
Sinonimnya saya dengan bunga telur di Majlis Khatam al-Quran....
Entahlah...
Hari ini...
rasanya macam hambar dalam persiapan Majlis Khatam al-Quran pada tahun ini...
tidak seperti tahun-tahun sudah...
Ini tahun ke-5 saya di sini...
5 kali Majlis Khatam di sini...
dan sudah tentu saya bertegas bunga telur mesti ada...
Saya dayakan seupayanya mencari dan mengadakannya...
walau ada yang katanya membazir...
Tapi kerana sikap degilnya saya...
saya memang tidak peduli,,,
janji saya puas dengan bunga telur...
kerana pada saya...
Ianya cantik...
Ianya berseri...
dan ianya penyeri...
Namun hari ini, ruhnya seperti tidak ada pada saya...
mungkin kepenatan dalam memikirkan perkara yang sepatut dan tak patut difikir...
mungkin ada yang saya tidak berkenan...
mungkin ada muka yang menyerabutkan minda saya...
dan mungkin juga kerana sikap yang tertentu...
Yang penting...
Saya sepatutnya tidak ambil peduli...
kerana yang utama adalah berkatnya majlis itu berlangsung...
bukan kerana berserinya bunga telur berpahar-pahar...
Tapi, kerana saya ini sudah sinonim...
Makanya,,, hati saya hambar tanpa telur dan bunganya itu....
( Tengoklah link setiap tahun saya di sini... di Majlis Khatam ini...
pasti 'gila'nya saya mengambil gambar bunga-bunga yang berseri ini,
walau hakikatnya saya bukanlah peminat tegar bunga-bungaan ... )
MENGIMBAU...
KLIK : 24 September 2008 - Program Ramadhan Dekat Di hati - Majlis Khatam al-Quran
No comments:
Post a Comment