Popular Posts

Tuesday, March 20, 2012

MUHASABAH DIRI...



Muhasabah Diri:

Sebahagian tanda-tanda seorang muslim ialah:

~ kuat dalam memegang agama,
~ keras hati tetapi disertai dengan lemah lembut,
~ beriman dengan menggunakan keyakinan,
~ berpengetahuan disertai penuh kesabaran,
~ berfikir panjang disertai kasih sayang,
~ memberikan mana yang menjadi hak orang,
~ berlaku sederhana walaupun kaya,
~ menunjukkan kecukupan sekalipun dalam kekurangan,
~ berbuat baik selagi masih sanggup melakukannya,
~ menanggung segala penderitaan 
dengan berusaha untuk menghilangkannya,
~ selalu sabar dalam keadaan sukar,
~ tidak dikalahkan oleh kemarahan,
~ suka menolong terhadap orang yang teraniaya,
~ berbelas kasihan terhadap orang yang lemah,
~ tidak bakhil dan tidak juga boros,
~ tidak berlebihan-lebihan dan tidak keterlaluan 
dalam menggengam hartanya,
~ suka mengampuni apabila dizalimi,

[Imam Hassan al-Basri]


AWAS TIPU-DAYA SYAITAN 
"Syaitan lebih suka untuk menyesatkan orang yang alim daripada orang jahil kerana orang alim apabila sesat maka dia akan turut menyesatkan orang lain dengan kejahilannya, sedangkan orang jahil tidak begitu." 
~ Imam Abdullah bin Alwial-Haddad al-Husaini ~

KURANGKAN BICARA 
"Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah berkata-kata lebih disukai daripada mendengar. Pada hal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi." 
~ Yazid bin Abi Habib ~

No comments:

Post a Comment