Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran,
Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran,
maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya,
jika tidak sanggup maka dengan lisannya,
jika tidak sanggup juga maka dengan hatinya.
Itu adalah selemah-lemah iman.
( Hadis Riwayat Ahmad )
Alhamdulillah..
saya telah melaksanakannya tanggal 2 Nov 2011...
Semoga di akhirat sana
saya dan kami tidak dipertanggungjawabkan
atas kemungkaran yang telah dilakukan...
Doa saya dan kami...
Hidayah Allah untuknya...
Berubah ke arah yang lebih baik...
Semoga rahmat dan keampunan Allah untuknya dan kami
bagi meraih firdausnya yang abadi...
Amin ya Rahman...
Perkenankanlah wahai Tuhan yang Maha Penyayang
TERIMA KASIH KEPADA PN. KAMARIAH & USTAZ MOHD RIFQI
KERANA HIZIBKAN SAYA SEPANJANG 2 JAM SAYA BERSEMUKA...
SEMOGA BARAKAH ALLAH SENTIASA MENYINAR DI BUMI SMKTUN
Nilai ukhuwwah itu sebenarnya terlalu indah.
Kerana nilainya itu bukan hanya terletak pada satu pertemuan,
nilai itu tidak juga terletak pada meriahnya perbualan,
bukan juga dikira pada banyaknya hadiah dan pemberian.
Tapi ukhuwwah itu bernilainya tersirat pada
sebuah ingatan didalam doa dan saling memperingatkan.....
sebuah ingatan didalam doa dan saling memperingatkan.....
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sabda Rasulullah SAW :
Apabila hilang amanah maka tunggulah kedatangan Hari Kiamat.
Maka bertanya seorang lelaki : Bagaimana hilangnya amanah itu?
Sabda Rasulullah SAW : Iaitu apabila sesuatu urusannya
diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya,
maka tunggulah kerosakan dan kebinasaan".
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
"Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia..
Jika hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan..
Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan..
Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti..
Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup..
Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah..
Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup"..
KLIK : UNTUNG ATAS ANGIN YANG DIHARAMKAN
KLIK : KEMARUK HARTA BATHIL
KLIK : GOLONGAN MUFLIS DI HARI KIAMAT
KLIK : AURA DAN GETARAN : TENAGA DARI MANUSIA HEBAT
KLIK : KEMARUK HARTA BATHIL
KLIK : GOLONGAN MUFLIS DI HARI KIAMAT
KLIK : AURA DAN GETARAN : TENAGA DARI MANUSIA HEBAT
No comments:
Post a Comment