Popular Posts

Saturday, May 12, 2012

12 MEI 2012 - PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2012 : MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL UNTUK ARWAH GURU BERSAMA GURU ISLAM SMKTUN & LADAP : KURSUS PENYEBARAN PBS TINGKATAN 1 PERINGKAT SEKOLAH


PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2012 :  MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL UNTUK ARWAH GURU 
BERSAMA GURU ISLAM SMKTUN
7.30 - 8.30 PAGI





























































Alhamdulillah , segala yang dirancang berjalan dengan lancar...
Setinggi penghargaan dan Terima Kasih kepada al Fadhil Ustaz Mohd Rifqi kerana sudi meluangkan masa mencelah datang untuk menjayakan program ini kerana sepatutnya beliau berada di Latihan Pusat peserta Hafazan MTQ Peringkat Kebangsaan Tahun 2012... Semoga Allah ganjari beliau dengan sebaik-baik ganjaran... Begitulah komitmen para guru di sekolah ini...
Terima Kasih kepada En. Shahbuddin , mantan Ketua Bidang Sains Sosial kami yang sudi hadir, begitu berbesar hati kami menerima kehadiran beliau... 
Terima Kasih kepada semua guru yang hadir, saya tahu komitmen mereka, tidak perlu mengira jumlah kehadiran mereka kerana saya tahu semua akan hadir kecuali hanya untuk yang berkenaan sahaja yang tidak pernah saya tengok kakinya jejak ke surau ini... Yang lain-lain akan hadir, kalau pun tidak hadir adalah kerana sebab-sebab yang munasabah yang tidak boleh dielakkan...
Seperti mana sepatah kata dari Ustaz yang cukup terkesan di hati saya hari ini " Kalaulah kita hari ini pergi ke kantin sama-sama untuk makan , moga-moga di akhirat esok-esok kita dapat lagi keluar makan bersama-sama " ... Tiada apa yang kita harapkan dariNYA sebagai hamba yang tidak pernah jemu dan malu melakukan silap dan dosa adalah keredhaan dan rahmat dariNYA... Saya sayang semua mereka di sini , sungguh saya katakan , kasih saya hadir kerana Allah , kerana itu saya mahukan ikatan persahabatan ini tidak hanya di sini tetapi berkekalan lagi berpanjangan sehingga syurga Allah... Cumanya untuk yang tertentu sahaja kasih saya tidak sampai ke hati , moga2 ianya tidak berterusan kerana hari-hari saya cuba memujuk diri tetapi ternyata masih gagal!...
Apapun... Terima Kasih untuk semua, Semoga keberkatan Yasin yang kita bacakan tadi akan sampai untuk arwah para guru kita di alam sana... Semoga bila kita sudah tiada kelak, maka akan ada mereka yang sudi menyampaikan pahala bacaan Yasin dan Tahlil untuk kita juga,,, Amin ya Allah

KLIK : 14 MEI 2011 - PROGRAM KHAS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2011

KLIK : 15 MEI 2010 - PROGRAM BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA HARI GURU BERSAMA PARA GURU ISLAM SMKTUN

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 
( LADAP )  
KURSUS PENYEBARAN PENTAKSIRAN
 BERASASKAN SEKOLAH ( PBS )
 TINGKATAN 1 PERINGKAT SEKOLAH
8.30 PAGI - 1.30 TENGAHARI



























































Alhamdulillah , LADAP kali pertama selesai sudah... dengan 4 orang penceramah yang begitu berwibawa... Sungguh beruntung sekolah ini kerana tidak perlu menjemput penceramah dari luar... Kita sudah ada yang pakar... Sungguh hairan saya jika ada yang masih belum celik atau celiknya sebelah mata... Apapun, Saya mendoakan Pn. Nadzlina dan Pn.Norizah kan berjaya mendapat Guru Cemerlang DG48 dan Pn. Hjh Ruhanah & Tn. Hj Ahmad Yassin mendapat Kaunselor Cemerlang DG48, saya akan bantu mana yang boleh dibantu kerana saya tahu mereka memang layak... 
Keseluruhan pelaksanaan berjalan dengan baik dan lancar,,, Alhamdulillah, Allah mudahkan kerja murni mereka... Tahniah kepada Guru Kanan Sains & Matematik , Pn. Hjh Faridah Wazir and d geng kerana berjaya menyusun atur LDP pada hari ini... mereka memang komited dalam kerja... 
Ikhlas dan senang membantu... Tahniah & Syabas!!!


Namun, ada perkara yang buat hati saya sedikit jelek... kenapa perlu disebut nama saya sebegitu... Saya tahu ianya ikhlas dan bersifat positif malah sepatutnya saya perlu rasa kagum dan bangga yang kononnya 'beyond' itu... Tapi percayalah , saya tidak layak untuk dipuji sebegitu kerana saya tahu saya tidak sampai ke 'darjat' yang sebegitu... Jika ada para guru SMKTUN yang membaca tulisan ini.. "percayalah sedikitpun saya tidak bangga dan suka malah makin menyampah & meluat dengan keadaan & persekitaran ini"... Kita perlu berhati-hati kerana kita sebenarnya tidak tahu siapa musuh kita yang sebenarnya kerana mungkin musuh kita adalah orang yang sentiasa berketawa riang bersama kita... Itulah musuh yang tersembunyi, maka musuh-musuh "gelap" inilah nanti memungkinkan akan menyebarkan fitnah & cerita yang tidak betul bilamana sampai pada tahap rasa meluat kerana nama saya sentiasa disebut dan dipuji dengan pujian yang layak, juga pujian yang tidak layak untuk saya itu... Semoga keadaan yang merimaskan hidup saya ini kan berakhir dan semoga saya dilindungi Allah dari fitnah dan kejahatan manusia seluruhnya.... Amin Ya Allah



KLIK : 11 MEI 2012 - PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2012 : BACAAN YASIN DAN TAHLIL KEPADA ARWAH GURU BERSAMA PELAJAR

KLIK : 14 MEI 2011 - PROGRAM KHAS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2011

KLIK : 15 MEI 2010 - PROGRAM BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA HARI GURU BERSAMA PARA GURU ISLAM SMKTUN

No comments:

Post a Comment