Popular Posts

Friday, August 10, 2012

10 OGOS 2012 - SEMARAK RAMADHAN MEMPERKASA IBADAH 1433H ~ MAJLIS KHATAM AL-QURAN GURU & PELAJAR SESI PETANG & MAJLIS AGIHAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA PELAJAR YATIM & MISKIN SESI PETANG SMKTUN ~


SEMARAK RAMADHAN MEMPERKASA IBADAH 1433H
MAJLIS KHATAM AL-QURAN GURU & PELAJAR SESI PETANG
TARIKH : 10 OGOS 2012
MASA : 2.20 - 3.20 PETANG
TEMPAT : DEWAN SMKTUN

PENGENDALI PROGRAM : USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN
PENYELARAS PROGRAM : USTAZAH SITI ZABIDAH BT. ADNAN

SAYA MENGHARAPKAN DENGAN KEBERKATAN MAJLIS PADA PETANG INI, ALLAH LEMBUTKAN LIDAH KITA UNTUK SENTIASA MENYEBUT NAMANYA DAN MENGALUNKAN KALAM-KALAMNYA SEPANJANG HAYAT KITA INI...

SEMARAK RAMADHAN MEMPERKASA IBADAH 1433H
PROGRAM SEDEQAH PELAJAR ANAK YATIM & MISKIN SMKTUN
TARIKH PELAKSANAAN : 22 JULAI - 10 OGOS 2012

PENYELARAS PROGRAM : USTAZAH YASIRAH YAZID

SUMBANGAN GURU & PELAJAR SESI PETANG SEBANYAK RM2850 TELAH DISALURKAN KEPADA SERAMAI 56 ANAK PELAJAR YATIM & MISKIN...

DIDOAKAN DENGAN KEMURAHAN KITA SEMUA PADA HARI INI, ALLAH MURAHKAN DAN BUKAKAN SELUAS-LUASNYA PINTU REZEKINYA YANG HALAL BAIK LAGI BERKAT UNTUK KITA SEMUA...

DAN SEMOGA KEBERKATAN SEDEQAH KITA HARI INI MAMPU MENANGKIS DIRI KITA DARI DIBAKAR DI AKHIRATNYA KELAK DENGAN DIAMPUNKAN SEGALA DOSA KESALAHAN YANG TELAH DILAKUKAN SELAMA HAYAT KITA INI... AMIN YA RABBAL ALAMIN













































 

















































DOA KHATAM QURAN 

Segala puji yang tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.Dan selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. 

YA ALLAH, TUHAN KAMI, terimalah doa dan amalan kami, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat, lagi Mengasihani. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan jaln yang lurus dengan berkat al-Quran. 

YA ALLAH,kasihanilah kami dengan berkat al-Quran,dan jadikannya sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. 

YA ALLAH, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami, wahai Tuhan Pemelihara sekelian alam. 

YA ALLAH, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan al-Quran, dan serikanlah kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikanlah kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkanlah kami ke dalam Syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran. 

YA ALLAH, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Quran untuk kami panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaanMu jua YA ALLAH, Tuhan Yang Maha Pemurah. 

YA ALLAH, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebabkelebihan al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran. 

YA ALLAH, Tuhan yang empunya segala macam kelebihan dan Ihsan, Wahai Tuhan kami berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab api neraka. 

ALLAH mencucuri rahmat dan salam sejantera ke atas junjungan kami Nabi Muhammmad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian. Maha suci TuhanMu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekelian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. 

Amin Ya Rabbal A’lamin

KLIK : 10 OGOS 2012 - SEMARAK RAMADHAN MEMPERKASA IBADAH 1433H ~ MAJLIS KHATAM AL-QURAN GURU & PELAJAR SESI PAGI & MAJLIS AGIHAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA PELAJAR YATIM & MISKIN SESI PAGI SMKTUN ~

No comments:

Post a Comment