Popular Posts

Monday, May 7, 2012

7 MEI 2012 - MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS ) SESI PETANG SMKTUN TAHUN 2012






























Semoga semua PRS yang dilantik dapat menjalankan tugas sebaik mungkin, menjadi contoh kepada rakan taulan yang lain... Sebarkanlah kebaikan di kalangan kamu nescaya kebaikan juga yang akan kamu perolehi kelak... InsyaAllah...

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS )

PENGENALAN 

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. Program ini telah diperkenalkan disekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia pada tahun 1987.


PRINSIP PERKHIDMATAN 
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan,perlakuan dan fizikal. 


FALSAFAH 

“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYAMEMBANTU ORANG LAIN” 


VISI 

Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti. 


MISI 

Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya. 


MATLAMAT 

Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dikalangan pelajar.

Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepadaTuhan.

Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela,taat,menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.

Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktivitilain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar. 


PERANAN PRS 

Menjadi rakan yang peka kepada perasaan oranglain dan keadaan sekeliling. 

Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. 

Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan. 

Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu. 

Sebagai Role Model kepada pelajar lain. 

Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati. 

Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat. 

Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah positif. 

Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi. 

Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal. 

Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri. 

Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.



Manusia suka mencari diri...
Tinggal mereka terlupa,
untuk merapati Ilahi,
yang menciptakan diri...
~Hilal Asyraf~


KLIK : BAHAGIA DI MANA-MANA...

No comments:

Post a Comment