Popular Posts

Wednesday, May 23, 2012

RUGI TANPA ZIKIR...



Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...

Muaz bin jabal r.a memberitakan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa penghuni-penghuni syurga setelah tibanya di syurga tidak akan menyesal dan tidak akan berdukacita mengenai suatu apapun kecuali masa yang telah berlalu dalam dunia tanpa zikrullah."

Apabila penghuni-penghuni syurga menyaksikan pahala ganjaran yang bertimbun-timbun laksana gunung bagi sebutan nama Tuhan yg Maha Suci yang ia sebutkan didalam dunia hanya sekali sahaja.Maka dia akan menyesal seraya berkata, " Alangkah ruginya aku kerana masaku yang banyak terbuang di dunia tanpa zikir."


SENYUMLAH DI KALA HATI INGIN MENANGIS...

Adakalanya….
Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang sisi
Hati gundah
Tercari-cari
ke mana perginya mentari yang dinanti

Begitulah hidup…
Di saat kau selesa dengan kehidupan
tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan
kehilangan nikmat harta
kehilangan nikmat ilmu
kehilangan nikmat rakan dan keluarga
dan kau meratapinya….

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu…
Yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu kerna…
masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya 
untuk sesuatu yang sia-sia

Bukan Allah tak tahu derita hidupmu…
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu
Mungkin itulah yang Dia mahukan
kerana
Dia tahu
Hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya

Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis kerna
merasa beratnya ujian tidak tergalas
~SenYumLaH~

kerana

Allah mendatangkan kepadamu pelangi nan indah
selepas hujan sirna kelamnya...

‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
 Ia mendapat pahala (dari kebajikan) dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya’
(Al-Baqarah:284)

“kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
 sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Al-Insyirah 5-6)


“Sesungguhnya hanyalah kepada Allah 
aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku,
 dan aku mengetahui dari Allah 
apa yang kamu tiada mengetahuinya.” 

(Surah Yusuf : ayat 86)


KLIK : 22 MEI 2012 - TAKLIMAT HARI TERBUKA & MAHRAJAN KAA

No comments:

Post a Comment