Popular Posts

Friday, November 25, 2011

AKHIRNYA... TAMAT JUGA PERKHIDMATANNYA...


SONY ERICSSON W995 : OGOS 2009 - NOVEMBER 2011

Akhirnya... setelah dia berkhidmat dengan cemerlang 
selama 2 tahun 3 bulan, maka, tanggal 25 Nov 2011 
secara tiba2 dia tak berfungsi langsung tanpa saya ketahui sebabnya 
( kalau diistilahkan kepada manusia...koma masuk ICU nazak 1 hari
 kemudian meninggal!!!) 


Sesungguhnya jasanya TERLALU banyak... 
Puluhan ribu gambar diambil menggunakannya... 
sehingga lensnya hampir rosak... 
Ramai yang menegur bila melihat saya yang agak 'gila menyenap'  ini 
menukar kepada kamera yang lebih canggih... 
namun pada saya, dengan 8.1MP 
dan dia juga mampu menyimpan 8000 keping gambar ,
saya bahagia dengannya kerana dia sentiasa di dalam bag tangan saya
 dan bila-bila masa sahaja dia sedia berkhidmat...


Namun apakan daya... 
saya sudah tidak dapat menggunakannya lagi 
malah yang lebih menyedihkan lagi...
semua gambar dan nombor telefon keluarga, 
sahabat dan kenalan juga turut hilang............ 


Semuanya takdir dariNYA...
Saya perlu SABAR dan REDHA...
Ada hikmah yang tersembunyi...


Mungkinkah ini penggantinya???

No comments:

Post a Comment