Popular Posts

Sunday, April 15, 2012

14 APRIL 2012 - MTQ & FESTIVAL NASYID PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2012



MAJLIS TILAWAH AL-QURAN & 
FESTIVAL NASYID 
PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2012
TARIKH : 13 & 14 APRIL 2012
TEMPAT : SMKA SEGAMAT, JOHOR



SETINGGI UCAPAN TAHNIAH DAN PENGHARGAAN KEPADA KUMPULAN NASYID SOUTUL AMAL 
SMK TAMAN UNIVERSITI , JOHOR BAHRU , JOHOR
KERANA BERJAYA MENDAPAT NAIB JOHAN 
PERINGKAT NEGERI JOHOR BAGI TAHUN 2012...

Teruskan kecemerlangan kalian... 
Semoga jariah kalian dalam memartabatkan irama nasyid mendapat keredhaan Allah serta berpanjangan lagi berterusan 
sehingga ke hari pembalasanNya kelak...

~ketika kita memandang ke langit,
sedarlah yang kaki kita sedang berpijak di bumi... ~






















































Sekalung budi....

Tahniah kepada semua peserta nasyid Kumpulan Soutul Amal 
SMK Taman Universiti, Johor Bahru, Johor

Teruskan kecemerlangan pada tahun-tahun yang akan datang...
Semoga kita mampu memartabatkan irama nasyid
dalam menyampaikan dakwah...

Terima kasih SMKA SEGAMAT sebagai tuan rumah pada hari ini...

Terima kasih Ustazah Hjh Rahmah dan Zayyan Nasyid kerana
mengurus dan melatih peserta nasyid Soutul Amal...

Terima kasih kepada pihak pengetua En. Mahamud b. Othaman
yang menyokong aktiviti kami dan memberi kebenaran kami masuk 
ke kawasan sekolah pada waktu malam untuk mengadakan latihan...

Terima kasih kepada Ustazah Hjh Zaiti Ismail 
yang menjadi guru pengiring dan jurugambar pada hari ini...

Terima kasih kepada semua Ustaz/ah yang turut membantu...

Juga tidak lupa setinggi ucapan penghargaan dan Terima Kasih kepada Ustazah Hjh Hanan Hamzah yang kini telah berpindah ke Putrajaya kerana beliaulah yang mengasaskan Kumpulan Soutul Amal 5 tahun dulu, iaitu pada tahun 2008...

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat 
samada secara langsung maupun tidak langsung...

Semoga diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran...
Allah jualah yang mampu membalasnya di dunia maupun di akhirat sana...

Semoga di syurgaNYA yang abadi
kasih dan cinta kita ditautkan kembali...

Biarlah Redha dan Rahmat Ilahi sentiasa mengiringi 
setiap langkah perjuangan kita sehingga saat akhir kita menemuiNYA..

Hidup adalah belajar, 
belajar bersyukur meski tak cukup, 
belajar ikhlas meski tak rela, 
belajar memahami meski tak sehati, 
belajar bersabar meski terbebani,
 belajar setia meski tergoda, 
belajar dan terus belajar, 
meski keyakinan setegar karang,
 tapi sudah menjadi kudrat bahawa hati seperti air laut,
 bergelombang, pasang surut dan sering terbawa arus. 
Maka teruslah belajar dan semangat agar bisa bertahan hidup...

"Sesiapa yang memberikan contoh 
melakukan perbuatan baik dalam Islam, 
kemudian perbuatannya itu diikuti orang,
maka dia dapat pahala 
sebanyak pahala orang yang mengikutnya, 
tidak kurang sedikitpun. 
Begitu juga sesiapa yang mengajak 
melakukan kejahatan, 
kemudian diikuti pula orang lain, 
maka ditulis dosa terhadapnya 
sebanyak dosa orang yang mengikutnya, 
tidak terkurang sedikit pun."
~Hadis riwayat Muslim~

KLIK : 14 APRIL 2012 - KEPUTUSAN MTQ PERINGKAT NEGERI JOHOR : KUMPULAN SOUTUL AMAL MENDAPAT NAIB JOHAN NEGERI JOHOR TAHUN 2012

Mengimbau...

KLIK : 31 MAC 2012 - MAJLIS TILAWAH AL-QURAN & FESTIVAL NASYID PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012


KLIK : 25 FEBRUARI 2012 - MAJLIS TILAWAH AL QURAN ( MTQ ) PERINGKAT ZON NUSAJAYA / SKUDAI

KLIK : 21 JANUARI 2012 - MAJLIS TADARUS AL-QURAN ( MTQ ) PERINGKAT SEKOLAH

1 comment: