SITI MAYSARA... SEORANG ADIK YANG SUNGGUH BAIK...
BEGITU TERASA KEHILANGANNYA... NAMUN APAKAN DAYA...
SEMOGA TAUTAN UKHUWWAH ANTARA KITA
BERKEKALAN LAGI BERPANJANGAN TERUS KE SYURGA ALLAH
DARI KAMI UNTUK DIA...
Tiada perkataan dan ayat untuk saya gambarkan betapa baik dan manjanya dia dengan kami...
Adik yang sentiasa 'mengoferkan' diri untuk dilantik sebagai jawatankuasa di setiap program Badan Dakwah sekolah... Doa kami agar beliau sentiasa bahagia dan kuat di dalam rahmat dan redha Allah yang tiada putusnya... Semoga kita kan berjumpa di syurga Allah untuk sama-sama menyambung ukhuwwah lillahiTaala ini... Kenang kami dalam doamu...
♥✿ Jika bersahabat kerana Allah,
jagalah keaibannya dan jangan merendahkan dirinya.
Jika bersahabat kerana Allah,
nasihatilah dia dan bersedia menerima nasihatnya.
Jika bersahabat kerana Allah,
maafkanlah dirinya.
Jika mengaku bersahabat kerana Allah,
terimalah kelemahan dan sikapnya,
seperti dia bersedia menerima kelemahanmu,
jangan pula menjaja kelemahannya pada umum.”
♥✿ Seandainya engkau bertemu seorang kawan
yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan,
mendahulukan atas nama kebajikan,
menyimpan keaiban mu atas nama kejujuran,
menegur kelemahanmu atas nama kebaikan,
memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,
ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan
tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari..."
KLIK : 25 MEI 2012 - MAJLIS PERPISAHAN PN. HASYIMAH & CIK SITI MAYSARA ( SESI PAGI ) , POT LUCK PERPISAHAN PN.NOR HAFIZAH ( SESI PETANG ) & MAQ : PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH - JOM TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA...
No comments:
Post a Comment