Popular Posts

Thursday, March 8, 2012

WAJARKAH ? ? ?


Janganlah memandang rendah kepada orang lain walau diri anda di kedudukan tinggi, merasa diri lebih bagus kelak membawa sifat takbur sesama manusia. Ketahuilah sifat takbur adalah sifat tercela yang boleh menghumban kita ke neraka jahanam.


Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya 
memendam sebesar biji sawi dari sifat sombong.

(H.R Bukhari dan Muslim).632





لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا [النساء/148]

Allah tidak suka menzahirkan perkara yang buruk dari perkataan melainkan apabila dizalimi.




من ستر أخاه فى فاحشة رآها عليه ستره الله فى الدنيا والآخرة (عبد الرزاق عن عقبة بن عامر)
أخرجه عبد الرزاق (10/228 ، رقم 18935) .
Barangsiapa yang menyembunyikan (tidak menghebahkan) keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat.


Akhlak Yang Tertanam.


Akhlak ibarat bunga, sangat cantik dan menarik bagi sesiapa yang memandang , orang akan suka dan ingin mendekati dan memilih. Maka siapa yang berakhlak mulia akan diminati dan di sayangi.


Sebaliknya akhlak yang buruk ibarat najis yang tiada siapa ingin padanya. Bahkan orang akan lari dan tidak ingin memandang lagi padanya. Orang akan berharap agar tiada ingin bertemu dengannya. ertinya manusia yang berakhlak buruk dan tinggal seorang diri. Orang takut dan benci kepadanya, sekali pada saudara maranya.


Oleh itu kenalah kita berusaha untuk mendapatkan akhlak yang mulia, kerana sekali pun kita orang pandai, orang kaya, orang berkuasa, orang terkenal, namun kalau akhlak buruk kawan-kawan disekeliling kita akan memulaukan kita. Apatahlagi kalau kita orang miskin. orang bawahan dan orang bodoh, berakhlak buruk pula, tentu kita akan terhina dimata manusia dan disisi Allah.


Diharap umat islam seluruhnya benar-benar memperolehi akhlak yang mulia dan erti sebenarnya. Dengan akhlak yang mulia kita akan menjadi ummah yang akan dicontohi, diyakini serta disegani oleh kawan dan lawan.


Akhlak yang mulia berpunca dari hati yang bersih. Bersih dari segala bentuk mazmumah ( sifat jahat ) dengan manusia. Contoh sifat yang bersih atau baik terhadap Allah ialah rasa kehambaan kepada Allah, rasa cintakan Allah, takut dan hormat dengan Allah, rasa tawakkal dan lain-lain.


Sebaliknya, sifat hati yang jahat kepada Allah ialah tidak mempedulikan Allah,tidak ambil tahu tentang Allah, mengecilkan hukum-hukum Allah, ragu-ragu dengan Allah, kurang taat dan sebagainya.


Seterusnya sifat hati yang baik terhadap sesama manusia,yang bakal melahirkan akhlak yang mulia ialah sifat rendah diri, pemaaf, rajin, kasih sayang, zuhud,berbaik sangka dan lain-lain.Lawan sifat itu ialah hati penuh dengan rasa sombong,bakhil sombong ,malas,tamak,benci membenci,sangka jahat,dan cinta dunia.


Manusia umumnya dilahirkan bersama nafsu jahat, disamping roh ( hati ) yang suci.Nafsu membesar bersamanya fizikal. Tanpa pendidikan yang tepat untuk menundukkan nafsu itu, nescaya ia akan menguasai hati dan fikiran manusia.


Umumnya kita yang melalui sistem pentadbiran sekular telah gagal mendapatkan sifat hati yang baik. Pendidikan sekular membenarkan sifat-sifat sombong,hasad dendam, tamak, cinta dunia dan lain-lain berleluasa dalam hati seterusnya melahirkan akhlak yang buruk. Hanya islam melalui ilmu tasawuf akan menyelesaikan masalah hati yang kotor serta akhlak yang buruk ini. Al-Quran dan hadis banyak menuntut serta menunjukkan jalan kepada akhlak yang mulia.Diantara langkah-langkah yang dikehendaki ialah:


a. Berilmu ( tasawuf )
b. Menghidupkan ibadah.
c. Bertaubat dari dosa.
d. Mujahadah.
e. Latihan praktikal tentang akhlak yang mulia 


Moga-moga Allah izinkan dan membantu kita untuk menjadi manusia yang berhati suci dan berakhlak mulia.Selamatlah kita hendaknya didunia dan diakhirat kerana memilih kedua-duanya seperti mana janji Allah:


“Pada hari itu tidak berguna harta dan anak-anak kecuali mereka yang membawa hati yang selamat”.(Asy-Syura:88-89 )


“Barang siapa yang bermujahad pada jalan kami, nescaya kami akan tunjuki jalan kami itu”. ( Al-Ankabut:69 )


Wallahualam...


Jika bicaramu sudah negatif, adakah kamu sangka hati kamu itu bersih? banyakkan lah istighfar (أستغفرالله) agar titik-titik hitam dalam hati kamu itu dapat mengubah kamu menjadi seorang yang positif kerana orang yang bijak tidak asyik berbicara tentang kelemahan orang lain sebaliknya dia akan sibuk memperbaiki diri di samping mendoakan kebaikan mengganti kelemahan orang itu.

Kadang-kadang kita tak sedar:
Orang sengaja memuji untuk menguji
Orang suka mengarah untuk lihat kita marah
Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk
Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati
Jadi, selimutilah diri kita dengan sifat-sifat Mahmudah
Memang sukar, tetapi kesannya sangat indah.

Tingkahlaku adalah umpama cermin 
dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya


 Pesanan saya : Janganlah disukarkan pada perkara yang mudah... Anda sudah tahu siapa yang melakukannya... Panggillah guru berkenaan ke bilik anda untuk berbincang malah bolehlah kalau nak dimarah dan dihamun semahu-mahunya... Adalah satu tindakan yang terlalu tidak wajar mencetak dan menampal mukasurat tersebut termasuk nama orang yang memuatnaik gambar tersebut dan guru-guru yang memberi komen yang secara tidak langsung kita tahu akaun fb siapa yang sedang dibuka ( nampak kejahilan dan kebodohan )... 
Sedarlah wahai insan ,,, kita ini satu keluarga ,,, terlalu rugi terus-menerus bersikap dengan sikap yang demikian... Banggakah anda jika ramai guru sudah naik loya dan meluat melihat muka anda??? Hebatkah anda jika sentiasa diumpat dan dicela??? Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah... Hari ini mungkin hari dia, satu ketika nanti mungkin hari anda!


Perkataan yang kita guna dalam percakapan kita itu, 
mencerminkan diri kita sendiri...
Jika kita menggunakan bahasa yang baik, 
maka orang di sekeliling kita akan menghormati kita...
Jika kita menggunakan bahasa yang buruk, 
maka orang di sekeliling kita tidak akan menghormati kita, 
malahan orang di sekeliling kita akan membenci kita...
Jadi, mana satu pilihan kita? ingin dihormati atau dibenci?
Jadi, kita seharusnya menggunakan bahasa yang baik 
agar orang di sekeliling kita akan menghormati,
menyayangi & menyukai diri kita...
InsyaALLAH...

Jaga DIRI , Jaga IMAN , Jaga HATI . . . ♥ ♥ ♥



Kata Orang...
Apabila  SESEORANG itu ...
 BERBICARA MERENDAHKAN DIRI KITA ,
 itu bermakna ...
 KITA BERADA DI KEDUDUKAN YANG LEBIH TINGGI
 BERBANDING DIRINYA !!!


Semulia-mulia manusia ialah...
Siapa yang mempunyai adab, 
Merendahkan diri... Semasa berkedudukan tinggi,
Memaafkan ... Ketika berdaya membalas,
Dan ... Bersikap adil ketika kuat ...

No comments:

Post a Comment