boleh memadamkan apa yang dikehendakiNYA
dan boleh menetapkan apa yang dikehendakiNYA “
Amin ya Rabbal a'lamin...

Allah memerhatikan kepada hambaNYA
pada malam nisfu Syaaban ,
lalu mengampunkan seluruh dosa hambaNYA
kecuali golongan Musyrik
( orang yang mensyirikkan Allah )
dan orang yang memutuskan Silaturrahim .
Hadis Sahih Riwayat al-Bazzar

Semoga kita semua tergolong
dalam golongan yang sentiasa mendapat
rahmat dan keampunan Allah SWT..
Amin ya Rabbal A'lamin...


Ustazah Yasirah & Ustazah Zaiti berganbar bersama
sebahagian pelajar SMKTUN yang turut hadir... 


"Sekiranya kamu ingin mengetahui kedudukan kamu di sisi Allah, 
maka lihatlah kedudukan Allah di sisi kamu" 
- sahabat nabi SAW Samurah bin Jundub RA





No comments:

Post a Comment